SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Ahad, 30 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:IKAN BAKAR PORTUGIS

DOK BELIK BELIK RESEPI DARI INTERNET HAMBA BERJUMPA DENGAN RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS NIE..HAMBA BIASA TENGOK MASAKAN NIE KAT PASAR RAMADHAN KAT BANGSAR...TERINGIN PLAK HAMBA MEMCUBANYA..LALU APA LAGI....TERUS KE PASAR BELI IKAN BAWAL PUTIH 1 EKOR DAN BAWAL HITAM 1 EKOR...BUKAN APA,HAMBA DAN ISTERI MEMPUNYAI CITARASA YANG BERBEZA SIKIT PASAL IKAN BAWAL NIE..ISTERI SUKA IKAN BAWAL PUTIH MANAKALA HAMBA IKAN BAWAL HITAM....SO TANPA BANYAK BICARA TERIMA LA RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS YANG DICIPLAK DARI INTERNET....

IKAN BAKAR PORTUGIS

BAHAN-BAHANNYA
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal putih/hitam di bersihkan
Daun pisang
BAHAN-BAHAN YANG DIKISAR
4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. 2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.
6.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute