SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Ahad, 30 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:AYAM PERCIK KELANTAN

SALAH SATU RESEPI MASAKAN YANG SANGAT HAMBA GEMARI KETIKA BULAN RAMADHAN ADALAH AYAM PERCIK KELANTAN...SELAIN DARI MENGEMARI RASANYA HAMBA JUGA SANGAT SUKA MENOLONG IBU HAMBA MENYEDIAKANNYA...SERONOK SANGAT KETIKA MEMBAKAR AYAM INI SEBELUM DISIRAM DENGAN KUAH PERCIKNYA...TERKENANG HAMBA AKAN KESERONOKKAN MASA ITU...DI SINI INGIN HAMBA KONGSIKAN KEPADA PENGUNJUNG SEKALIAN RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN...IANYA TAK SUSAH DISEDIAKAN..MALAH SANGAT SERONOK UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN INI....

AYAM PERCIK KELANTAN


BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam 1(sama ada dipotong atau dibiarkan seekor)
mangkuk kecil santan (sebiji kelapa/satu pkt santan segera)
1 batang serai di ketuk
BAHAN A
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit garam
BAHAN B
1 cm halia
3 biji cili kering (kalau tak nak pedas guna 2 sudu cili boh)
2 biji bawang merah
2 biji kuah keras
garam dan gula
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.Tumbukkan bahan A dan gaulkan ayam bersama bahan tadi.
2.Perap ia, sementara itu tumbukkan bahan B.
3.Selepas itu panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan dan serai.
4.Masak sehingga sedikit pecah minyak dan tambahkan garam dan gula mengikut selera sendiri. 5.Sambil itu bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam bara api.
6.Jika ayam tadi kelihatan hampir separuh masak (anggaran 1/2 jam) angkat ayam dr api dan dilumurkan dgn kuah percik dlm periuk masak percik tadi.
7.Bakar lagi selama 1/2 jam.
8.Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik tadi di lumurkan sekali lagi pada ayam yang telah masak.
9.sedia utk dimakan....
SELAMAT MEMCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute