SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Memaparkan catatan dengan label SPEGHETI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SPEGHETI. Papar semua catatan

Isnin, 7 September 2009

RESEPI RAMADHAN:SPEGHETI SARDIN PUTERI_EMBUN

HARI INI HAMBA INGIN KEMUKAKAN SATU RESEPI YANG DIMASAK OLEH ISTERI HAMBA..HAMBA SENDIRI TAK TAHU DARI MANA DIE DAPAT AKAN RESEPI INI...RASE-RASENYE DIE PON MAIN HANTAM SAJA..NAK LAWAN HAMBA MEREKA MASAKAN LA KONONNYE...WALAUBAGAIMANA PON RESEPI YANG ISTERI HAMBA MASAK INI KIRA SEDAP JUGA RUPANYA...SO HAMBA NAK LA KONGSIKAN RESEPI SPEGHETI YANG DIBERIKAN NAMA SPEGETI SARDIN PUTERI_EMBUN


SPEGHETI SARDIN PUTERI_EMBUN



BAHAN-BAHANNYA

1 paket spegheti(direbus sehingga lembut)
1 paket soseh(dipotong kecil dan digoreng)
1 tin sardin
250gm daging hancur
serbuk chese
4 sudu sos cili
8 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
garam dan gula
3 cawan air
5 biji bawang putih(ditumbuk )
lada hitam(ditumbuk)
2 biji bawang besar (dimayang halus)


CARA-CARAA MENYEDIAKANNYA


1.panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,lada hitan dan bawang besar...
2.masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram,kemudian tumis sehingga naik bau..
3.masukkan daging hancur dan biarkan ia seketika
4.masukkan sardin yang telah dihancurkan dan biarkan ia seketika..
5.masukan 3 cawan air dan biarkan ia mendidih sehingga kuah menjadi pekat...
6.masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda..
7.masukkan spegeti yang telah direbus ke dalam pinggan dan tuangkan kuah yg telah masak...
8.letakkan sosej yang digoreng dan taburkan serbuk chesee di atas kuah sebagain hiasan dan penambah selera..
9.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

Selasa, 25 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:SPEGHETI LA BOLOSNESE

HARI NIE ISTERI HAMBA MEGOMEL-GOMEL NAKKAN SPEGHETI BOLOSBENE..HAMBA PON SEBETULNYE TAK TAHU APA KEBENDE YANG ISTERI HAMBA NAKKAN SEBENARNYE..TAK PENAH PLAK HAMBA DENGAR NAMA MAKANAN NIE...TAPI TAK MENGAPA,DEMI ISTERI YANG KU CINTAI HAMBA USAHAKAN JUGA...MAKA TERCIPTA LA RESEPI SPEGHETI 'LA' BOLOSNESE ALA-ALA SENDUKJEBAT

SPEGHETI LA' BOLOSNESE SENDUKJEBAT
(resepi ini belum disahkan selamat oleh kementerian kesihatan..namun hamba menjamin ianya tidak akan mengakibatkan keracunan makanan)

BAHAN-BAHANNYA
(untuk hidangan 10 orang)
2 paket spageti
1 botol napoletana atau sos bolognese
1 tin cendawan butang dipotong dua
½ kilogram daging dipotong kiub kecil (boleh guna daging kisar sedia ada)
½ kilogram isi ayam dipotong kiub kecil
1 senduk cili kisar
4 susu besar minyak masak
Sedikit air
Garam dan sedikit perasa
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.Rebus spageti bersama sedikit minyak masak (lebih baik guna minyak zaitun) mengikut jangka masa disyurkan pada paket spageti. Kemudian toskan spageti.
2.Cuci semua bahan mentah seperti daging, ayam dan cendawan kemudian tos bahan itu.
3.Panaskan minyak masak (minyak zaitun), masukkan cili dan tumis sehingga cili garing. Kemudian masukkan semua bahan mentah yang sudah ditos ke dalam kuali.
4.Tumis semua bahan itu bersama cili yang sudah dimasak berserta sedikit air sehingga bahan tadi masak. Kemudian masukkan sos napoletana atau sos bolognese ke dalam kuali, kacau hingga sebati selama 10 minit dengan api perlahan.
5.Tambahkan sedikit garam serta perasa mengikut kesesuaian.
NOTA:CADANGAN UNTUK HIASAN
Letakkan spageti yang sudah direbus ke dalam pinggan. Curahkan sos yang dimasak tadi ke atas spageti. Hias dengan daun pudina.Sos juga boleh diletakkan secara berasingan jika waktu makan tidak teratur. Begitu juga dengan daging serta isi ayam, letak mengikut kehendak masing-masing.
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute