SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Ahad, 23 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:TONGKENG AYAM BAKAR BERMADU DAN SAYUR GORENG MACAM2 ADA

HARI INI HAMBA MEMASAK UNTUK JUADAH BERBUKA MENGANTIKAN TUGAS YANG BIASA DILAKUKAN SEORANG ISTERI..TAPI BUKANLAH KERANA ISTERI HAMBA MOGOK TAK NAK MEMASAK..HAMBA MEMASAK KERANA HAMBA NIE MEMANG SUKA MEMASAK..LAGI PON HARI NIE HAMBA ADA SATU LAGI RESEPI YANG NAK DIPRAKTIKAN...HARI NIE HAMBA PERSEMBAHKAN 2 RESEPI BUAT TATAPAN PENGUNJUNG SENDUK YANG MUNGKIN BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI JUADAH BERBUKA DI BULAN RAMADHAN INI....




RESEPI TONGGENG AYAM BAKAR BERMADU DAN SAYUR GORENG MACAM2 ADA


SAYUR GORENG MACAM2 ADA
(diilhamkan dari lebihan sayur baki daging ayam_


BAHAN-BAHANNYA


1/4 kg isi ayam
sedikt hati ayam
1 biji lada bengala(dipotong dadu)
1 biji lobak(diracik halus)
4 biji bawang merah(dihiris)
2 biji bawang putih(dihiris)
4 biji cili padi
sedikit lada hitam(takde pon takpe)
garam dan gula secukup rase(nak senang pakai cukup rase maggi)
sedikit kicap perasa

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.panaskan minyak dan goreng ayam dan hati separuh masak..
2.keluarkan ayam dan letak tepi
3.tumis bawang putih dan bawang merah
4.masukkan ayam dan hati yang dah digoreng tadi
5.masukkan sayur lobak dan sayur benggala
6.goreng seketika(jangan sampai sayur terlalu lembut)
7.masukkan garam,gula dan kicap perasa mengikut selera anda
8.sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MEMCUBA

TONGGENG AYAM BAKAR BERMADU


BAHAN-BAHANNYA

1 kg tonggeng ayam(dibuang bahagian kuningnye)
10 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
10 biji lada kecil (dikisar)
6 batang serai (dikisar)
4 sudu mentega
6 sudu makan madu lebah
4 sudu makan sebuk kari daging
4 sudu serbuk jintan manis
4 sudu serbuk jintan putih
2 sudu biji ketumbar (digoreng dan ditumbuk)
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan gula
2 sudu makan garam
2 sudu ajinamoto

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.Semua bahan yang dikisar digaul bersama bahan2 rempah yang lain.
2.Perap tonggeng ayam dengan bahan yang telah digaul sekurang-kurangnye 3 jam
3. Bakar diatas pemanggang selama 10-15 minit mengikut saiz bontot ayam.
4.Setelah diyakini masak bolehlah dihidangkan.

NOTA:BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMERAP AYAM BAKAR

SELAMAT MEMCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute