SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 27 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:NASI GORENG PATAYA

HARI INI HAMBA NAK KONGSIKAN SATU RESEPI MASAKAN GERAI YANG SANGAT HAMBA GEMARKAN...RESEPI INI DIKATAKAN BERASAL DARI THAILAND...DIBERIKAN NAMA NASI GORENG PATAYA...TAPI TAK PASTI LA PLAK HAMBA MENGAPA IANYA DIBERIKAN NAMA SEDEMIKIAN....TAPI INILAH ANTARA MAKANAN WAJIB HAMBA KETIKA BUJANG DAHULU...TAK SAH RASANYA KALAU DALAM SEHARI TAK PEKENA NASI GORENG PATAYA...SELAIN DARIPADA RASANYA YANG SEDAP,HAMBA GEMARKAN PELAYAN YANG MENHIDANGKAN NASI GORENG PATAYA NIE..HEHEHE..

NASI GORENG PATAYA

BAHAN-BAHANNYA
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
2.Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
3.Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
4.Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
5.Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.
SELAMAT MEMCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute