SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Jumaat, 30 April 2010

SOOHOON GORENG SEAFOOD VERSI JEBAT BERANI

HARI INI HAMBA INGIN MEMPERKENALKAN SATU RESEPI BARU DARI DAPUR JEBAT...RESEPI YANG DIILHAMKAN SECARA TIDAK SENGAJA APABILA HAJAT HAMBA UNTUK MEMASAK BIHUN GORENG TERBENGKALAI DEK KERANA TERLUPA MEMBELI BIHUN...APABILA MEMBELEK-BELEK BAHAN-BAHAN YANG ADA DI DAPUR HAMBA, MAKA TERJUMPA PULA HAMBA DENGAN STOK SOOHOON YANG BIASA HAMBA GUNAKAN APABILA MEMASAK SUP...PIKIR PUNYA PIKIR AKHIRNYA HAMBA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BARU..DAN HASILNYA SUNGGUH MENAKJUBKAN...TAK PERCAYA?CUBALAH.HEHEHE

SOOHOON GORENG SEAFOOD VERSI JEBAT_BERANI






Bahan-bahannya

1. 300gm soohoon
2. 4 biji bawang putih(ditumbuk)
3. 4 biji bawang merah(ditumbuk)
4. 4 biji lada kecil(dipotong kecil)
5. 1/2 inci halia(ditumbuk)
6. 1 batang lobak (dipotong halus)
7. sedikit sayur sawi
8. 1 sudu makan cili kisar
9. 1 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu makan sos cili
11. 1 sudu makan kicap manis
12. Garam dan gula secukup rasa
13. Sedikit isi ayam(dipotong kecil)
14. Sedikit sotong(dipotong kecil)
15. Beberapa ekor udang besar(digoreng sedikit lebih kurang separuh masak)
16. Sedikit daun bawang dan daun sup(dipotong kecil)
17. Sedikit air

Cara-cara menyediakannya

1. Rendam soohoon sehingga lembut.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar,sos cili,kicap,sos tiram.
4. Kemudian masukkan isi ayam,sotong dan udang.
5. Masukkan pula sawi dan lobak.
6. Masukkan gula dan garam dan tambahkan sedikit air.
7. Apabila lobak sedikit lembut masukkan pula soohoon dan gaul hingga rata.
8. Tambahkan cili kecil dan gaul seketika lagi.
9. Matikan api dan taburkan daun bawang dan daun sup.
10. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Sabtu, 10 April 2010

ITIK PANGGANG

BILA SEBUT SAJA PASAL ITIK PANGGANG KITA AKAN TERBAYANG ITIK YANG DIJUAL OLEH KAUM CINA SAMAADA DALAM RESTORAN ATAU PUN YANG TERGANTUNG DI TEPI JALAN..WALAUPUN NAMPAK SANGAT MENYELERAKAN TAPI KITA PASTI TAK TERGAMAK UNTUK MERASANYA KERANA MENGAMBIL KIRA SOAL HALAL DAN HARAM..NAMUN KINI RASANYA BANYAK RESTORAN YANG MENYEDIAKAN ITIK PANGGANG YANG HALAL..SAMAADA DISEDIAKAN OLEH ORANG MELAYU ISLAM ATAU PUN MASYARAKAT CINA MUAALAF...DAN HARI INI HAMBA INGIN MENGAJAK SAHABAT SEKALIAN UNTUK MENCUBA SENDIRI MENYEDIAKAN ITIK PANGGANG INI..


ITIK PANGGANG

BAHAN:

1 ekor itik peking, dibersihkan
2 sdm jus lemon
1 cm halia, dilumatkan
1 buah bawang besar, cincang halus


Bahan rendam:

3 sdt serbuk paprika
2 sdt serbuk rosemari
3 sdt garam
3 sdm kicap Inggeris
1 sdm kicap
2 sdm madu
4 sdm marjerin, dicairkan


PELENGKAP:

300 gram kentang bulat, kupas
100 gram lobak merah, dipotong bulat
100 gram asparagus, rebus
100 gram brussel, rebus


SOS:

1/2 buah bawang besar, cincang halus
3 sdm mentega
2 sdm tepung gandum
300 ml stock ayam
1 helai bayleaf
1 sdm kicap
2 sdm sos tomato
1 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada sulah


CARA MEMBUAT :

1. Lumuri itik dengan campuran jus lemon, bawang, dan halia. Biarkan selama 30 minit. 2. Gaul rata bahan rendam dan masukkan itik. Perap semalam.
3. Bakar itik di dalam oven sehingga masak sambil sesekali disapu bahan perapan.
4. 45 minit sebelum diangkat, masukkan kentang dan lobak merah. Sementara itu tumis bawang besar sehingga harum. Masukkan gandum. Kacau sehingga gandum sehingga kecoklatan.
5. Setelah pekat, tuangkan stock ayam, bayleaf, kicap, sos tomato, garam, dan lada hitam. Kacau-kacau sebentar lalu angkat.
6. Sajikan itik dengan sos, kentang, lobak merah, dan rebusan asparagus serta brussel.


SELAMAT MENCUBA

NASI AYAM HAINAM

HARI INI HAMBA NAK KONGSIKAN RESEPI NASI AYAM HAINAM...APA YANG HAMBA PERHATIKAN TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI INI..SETIAP CARA MEMPUNYAI PERBEZAAN BAHAN DAN HASILNYA...NAMUN HASILNYA TAKLAH BERBEZA SANGAT...JADI APA TUNGGU LAGI..JOM CUBA RESEPI INI UNTUK HIDANGAN SEISI KELUARGA....


NASI AYAM HAINAM



Bahan-bahannya

1- Seekor ayam (basuh dan keringkan).
2- Secebis halia (diketuk).
3- 2 sudu teh garam.
4- Minyak bijan.
5- Seulas bawang putih (dihiris halus).
6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus).
7- Setengah kilo beras wangi.
8- Daun pandan.
9- 2 sudu besar minyak.


Bahan kuah hitam:

1- Satu sudu teh gula.
2- Satu sudu teh serbuk seasoning.
3- Satu sudu teh minyak bijan.
4- 2 camca sos soya (light).
5- 200ml stok ayam.
*(Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.)


Bahan kuah cili:

1- 100g halia.
2- 50g bawang putih.
3- 50g bawang merah.
4- 200g cili merah.
5- 5 biji limau kasturi (diperah jus).
6- gula &garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato.
*(Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.)


Cara cara menyediakan ayam dan nasi

1- Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar.
2- Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
3- Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
4- Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
5- Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
6- Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
7- Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum.
8- Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
9- Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi.
10- Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini.
11- Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
12- Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.


SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 3 April 2010

IKAN GORENG AIR KELAPA

MENDENGAR NAMANYA SAHAJA PASTI RAMAI YANG TERTANYA TANYA APAKAH JENIS MASAKAN INI SEBENARNYA DAN APA PULA RASANYA...KALAU BAB JENIS MASAKAN SUKAR UNTUK HAMBA JELASKAN..TAPI KALAU BAB RASANYA PEHHH BUKAN MAIN SEDAP SEKALI..GERENTI MENAMBAH NAMBAH LE JAWABNYA..KALAU TAK PERCAYA APA KATA SAHABAT SEKALIAN CUBA SENDIRI..

IKAN GORENG AIR KELAPA




BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan merah

250 ml air kelapa

Sedikit isi kelapa parut memanjang

1 ketul cekur ambil isinya

5 helai daun cekur mayang

Minyak untuk menumis



BAHAN KISAR HALUS:

15 tangkai cili padi

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

175 ml pati santan

Sedikit kunyit

Sedikit belacan


CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama cekur. Masukkan air kelapa dan isi kelapa. Masak sampai pekat.

3. Tuangkan kuah di atas ikan. Kemudian taburkan daun cekur.

SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 2 April 2010

KERABU JANTUNG PISANG

HARI INI HAMBA INGIN KONGSIKAN RESEPI KERABU JANTUNG PISANG DENGAN SAHABAT SEKALIAN...RESEPI INI MUSAH DISEDIAKAN DISAMPING SANGAT BERKHASIAT DAN JUGA SESUAI BAGI MEREKA YANG MENGAMALKAN DIET DALAM PEMAKANAN...RESEPI INI BOLEH DIJADIKAN HIDANGAN SAMPINGAN DENGAN LAIN-LAIN LAUK BAGI MAKAN MALAM ATAU TENGAHARI..JADI APA TUNGGU LAGI....JOM LA CUBA RESEPI INI..

KERABU JANTUNG PISANG



BAHAN-BAHAN:

1. 1 biji jantung pisang
2. 5 tangkai ulam raja
3. 1 biji mangga muda
4. 100 gm tauge
5. 5 tangkai cili merah
6. 1 ulas bawang merah
7. 1 sudu besar ikan bilis tumbuk
8. Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga
lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi.

3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi.

4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata.

5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 1 April 2010

SOTONG MASAK PRUNE

SOTONG MASAK PRUNE INI ADALAH RESEPI YANG DIUBAH SUAI DARI RESEPI ASAL DAGING MASAK PRUNE..NAMUN RASANYA BOLEH DIKATAKAN TIDAK MENGECEWAKAN..INI KERANA KEPADA PENGEMAR RESEPI ASAL INI,SOTONG MASAK PRUNE MEMBERIKAN SEDIKIT KELAINAN DARI RESEPI ASALNYA...RESEPI INI SANGAT SESUAI DIHIDANGAN DENGAN NASI PUTIH SEBAGAI HIDANGAN MAKAN TENGAHARI ATAU PUN HIDANGAN MAKAN MALAM..JADI KEPADA SAHABAT SEKALIAN JOM CUBA RESEPI INI...




SOTONG MASAK PRUNE









Bahan-bahannya:

1. 600 gram sotong
2. 10 biji cili kering
3. 7 biji bawang merah
4. 2 biji bawang putih
5. 1/2 inci halia
6. 3 batang serai
7. Rempah tumis
8. Sos tiram
9. Kicap manis
10. 1/2 cawan prune dikisar
11.garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,halia dan serai kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi bersama rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan prune yang dikisar tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis mengikut anggaran sendiri dan kacau lagi.
4. Rasakan masin, lemak dan manisnya. Prune sudah sedia masam.
5. Masukkan sotong, gaul sebati dan biar seketika di atas api. Sotong tidak perlu masa yang lama untuk masak dan ianya mengeluarkan air sendiri jadi dapatlah kuah yang pekat.
6. Sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MEMCUBA

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute