SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Ahad, 31 Januari 2010

CHICKEN CHOP VERSI JEBAT_BERANI

ANTARA RESEPI MAKANAN BARAT YANG GEMAR HAMBA MASAK ADALAH "CHIKEN CHOP"....MENGAPA??SEBAB IANYA MUDAH DISEDIAKAN DAN KALAU KENA GAYA HIASANNYA,IANYA MAMPU MEMBUATKAN ORANG MERASA KAGUM DENGAN KITA(kira macam makan kat hotel 5 bintang la)....KALI INI HAMBA KONGSIKAN BERSAMA PEMBACA BLOG HAMBA SEKALIAN RESEPI "CHIKEN CHOP" VERSI JEBAT_BERANI...MOGA PEMBACA SEKALIAN MAMPU MENYEDIAKAN HIDANGAN INI BUAT YANG TERSAYANG....


CHICKEN CHOP VERSI JEBAT BERANI

*HIDANGAN UNTUK 2 ORANG

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM

2 keping daging ayam(bahagian peha atau dada yang telah dibuang tulangnya)

Untuk Perapan Ayam
1. 1 sudu besar kicap pekat
2. 2 sudu besar jus limau/oren
3. 1/2 sudu kecil garam
4. 1/2 sudu kecil lada hitam
5. 1/2 sudu kecil soda berkarbonat(untuk lembutkan ayam)
*semua bahan digaul bersama ayam dan diperap semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam

Untuk Digaul Dengan Ayam
1. 1 biji telur ayam (dipukul sedikit)
2. 1/2 cawan tepung jagung
3. 2 keping roti(dibakar dan dihancurkan)

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS BLACK PAPER

1. 1 cawan stok ayam @ 1 kiub pati ayam direndam dalam secawam air panas
2. 1/4 sudu kecil lada putih (ditumbuk halus)
3. 2 sudu kecillada hitam (ditumbuk agak kasar)
4. 1 sudu besar sos tiram
5. 2 sudu besar sos cili
6. 1/2 sudu kicap pekat
7. 1 biji bawang besar (yang putih/bawang thai dan didadu kecil)
8. 1 biji bawang putih (dicincang halus)
9. 1 sudu besar tepung jagung
10. Sedikit mentega
11. 1/2 sudu kecil garam

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

1. Sedikit kobis (dihiris halus dan digaul mayonis)
2. Sedikit sayur brakoli (direbus seketika)
3. 1 potongan kecil jagung (direbus)
4. Sedikit daun pudina,timun dan tomato sebagai hiasan
5. kentang goreng

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

Untuk Ayam :

1.Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng di dalam kuali besar.
2.Celup ayam yang telah diperap ke dalam telur kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan diikuti dengan tepung jagung.
3. Goreng ayam sehingga garing dan berwarna kekuningan atau sedikit keperangan.
4. Angkat dan letakkan di atas pinggan.

Untuk Sos :

1. Panaskan mentega dan masukkan bawang putih yang dicincang halus.
2. Apabila sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang dipotong dadu dan goreng sehingga bawang menjadi sedikit layu.
3. Masukkan tepung jagung dan goreng seketika lagi.
4. Kemudian masukkan pula lada putih,lada hitam,garam,sos tiram,sos cili,kicap pekat dan stok ayam.
5. Biarkan ianya seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
6. Sedia untuk dituangkan keatas ayam yang telah digoreng.

CARA-CARA MENGHIDANGKANNYA

1. Letakkan ayam di atas piring leper dan tuangkan sos yang telah disediakan tadi ke atas ayam.. 2. Letakkan kentang goreng,sayur brakoli,jagung,timun,tomato dan kobis yang digaul dengan mayonis di sekeliling ayam...
3.tambahkan daunn pudina di atas ayam bagi menambahkan serinya lagi....

*p/s : ayam boleh juga tidak diperap...namun jika ianya diperap rasanya lebih menyelerakan...


SELAMAT MENCUBA!!!

Ahad, 24 Januari 2010

PAIS TEMPOYAK IKAN TALIPIA VERSI JEBAT_BERANI

RESEPI YANG HAMBA NAK KONGSIKAN INI BERASAL DARI PENDALAMAN NEGERI PAHANG....HAMBA PELAJARI RESEPI INI DARI INTERNET SEBENARNYA...NAMUN SETELAH MENDAPATKAN SEDIKIT NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DARI ANAK JATI NEGERI PAHANG...AKHIRNYA HAMBA BERJAYA MENYEDIAKAN HIDANGAN INI DENGAN JAYANYA (sebelum ini tak berapa menjadi)...OLEH ITU SUKA UNTUK HAMBA KONGSIKAN RESEPI INI BERSAMA-SAMA PEMBACA BLOG HAMBA SEKALIAN....SEMOGA HIDANGAN INI MAMPU MENAMBAT HATI YANG TERSAYANG....


PAIS TEMPOYAK IKAN TALIPIA



Bahan-bahan:

1 ekor ikan talapia saiz sederhana
3 sudu makan tempoyak baru
20 biji cili padi ditumbuk lumat
1 labu bawang besar diracik
1 batang serai dihiris kecil
25 mm kunyit hidup ditumbuk lumat
2 sudu makan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang

Cara Memasaknya:
1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama.
2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi.
3. Tuangkan santan di atas badan ikan.
4. Bakar ikan di atas bara api samada di atas kuali atau di dalam ketuhar selama 25minit.
5. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

RENDANG PUCUK PAKU NEGERI SEMBILAN

INI ADALAH RESEPI JIRAN SE,KATONYO BERASAL DARI KUALA PILAH...TAPI MANO SATU BETUI PON SE TAK TAHU...JAP KUALO PILAH JAP PASIR MAS KELANTAN...LANTAK DIALAH...TAPI JANGAN PLAK TERKEJUT SEBAB RESEPI NIE TAK GUNA BAWANG...DAN UNIKNYA RESEPI INI BOLEH JUGA DIMASAK DENGAN LAIN-LAIN JENIS SAYUR SEPERTI PUCUK UBI,PUCUK PEGAGA,BETIK DAN MACAM-MACAM LAGI LA....RESEPI NIE JUGA BERASAL DARI NEGERI SEMBILAN...TAPI KINI BOLEH DIDAPATI DIMANA-MANA SAHAJA ASALKAN ADA YANG TAHU MASAK.....SO APA TUNGGU LAGI....JOM LE CUBA MASAK....



RENDANG PUCUK PAKU NEGERI SEMBILAN


Bahan-bahan

1. 2 kilo pucuk paku (petik daun yang masih lembut sahaja)
2. 20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
3. 1 1/2 inci kunyit
4. segenggam ikan bilis
5. 3 keping asam keping
6. pati santan dari 2 biji kelapa.
7. garam secukup rasa.

Cara-cara Menyediakannya

1.Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali.

2.Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa.

3.Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.

4.Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.

5.Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya. Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan.

SELAMAT MENCUBA

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

ISTIMEWA BUAT PENGEMAR RESEPI DARI NOGORI SEMBILAN....DAGING SALAI MASAK LOMAK CILI API..BUEK YANG GOMAR MAKAN YANG PODAIS-PODAIS MEMANG KONO BENAR LA NGAN RESEPI NIH...BAK KATO ORANG MENTUO LALU BELAKANG PON TAK NAMPAK..KALU LALU DOPAN NAMPAK LA...(sori versi cakap nogori orang tak pandai)

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan:
1. 1 kg daging lembu ( dipotong nipis dan disalai )
2. 2 biji kelapa ( ambil santannya )
3. 10 biji terung telunjuk
4. 15 biji asam belimbing buluh/belimbing besi
5. 15 ulas cili padi ( ditumbuk )
6. 4 cm kunyit hidup ( ditumbuk )
7. Garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk.
2. Dididihkan, kemudian masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh.
3. Biarkan seketika dan masukkan daging. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 21 Januari 2010

PULUT MANGGA

PULUT MANGGA ADALAH ANTARA PENCUCI MULUT YANG PALING HAMBA GEMARI....ADA ORANG KATA IANYA BERASAL DARI THAILAND..SELAIN ITU JUGA IANYA SEDAP DIMAKAN KETIKA MINUM PETANG....CARA MENYEDIAKANNYA PUN AGAK MUDAH..DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN PUN TIDAK BANYAK...JOM CUBA !!!


PULUT MANGGA


Bahan-Bahan

1. 1 MANGGA MASAK (dibuang kulit dan dipotong dadu)
2. GULA MELAKA SECUKUPNYA
3. 1 CAWAN SANTAN (dimasak)
4. 200GM BERAS PULUT

Cara Menyediakannya

1. Beras pulut yang telah dicuci bersih dikukus sehingga masak dan lembut
2. Apabila masak,bentuk dalam acuam mengikut kreativiti masing-masing dan letakkan dalam mangkuk leper
3. Kemudian, letakkan mangga bersama pulut tadi.Tuangkan gula melaka dan santan mengikut sukatan yang anda suka.
4. Sedia untuk dimakan..

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 20 Januari 2010

TOMYAM SONGKHLA VERSI JEBAT_BERANI

BILA SINGGAH KE RESTORAN SEAFOOD,RASANYA TAK SAH KALAU TAK ODER TOMYAM...MACAM-MACAM TOMYAM ADA DAN BERMACAM-MACAM JUGALAH CARA MENYEDIAKANNYA....HARI NIE HAMBA NAK KONGSIKAN RESEPI TOMYAM YANG HAMBA BELAJAR DARI KAKAK ANGKAT HAMBA(merangkap sifu masakan kepada hamba)...KAKAK ANGKAT HAMBA INI BERASAL DARI THAILAND TETAPI TELAH MENETAP LAMA DI MALAYSIA KERANA BERKAHWIN DENGAN RAKYAT MALAYSIA...RESEPI INI ADALAH ANTARA RESEPI KEGEMARAN HAMBA UNTUK DIHIDANGKAN APABILA ADA TETAMU YANG BERKUNJUNG KE RUMAH HAMBA DAN KALI HAMBA KONGSIKAN KEPADA TETAMU BLOG SENDUK JEBAT...SELAMAT MENCUBA....

TOMYAM SONGKHLA

Bahan-Bahan A

1. 4 potong ikan siakap
2. 2 ekor ketam (dibelah dua)
3. 1/2 kg lala
4. 10 ekor sotong (dipotong kecil)
5. 4 ekor udang galah
6. 4 cawan air

Bahan-Bahan B

1. 1 inci halia
2. 3 keping lengkuas yg dihiris nipis
3. 2 biji bawang merah (dihiris)
4. 2 biji bawang putih (diketuk)
5. 2 batang serai (diketuk)
6. 2 biji tomato (dibelah 4)

Bahan-bahan Perasa

1. 2 sudu besar pes tomyam
2. 2 sudu besar garam dan gula
3. 3-4 sudu besar air limau nipis

Cara-Cara Menyediakannya

1. Masukan air ke dalam periuk sederhana besar bersama bahan A.
2. Kemudian,masukkan bahan B dan biarkan seketika.Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa dan biarkan sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih tambah sedikit susu cair (jika suka@ santan) dan tunggu sehingga mendidih sekali lagi sebelum diangkat dan dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA!!!!

Khamis, 7 Januari 2010

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI

LAMA BENAR HAMBA TAK UPDATE BLOG NIE..IALAH SEJAK KERJA-KERJA MEMASAK DIAMBIL ALIH SEPENUHNYA ISTERI HAMBA DAN ADIK IPAR PEREMPUAN HAMBA..SEKARANG RUMAH HAMBA MERIAH SIKIT LA..PASAL ADIK LELAKI HAMBA DAN ISTERINYA MENUMPANG SEMENTARA DIRUMAH HAMBA HUNGGA BELIAU BERUPAYA MENYEWA RUMAH SENDIRI...MAKA KERJA-KERJA MEMASAK TIDAK LAGI SEMPAT HAMBA LAKUKAN..BALIK JERK DARI KERJA SEMUANYA SUDAH TERHIDANG...

TAPI HARI INI HAMBA DAH WARNING AWAL-AWAL PADA ISTERI DAN ADIK IPAR HAMBA...JANGAN ADA YANG BERANI KE DAPUR MEMASAK UNTUK MAKAN MALAM INI...HAMBA NAK MELEPASKAN GIAN LAMA TAK MEMASAK...DAN KALI INI HAMBA NAK MEMASAK UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI..UDANG INI DIKIRIMKAN OLEH MENTUA HAMBA DI SABAH..BESAR-BESAR UDANGNYA...SO KALAU ADA YANG BERMINAT DENGAN RESEPI HAMBA INI SILA LA CUBA YA...

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan

½ kg Udang galah

Bahan tumbuk

Cili padi 1/2 genggam
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Kacang panjang
Buah tomato
Asam keping
Santan cair
Santan pekat
Serai – dititik
Daun kunyit

Cara Membuatnya

1. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi.
2. Masukkan santan cair dan udang galah tadi, kacau.
3. Campakkan serai, daun kunyit dan asam keping, kacau..biarkan sekejap.
4. Masukkan kacang panjang, tomato dan santan pekat…tunggu hingga mendidih dan bolehlah ditutup api.
5.Biar sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan

*Ringkas dan mudah bukan...SELAMAT MENCUBA!!

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute