SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Selasa, 25 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:SPEGHETI LA BOLOSNESE

HARI NIE ISTERI HAMBA MEGOMEL-GOMEL NAKKAN SPEGHETI BOLOSBENE..HAMBA PON SEBETULNYE TAK TAHU APA KEBENDE YANG ISTERI HAMBA NAKKAN SEBENARNYE..TAK PENAH PLAK HAMBA DENGAR NAMA MAKANAN NIE...TAPI TAK MENGAPA,DEMI ISTERI YANG KU CINTAI HAMBA USAHAKAN JUGA...MAKA TERCIPTA LA RESEPI SPEGHETI 'LA' BOLOSNESE ALA-ALA SENDUKJEBAT

SPEGHETI LA' BOLOSNESE SENDUKJEBAT
(resepi ini belum disahkan selamat oleh kementerian kesihatan..namun hamba menjamin ianya tidak akan mengakibatkan keracunan makanan)

BAHAN-BAHANNYA
(untuk hidangan 10 orang)
2 paket spageti
1 botol napoletana atau sos bolognese
1 tin cendawan butang dipotong dua
½ kilogram daging dipotong kiub kecil (boleh guna daging kisar sedia ada)
½ kilogram isi ayam dipotong kiub kecil
1 senduk cili kisar
4 susu besar minyak masak
Sedikit air
Garam dan sedikit perasa
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.Rebus spageti bersama sedikit minyak masak (lebih baik guna minyak zaitun) mengikut jangka masa disyurkan pada paket spageti. Kemudian toskan spageti.
2.Cuci semua bahan mentah seperti daging, ayam dan cendawan kemudian tos bahan itu.
3.Panaskan minyak masak (minyak zaitun), masukkan cili dan tumis sehingga cili garing. Kemudian masukkan semua bahan mentah yang sudah ditos ke dalam kuali.
4.Tumis semua bahan itu bersama cili yang sudah dimasak berserta sedikit air sehingga bahan tadi masak. Kemudian masukkan sos napoletana atau sos bolognese ke dalam kuali, kacau hingga sebati selama 10 minit dengan api perlahan.
5.Tambahkan sedikit garam serta perasa mengikut kesesuaian.
NOTA:CADANGAN UNTUK HIASAN
Letakkan spageti yang sudah direbus ke dalam pinggan. Curahkan sos yang dimasak tadi ke atas spageti. Hias dengan daun pudina.Sos juga boleh diletakkan secara berasingan jika waktu makan tidak teratur. Begitu juga dengan daging serta isi ayam, letak mengikut kehendak masing-masing.

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute