SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Isnin, 31 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:AYAM GOLEK ISTANA PAHANG

HARI NIE HAMBA NAK KONGSIKAN DENGAN PENGUNJUNG SEKALIAN SATU RESEPI DARI ISTANA PAHANG...RESEPI INI BIASA KITA DENGAN DAN KITA LIHAT DI PASAR-PASAR MALAM MAHU PIUN PASAR RAMADHAN...RESEPI AYAM GOLEK,CUMA YANG BEZANYA KALI INI,RESEPI INI DIILHAMKAN DARI ISTANA PAHANG....
AYAM GOLEK ISTANA PAHANG
BAHAN-BAHANNYA
800g atau ½ ekor ayam
1 biji buah keras
1/2 ibu jari belacan
2.5sm halia
2.5sm kunyit hidup
100g bawang merah
4 ulas bawang putih
1sm lengkuas
20g lada kering
2 cawan santan pekat
2 batang serai – dititik
50g asam jawa – dibancuh dengan sedikit air panas dan diambil airnya
Garam dan gula
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
*Terdapat dua cara untuk menyediakan hidangan ini:
YANG PERTAMA

1.Masak semua bahan-bahan dikisar bersama santan, serai dan air asam jawa sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ayam.
2.Bubuh garam dan gula secukup rasa dan dididih perlahan-lahan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat
3.Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan tuangkan ke atasnya kuah pekat tadi. 4.Bakar/panggang atau gril di atas bara api sehingga masak
YANG KEDUA

1.Tumis semua bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak, barulah masukkan santan, serai dan air asam jawa.
2.Bubuh garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga pekat.
3.Masukkan ayam dan didih perlahan-lahan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
4.Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan tuangkan ke atasnya kuah pekat tadi. 5.Bakar/panggang atau gril dia atas bara api.
SELAMAT MEMCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute