SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Jumaat, 30 April 2010

SOOHOON GORENG SEAFOOD VERSI JEBAT BERANI

HARI INI HAMBA INGIN MEMPERKENALKAN SATU RESEPI BARU DARI DAPUR JEBAT...RESEPI YANG DIILHAMKAN SECARA TIDAK SENGAJA APABILA HAJAT HAMBA UNTUK MEMASAK BIHUN GORENG TERBENGKALAI DEK KERANA TERLUPA MEMBELI BIHUN...APABILA MEMBELEK-BELEK BAHAN-BAHAN YANG ADA DI DAPUR HAMBA, MAKA TERJUMPA PULA HAMBA DENGAN STOK SOOHOON YANG BIASA HAMBA GUNAKAN APABILA MEMASAK SUP...PIKIR PUNYA PIKIR AKHIRNYA HAMBA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENCUBA SESUATU YANG BARU..DAN HASILNYA SUNGGUH MENAKJUBKAN...TAK PERCAYA?CUBALAH.HEHEHE

SOOHOON GORENG SEAFOOD VERSI JEBAT_BERANI






Bahan-bahannya

1. 300gm soohoon
2. 4 biji bawang putih(ditumbuk)
3. 4 biji bawang merah(ditumbuk)
4. 4 biji lada kecil(dipotong kecil)
5. 1/2 inci halia(ditumbuk)
6. 1 batang lobak (dipotong halus)
7. sedikit sayur sawi
8. 1 sudu makan cili kisar
9. 1 sudu makan sos tiram
10. 1 sudu makan sos cili
11. 1 sudu makan kicap manis
12. Garam dan gula secukup rasa
13. Sedikit isi ayam(dipotong kecil)
14. Sedikit sotong(dipotong kecil)
15. Beberapa ekor udang besar(digoreng sedikit lebih kurang separuh masak)
16. Sedikit daun bawang dan daun sup(dipotong kecil)
17. Sedikit air

Cara-cara menyediakannya

1. Rendam soohoon sehingga lembut.
2. Tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar,sos cili,kicap,sos tiram.
4. Kemudian masukkan isi ayam,sotong dan udang.
5. Masukkan pula sawi dan lobak.
6. Masukkan gula dan garam dan tambahkan sedikit air.
7. Apabila lobak sedikit lembut masukkan pula soohoon dan gaul hingga rata.
8. Tambahkan cili kecil dan gaul seketika lagi.
9. Matikan api dan taburkan daun bawang dan daun sup.
10. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Sabtu, 10 April 2010

ITIK PANGGANG

BILA SEBUT SAJA PASAL ITIK PANGGANG KITA AKAN TERBAYANG ITIK YANG DIJUAL OLEH KAUM CINA SAMAADA DALAM RESTORAN ATAU PUN YANG TERGANTUNG DI TEPI JALAN..WALAUPUN NAMPAK SANGAT MENYELERAKAN TAPI KITA PASTI TAK TERGAMAK UNTUK MERASANYA KERANA MENGAMBIL KIRA SOAL HALAL DAN HARAM..NAMUN KINI RASANYA BANYAK RESTORAN YANG MENYEDIAKAN ITIK PANGGANG YANG HALAL..SAMAADA DISEDIAKAN OLEH ORANG MELAYU ISLAM ATAU PUN MASYARAKAT CINA MUAALAF...DAN HARI INI HAMBA INGIN MENGAJAK SAHABAT SEKALIAN UNTUK MENCUBA SENDIRI MENYEDIAKAN ITIK PANGGANG INI..


ITIK PANGGANG

BAHAN:

1 ekor itik peking, dibersihkan
2 sdm jus lemon
1 cm halia, dilumatkan
1 buah bawang besar, cincang halus


Bahan rendam:

3 sdt serbuk paprika
2 sdt serbuk rosemari
3 sdt garam
3 sdm kicap Inggeris
1 sdm kicap
2 sdm madu
4 sdm marjerin, dicairkan


PELENGKAP:

300 gram kentang bulat, kupas
100 gram lobak merah, dipotong bulat
100 gram asparagus, rebus
100 gram brussel, rebus


SOS:

1/2 buah bawang besar, cincang halus
3 sdm mentega
2 sdm tepung gandum
300 ml stock ayam
1 helai bayleaf
1 sdm kicap
2 sdm sos tomato
1 sdt garam
1/2 sdt serbuk lada sulah


CARA MEMBUAT :

1. Lumuri itik dengan campuran jus lemon, bawang, dan halia. Biarkan selama 30 minit. 2. Gaul rata bahan rendam dan masukkan itik. Perap semalam.
3. Bakar itik di dalam oven sehingga masak sambil sesekali disapu bahan perapan.
4. 45 minit sebelum diangkat, masukkan kentang dan lobak merah. Sementara itu tumis bawang besar sehingga harum. Masukkan gandum. Kacau sehingga gandum sehingga kecoklatan.
5. Setelah pekat, tuangkan stock ayam, bayleaf, kicap, sos tomato, garam, dan lada hitam. Kacau-kacau sebentar lalu angkat.
6. Sajikan itik dengan sos, kentang, lobak merah, dan rebusan asparagus serta brussel.


SELAMAT MENCUBA

NASI AYAM HAINAM

HARI INI HAMBA NAK KONGSIKAN RESEPI NASI AYAM HAINAM...APA YANG HAMBA PERHATIKAN TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI INI..SETIAP CARA MEMPUNYAI PERBEZAAN BAHAN DAN HASILNYA...NAMUN HASILNYA TAKLAH BERBEZA SANGAT...JADI APA TUNGGU LAGI..JOM CUBA RESEPI INI UNTUK HIDANGAN SEISI KELUARGA....


NASI AYAM HAINAM



Bahan-bahannya

1- Seekor ayam (basuh dan keringkan).
2- Secebis halia (diketuk).
3- 2 sudu teh garam.
4- Minyak bijan.
5- Seulas bawang putih (dihiris halus).
6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus).
7- Setengah kilo beras wangi.
8- Daun pandan.
9- 2 sudu besar minyak.


Bahan kuah hitam:

1- Satu sudu teh gula.
2- Satu sudu teh serbuk seasoning.
3- Satu sudu teh minyak bijan.
4- 2 camca sos soya (light).
5- 200ml stok ayam.
*(Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.)


Bahan kuah cili:

1- 100g halia.
2- 50g bawang putih.
3- 50g bawang merah.
4- 200g cili merah.
5- 5 biji limau kasturi (diperah jus).
6- gula &garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato.
*(Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.)


Cara cara menyediakan ayam dan nasi

1- Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar.
2- Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
3- Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
4- Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
5- Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
6- Panaskan minyak dalam kuali atau periuk.
7- Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum.
8- Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
9- Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi.
10- Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini.
11- Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
12- Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.


SELAMAT MENCUBA

Sabtu, 3 April 2010

IKAN GORENG AIR KELAPA

MENDENGAR NAMANYA SAHAJA PASTI RAMAI YANG TERTANYA TANYA APAKAH JENIS MASAKAN INI SEBENARNYA DAN APA PULA RASANYA...KALAU BAB JENIS MASAKAN SUKAR UNTUK HAMBA JELASKAN..TAPI KALAU BAB RASANYA PEHHH BUKAN MAIN SEDAP SEKALI..GERENTI MENAMBAH NAMBAH LE JAWABNYA..KALAU TAK PERCAYA APA KATA SAHABAT SEKALIAN CUBA SENDIRI..

IKAN GORENG AIR KELAPA




BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan merah

250 ml air kelapa

Sedikit isi kelapa parut memanjang

1 ketul cekur ambil isinya

5 helai daun cekur mayang

Minyak untuk menumis



BAHAN KISAR HALUS:

15 tangkai cili padi

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

175 ml pati santan

Sedikit kunyit

Sedikit belacan


CARA MENYEDIAKAN:

1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Pijarkan minyak dan tumiskan bahan kisar bersama cekur. Masukkan air kelapa dan isi kelapa. Masak sampai pekat.

3. Tuangkan kuah di atas ikan. Kemudian taburkan daun cekur.

SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 2 April 2010

KERABU JANTUNG PISANG

HARI INI HAMBA INGIN KONGSIKAN RESEPI KERABU JANTUNG PISANG DENGAN SAHABAT SEKALIAN...RESEPI INI MUSAH DISEDIAKAN DISAMPING SANGAT BERKHASIAT DAN JUGA SESUAI BAGI MEREKA YANG MENGAMALKAN DIET DALAM PEMAKANAN...RESEPI INI BOLEH DIJADIKAN HIDANGAN SAMPINGAN DENGAN LAIN-LAIN LAUK BAGI MAKAN MALAM ATAU TENGAHARI..JADI APA TUNGGU LAGI....JOM LA CUBA RESEPI INI..

KERABU JANTUNG PISANG



BAHAN-BAHAN:

1. 1 biji jantung pisang
2. 5 tangkai ulam raja
3. 1 biji mangga muda
4. 100 gm tauge
5. 5 tangkai cili merah
6. 1 ulas bawang merah
7. 1 sudu besar ikan bilis tumbuk
8. Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

1. Belah dua jantung pisang dan celur di dalam air panas selama beberapa minit sehingga
lembut. Hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.

2. Hiris halus ulam raja dan mangga muda. Gaulkan bersama jantung pisang tadi.

3. Tumbuk cili merah dan campurkan dengan bahan-bahan di dalam mangkuk tadi.

4. Masukkan juga ikan bilis tumbuk dan garam secukup rasa. Gaul rata.

5. Masukkan tauge dan bawang merah yang telah dimayang halus. Gaul sebati dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 1 April 2010

SOTONG MASAK PRUNE

SOTONG MASAK PRUNE INI ADALAH RESEPI YANG DIUBAH SUAI DARI RESEPI ASAL DAGING MASAK PRUNE..NAMUN RASANYA BOLEH DIKATAKAN TIDAK MENGECEWAKAN..INI KERANA KEPADA PENGEMAR RESEPI ASAL INI,SOTONG MASAK PRUNE MEMBERIKAN SEDIKIT KELAINAN DARI RESEPI ASALNYA...RESEPI INI SANGAT SESUAI DIHIDANGAN DENGAN NASI PUTIH SEBAGAI HIDANGAN MAKAN TENGAHARI ATAU PUN HIDANGAN MAKAN MALAM..JADI KEPADA SAHABAT SEKALIAN JOM CUBA RESEPI INI...




SOTONG MASAK PRUNE









Bahan-bahannya:

1. 600 gram sotong
2. 10 biji cili kering
3. 7 biji bawang merah
4. 2 biji bawang putih
5. 1/2 inci halia
6. 3 batang serai
7. Rempah tumis
8. Sos tiram
9. Kicap manis
10. 1/2 cawan prune dikisar
11.garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,halia dan serai kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi bersama rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan prune yang dikisar tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis mengikut anggaran sendiri dan kacau lagi.
4. Rasakan masin, lemak dan manisnya. Prune sudah sedia masam.
5. Masukkan sotong, gaul sebati dan biar seketika di atas api. Sotong tidak perlu masa yang lama untuk masak dan ianya mengeluarkan air sendiri jadi dapatlah kuah yang pekat.
6. Sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MEMCUBA

Rabu, 31 Mac 2010

ROASTED CHECKEN WITH BLACK PAPER SOS

HARI INI HAMBA INGIN KONGSIKAN SATU RESEPI AYAM PANGGANG YANG HAMBA DAPATKAN MELALU SAHABAT..RESEPI INI BOLEHLAH DISEDIAKAN UNTUK MENYAMBUT HARI ISTIMEWA SEPERTI HARI JADI YANG TERSAYANG ATAU UNTUK DINIKMATI SAMBIL BERKELAH...IANYA TAK SUSAH UNTUK DISEDIAKAN DAN RASANYA PUN BOLEH DIBANGGAKAN..JADI APA TUNGGU LAGI SAHABAT SEKALIAN..JOM CUBA RESEPI INI

AYAM PANGGANG JEBAT_BERANI




Bahan untuk ayam panggang:

* 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)

Bahan-bahan untuk perapan ayam :

1. 2 biji bawang besar
2. 4 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam -( kalau takde sos ni ganti dngn sos tiram+kicap pekat dan 2 sb lada hitam)
5. 2 sudu besar madu
6. 1 ketul kiub ayam Knorr(Su tak letak)
7. 2 sudu besar gula pasir-
8. 2 sudu besar herba campuran-(Su ganti ketumbar dan jintan halus)
9. 1 1/2 sudu teh garam halus
10. Sedikit air untuk mengisar kesemua perapan ayam
11. Sedikit mentega
12. 2 sudu besar lada kisar
13. sedikit madu sapu masa nak panggang.


Cara-cara menyediakannya

1. Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- atau perap semalaman
4. Sapu sedikit mentega dan madu keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
7. sedia untuk dihidangkan.


Bahan-bahan Sos Lada Hitam

1. 2 sudu butter
2. 1 1/2 sudu tepung gandum
3. sebiji bawang besar(potong dadu)
4. sebiji tomato (potong dadu)
5. seketul kiub ayam knors
6. 2 cawan air
7. sedikit kicap pekat
8. sedikit sos cili/sos tomato
9. garam dan gula secukup rasa
10. 1 sudu lada hitam(tumbuk halus)


Cara-cara

1. Cairkan butter dengan api kecil.
2. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
3. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan kiub ayam dan kacau.
5. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
6. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
7. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
8. Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
9. Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
10. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
11. Boleh dihidangkan semasa panas.


SELAMAT MENCUBA!!

Isnin, 29 Mac 2010

IKAN CENCARU MASAK KICAP

HARI INI BILA SINGGAH DI PASAR ISTERI MENYUARAKAN HASRAT HATINYA UNTUK MAKAN LAUK IKAN CENCARU..BILA DITANYA NAK MASAK APA DIE HANYA TERSENYUM TANPA BICARA..NAMPAK SANGATLAH NAK HAMBA YANG MEMASAKNYA..PIKIR PUNYA PIKIR AKHIRNYA HAMBA RASA IKAN CENCARU NIE NAK CUBA MASAK KICAP LA..SEBETULNYA INILAH ANTARA RESEPI IKAN CENCARU YANG SERING IBUNDA HAMBA SEDIAKAN DI KAMPUNG..DAN KALI INI HAMBA KONGSIKAN RESEPI IKAN CENCARU MASAK KICAP YANG TELAH DIUBAH SUAI SEDIKIT MENGIKUT VERSI JEBAT_BERANI..


IKAN CENCARU MASAK KICAP VERSI JEBAT_BERANI

Bahan-bahannya

1. 2 ekor ikan cencaru
2. 5 biji bawang merah(dikisar)
3. 3 ulas bawang putih(dikisar)
4. 2 inci halia - dimayang halus
5. 1/2 cawan kicap manis
6. 1 sudu teh cili kisar/cili boh (ikut suka pedas masing-masing)
7. garam secukup rasa
8. air dan minyak untuk menumis
9. 1/2 biji bawang besar dimayang
10. 1 biji tomato


Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan digoreng. Ketepikan.
2. Tumis semua bahan yang telah dikisar.
3. Masuk cili, halia dan bawang besar. Tumis lagi hingga naik bau.
4. Masukkan kicap dan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan ikan dan biar lagi sampai kuah pekat.
6. Tambah garam secukupnya.
7. Siap dan sedia untuk di hidang.

SELAMAT MENCUBA!!

Jumaat, 19 Mac 2010

SAMBAL UDANG

SAMBAL UDANG MERUPAKAN ANTARA RESEPI YANG PALING SUKA HAMBA SEDIAKAN...IANYA MUDAH DAN MENYELERAKAN..HAMBA YAKIN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN JUGA AKAN MENYUKAINYA...OLEH YANG DEMIKIAN UNTUK KALI INI INGIN HAMBA KONGSIKAN DENGAN SAHABAT SEKALIAN RESEPI SAMBAL UDANG ISTIMEWA VERSI JEBAT_BERANI
SAMBAL UDANG VERSI JEBAT_BERANI



Bahan-bahannya

1. 500 g udang hidup - bersihkan
2. 1 cwn cili kering kisar
3. 1 biji bawang besar (dikisar)
4. 3 ulas bawang putih(dikisar)
5. sedikit kunyit hidup(dikisar)
6. 1 batang serai - dititik
7. minyak masak - untuk menumis
8. 1 biji bawang besar - dihiris bulat
9. 1 sudu besar asam jawa + sedikit air = air asam
10 .garam dan gula secukup rasa(gula pasir dan gula merah sedikit)
11. 1 sudu besar kicap
12. 2 biji tomata


Cara-cara

1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang besar yang di hiris bulat. Angkat ketepikan dulu.
2. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan serai sehingga kering air,kemudian baru masukkan lada kisar, kacau hingga garing dan terbit minyak.
3. Masukkan air asam, kicap, garam dan gula secukup rasa.
4. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan tomato kacau hingga sebati.
5. Setelah rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!!

Khamis, 18 Mac 2010

IKAN SINGGANG

HARI INI INGIN HAMBA KONGSIKAN DENGAN SAHABAT SEMUA SATU RESEPI YANG MENJADI KEMESTIAN BUAT BUJANG-BUJANG KELANTAN DI PERANTAUAN...RASANYA TAK SAH BAGI BUJANG-BUJANG KELANTAN TAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN YANG MEMPUNYAI DAPUR DI RUMAH SEWA MEREKA JIKA TIDAK MENYEDIAKAN RESEPI INI..ANTARA SEBAB MENGAPA RESEPI INI MENJADI PILIHAN SI BUJANG KELANTAN INI IALAH KERANA IANYA MUDAH DISEDIAKAN SELAIN RASANYA JUGA SANGAT MENYELERAKAN..BAK KATA ORANG MENTUA LALU PUN TAK PERASAN..TAPI KALU AWEK MESTI PERASAN HEHEHE....RESEPI INI DIBERI NAMA IKAN SINGGANG...JADI APA TUNGGU LAGI.JOM LE CUBA MASAK...

IKAN SINGGANG

Bahan_bahannya

1. 1 ekor ikan tongkol
2. 5 ulas bawang putih(dimayang)
3. 1 inci lengkuas(dimayang)
4. Air
5. 3 keping asam gelugur/keping
6. 6 biji cili padi(dipatah dua)
7. Sedikit belacan(sesedap rasa)
8. Garam
9. Serbuk perasa

Cara menyediakannya

1.Basuhkan ikan tadi dan potong mengikut selera.
2.Masukkan air dan rebus ikan bersama bawang putih,lengkuas,cili padi dan sedikit belacan.
3.Biar naik baunya.
4.Akhir sekali,masukkan garam dan serbuk perasa.


SELAMAT MENCUBA

Selasa, 16 Mac 2010

SUP TULANG RUSUK PEKAT VERSI JEBAT_BERANI

HARI INI HAMBA INI BERKONGSIKAN DENGAN SAHABAT SEMUA RESEPI SUP YANG ISTIMEWA....IANYA BERLAINAN SEDIKIT DARI KEBIASAAN SUP YANG SERING KITA NIKMATI SEBELUM INI..SUP INI BERBEZA DARI SEGI RASANYA DAN WARNANYA SERTA KEPEKATANNYA...SUP INI BOLEH DINIKMATI DENGAN NASI,ROTI ATAU DI MAKAN BEGITU SAHAJA..HAMBA YAKIN SAHABAT SEMUA PASTI TIDAK AKAN KECEWA APABILA MEMILIH HIDANGAN INI UNTUK DISAJIKAN KEPADA KELUARGA TERSAYANG....HIDANGAN SUP INI JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI HIDANGAN MENAMBAT HATI BAKAL MAK MENTUA KERANA PASTINYA MAK MENTUA AKAN TERPEGUN DENGAN KEBOLEHAN SAHABAT SEMUA MENYEDIAKAN HIDANGAN YANG SANGAT MENYELERAKAN INI....SO APA TUNGGU LAGI??JOM CUBA HIDANGAN 'SUP TULANG RUSUK PEKAT VERSI JEBAT_BERANI'..


SUP TULANG RUSUK PEKAT VERSI JEBAT_BERANI



Bahan-bahannya

1. 1 kg tulung rusuk
2. 1/2 kg bawang merah
3. 4 sudu besar cili boh
4. 6 sudu besar pes tomato
5. 6 sudu besar tepung jagung
6. 1 1/2 sudu besar kicap manis
7. 2 sudu besar soso tiram
8. 1 kiub perasa ayam atau daging
9. 1 biji telur
10. 1 sudu besar gula
11. 1 sudu kecil garam
12. 2 sudu serbuk cili
13. bawang goreng
14. daun bawang

Cara-cara menyediakannya

1. Rebus tulang rusuk selama lebih kurang 3 jam..
2. Masukkan kiub perisa ayam atau daging ke dalam rebusan tulang rusuk..
3. Tumis bawang merah dalam kuali lain dan masukkan ke dalam rebusan tulang rusuk..
4. Masukkan pes tomato,cili boh dan juga serbuk cili..
5. Masukkan garam,gula,sos tiram dan kicap manis..
6. Pukul telur sehingga sebati,kemudian masukkan ke dalam adunan sup tulang rusuk..
7. Campurkansedikit air ke dalam tepung jagung dan kacau hingga sebati,kemudian masukkan ke dalam adunan sup tulang rusuk dan biarkan sehingga kuah memekat..
8. Biarkan sup tulang rusuk ini mendidih seketika sehingga dagingnya menjadi empuk dan kuahnya sedikit kering..
9. Letakkan daun bawang dan bawang goreng..
10. Sedia untuk dihidangkan...

SELAMAT MEMCUBA!!!

Ahad, 14 Mac 2010

MEGI SUP TULANG RUSUK VERSI JEBAT_BERANI

MEE MEGI ATAU NAMA SAINSTIFIKNYA "MEE SEGERA" CUKUP SINONIM DENGAN GOLONGAN BUJANG,PELAJAR DAN JUGA BAGI GOLONGAN YANG MENGHADAPI KESEMPITAN "RINGGIT MALAYSIA" DI HUJUNG BULAN...IANYA MENJADI PILIHAN UTAMA GOLONGAN INI MEMANDANGKAN "MENU" INI MUDAH,MURAH DAN CEPAT DISEDIAKAN TANPA MEMERLUKAN KEMAHIRAN TERTENTU UNTUK MENYEDIAKANNYA..MEMADAILAH MEMPUNYAI KEMAHIRAN ASAS IAITU MEREBUS AIR...DAN HARI INI INGIN HAMBA KONGSIKAN DENGAN SAHABAT SEMUA AKAN SATU RESEPI YANG HAMBA ILHAMKAN DARI MEE MEGI INI UNTUK MEMBERIKAN SEDIKIT KELAINAN KEPADA PENGEMAR "MENU" UTAMA GOLONGAN BUJANG,PELAJAR DAN MEREKA YANG KESEMPITAN RM...TERIMALAH DARI HAMBA RESEPI MEGI SUP TULANG RUSUK GRILL VERSI JEBAT_BERANI...


MEGI SUP TULANG RUSUK GRILL VERSI JEBAT_BERANI


Bahan-bahannya(untuk 1 orang)

1. 1 ketul tulang rusuk (digaul dengan sedikit garam dan lada hitam)
2. 1 bungkus mee megi perisa ayam(sebarang jenama)
3. 1 sudu kecil sos tiram
4. 1 susu kecil sos cili
5. 1 biji telur
6. 1/2 batang lobak
7. 1/2 biji bawang merah
8. 1 biji bawang putih
9. 3 biji cili padi
10. sedikit tepung jagung
11. garam dan gula

Cara-cara menyediakannya

1. Masukkan tulang rusuk yang telah digaul dengan garam dan lada hitam ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200c dalam masa lebih kurang 20 minit..
2. Dalam pada itu rebus mee megi dan toskan setelah sedikit lembut dan asingkan..
3. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih..
4. Setelah itu masukkan rencah mee megi perisa ayam dan tambahkan lebih kurang 1 1/2 cawan air..
5. Masukkan pula sos tiran diikuti sos cili dan juga cili padi..
6. Masukkan pelahan-lahan tepung jagung yang telah digaul dengan air bagi memekatkan sedikit kuah..
7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa..
8. Apabila kuahb mulai mendidih pecahkan sebiji telur dan biarkan ianya seketika..
9. Masukkan mee megi yang telah direbus ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang telah dimasak pelahan-lahan...
10. Hiriskan lobak memanjang dan halus dan kemudian letakkan ke dalam mangkuk mee megi tadi..
11. Akhir sekali letakkan tulang rusuk yang digrill tadi di tengah-tengah mangkuk mee megi dan sedia untuk dinikmati..

P/s : untuk menambah selera dan aroma boleh juga ditambahkan sedikit serbuk lada hitam dan juga daun bawang dan daun sup..


SELAMAT MEMCUBA!!!

Ahad, 31 Januari 2010

CHICKEN CHOP VERSI JEBAT_BERANI

ANTARA RESEPI MAKANAN BARAT YANG GEMAR HAMBA MASAK ADALAH "CHIKEN CHOP"....MENGAPA??SEBAB IANYA MUDAH DISEDIAKAN DAN KALAU KENA GAYA HIASANNYA,IANYA MAMPU MEMBUATKAN ORANG MERASA KAGUM DENGAN KITA(kira macam makan kat hotel 5 bintang la)....KALI INI HAMBA KONGSIKAN BERSAMA PEMBACA BLOG HAMBA SEKALIAN RESEPI "CHIKEN CHOP" VERSI JEBAT_BERANI...MOGA PEMBACA SEKALIAN MAMPU MENYEDIAKAN HIDANGAN INI BUAT YANG TERSAYANG....


CHICKEN CHOP VERSI JEBAT BERANI

*HIDANGAN UNTUK 2 ORANG

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM

2 keping daging ayam(bahagian peha atau dada yang telah dibuang tulangnya)

Untuk Perapan Ayam
1. 1 sudu besar kicap pekat
2. 2 sudu besar jus limau/oren
3. 1/2 sudu kecil garam
4. 1/2 sudu kecil lada hitam
5. 1/2 sudu kecil soda berkarbonat(untuk lembutkan ayam)
*semua bahan digaul bersama ayam dan diperap semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam

Untuk Digaul Dengan Ayam
1. 1 biji telur ayam (dipukul sedikit)
2. 1/2 cawan tepung jagung
3. 2 keping roti(dibakar dan dihancurkan)

BAHAN-BAHAN UNTUK SOS BLACK PAPER

1. 1 cawan stok ayam @ 1 kiub pati ayam direndam dalam secawam air panas
2. 1/4 sudu kecil lada putih (ditumbuk halus)
3. 2 sudu kecillada hitam (ditumbuk agak kasar)
4. 1 sudu besar sos tiram
5. 2 sudu besar sos cili
6. 1/2 sudu kicap pekat
7. 1 biji bawang besar (yang putih/bawang thai dan didadu kecil)
8. 1 biji bawang putih (dicincang halus)
9. 1 sudu besar tepung jagung
10. Sedikit mentega
11. 1/2 sudu kecil garam

BAHAN-BAHAN TAMBAHAN

1. Sedikit kobis (dihiris halus dan digaul mayonis)
2. Sedikit sayur brakoli (direbus seketika)
3. 1 potongan kecil jagung (direbus)
4. Sedikit daun pudina,timun dan tomato sebagai hiasan
5. kentang goreng

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

Untuk Ayam :

1.Panaskan minyak secukupnya untuk menggoreng di dalam kuali besar.
2.Celup ayam yang telah diperap ke dalam telur kemudian gaulkan dengan serbuk roti dan diikuti dengan tepung jagung.
3. Goreng ayam sehingga garing dan berwarna kekuningan atau sedikit keperangan.
4. Angkat dan letakkan di atas pinggan.

Untuk Sos :

1. Panaskan mentega dan masukkan bawang putih yang dicincang halus.
2. Apabila sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang dipotong dadu dan goreng sehingga bawang menjadi sedikit layu.
3. Masukkan tepung jagung dan goreng seketika lagi.
4. Kemudian masukkan pula lada putih,lada hitam,garam,sos tiram,sos cili,kicap pekat dan stok ayam.
5. Biarkan ianya seketika sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
6. Sedia untuk dituangkan keatas ayam yang telah digoreng.

CARA-CARA MENGHIDANGKANNYA

1. Letakkan ayam di atas piring leper dan tuangkan sos yang telah disediakan tadi ke atas ayam.. 2. Letakkan kentang goreng,sayur brakoli,jagung,timun,tomato dan kobis yang digaul dengan mayonis di sekeliling ayam...
3.tambahkan daunn pudina di atas ayam bagi menambahkan serinya lagi....

*p/s : ayam boleh juga tidak diperap...namun jika ianya diperap rasanya lebih menyelerakan...


SELAMAT MENCUBA!!!

Ahad, 24 Januari 2010

PAIS TEMPOYAK IKAN TALIPIA VERSI JEBAT_BERANI

RESEPI YANG HAMBA NAK KONGSIKAN INI BERASAL DARI PENDALAMAN NEGERI PAHANG....HAMBA PELAJARI RESEPI INI DARI INTERNET SEBENARNYA...NAMUN SETELAH MENDAPATKAN SEDIKIT NASIHAT DAN TUNJUK AJAR DARI ANAK JATI NEGERI PAHANG...AKHIRNYA HAMBA BERJAYA MENYEDIAKAN HIDANGAN INI DENGAN JAYANYA (sebelum ini tak berapa menjadi)...OLEH ITU SUKA UNTUK HAMBA KONGSIKAN RESEPI INI BERSAMA-SAMA PEMBACA BLOG HAMBA SEKALIAN....SEMOGA HIDANGAN INI MAMPU MENAMBAT HATI YANG TERSAYANG....


PAIS TEMPOYAK IKAN TALIPIA



Bahan-bahan:

1 ekor ikan talapia saiz sederhana
3 sudu makan tempoyak baru
20 biji cili padi ditumbuk lumat
1 labu bawang besar diracik
1 batang serai dihiris kecil
25 mm kunyit hidup ditumbuk lumat
2 sudu makan santan
Garam secukup rasa
Daun pisang

Cara Memasaknya:
1. Gaul kunyit, cili padi, tempoyak, serai dan bawang bersama.
2. Lumur badan ikan dengan garam dan balut di dalam daun pisang bersama bahan-bahan tadi.
3. Tuangkan santan di atas badan ikan.
4. Bakar ikan di atas bara api samada di atas kuali atau di dalam ketuhar selama 25minit.
5. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

RENDANG PUCUK PAKU NEGERI SEMBILAN

INI ADALAH RESEPI JIRAN SE,KATONYO BERASAL DARI KUALA PILAH...TAPI MANO SATU BETUI PON SE TAK TAHU...JAP KUALO PILAH JAP PASIR MAS KELANTAN...LANTAK DIALAH...TAPI JANGAN PLAK TERKEJUT SEBAB RESEPI NIE TAK GUNA BAWANG...DAN UNIKNYA RESEPI INI BOLEH JUGA DIMASAK DENGAN LAIN-LAIN JENIS SAYUR SEPERTI PUCUK UBI,PUCUK PEGAGA,BETIK DAN MACAM-MACAM LAGI LA....RESEPI NIE JUGA BERASAL DARI NEGERI SEMBILAN...TAPI KINI BOLEH DIDAPATI DIMANA-MANA SAHAJA ASALKAN ADA YANG TAHU MASAK.....SO APA TUNGGU LAGI....JOM LE CUBA MASAK....



RENDANG PUCUK PAKU NEGERI SEMBILAN


Bahan-bahan

1. 2 kilo pucuk paku (petik daun yang masih lembut sahaja)
2. 20 ulas lada api (ikut cita rasa sendiri)
3. 1 1/2 inci kunyit
4. segenggam ikan bilis
5. 3 keping asam keping
6. pati santan dari 2 biji kelapa.
7. garam secukup rasa.

Cara-cara Menyediakannya

1.Tumbuk lada api dan kunyit. Kemudian campurkan dengan santan di dalam kuali.

2.Masukkan ikan bilis, asam keping dan sedikit garam. Hati-hati dengan garam kerana apabila rendang kering, garam akan lebih terasa.

3.Masak sehingga terbit minyak atas api sederhana.

4.Setelah terbit minyak, masukkan pucuk paku dan masak lagi sehingga hampir kering. Kecilkan api dan kacau selalu sehingga warna rendang hijau gelap.

5.Rendang ini insyallah boleh tahan sehingga 3 hari tanpa dipanaskan jika betul keringnya. Kalau rasa was was, boleh lah panaskan tiap tiap hari hingga rendang habis dimakan.

SELAMAT MENCUBA

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API

ISTIMEWA BUAT PENGEMAR RESEPI DARI NOGORI SEMBILAN....DAGING SALAI MASAK LOMAK CILI API..BUEK YANG GOMAR MAKAN YANG PODAIS-PODAIS MEMANG KONO BENAR LA NGAN RESEPI NIH...BAK KATO ORANG MENTUO LALU BELAKANG PON TAK NAMPAK..KALU LALU DOPAN NAMPAK LA...(sori versi cakap nogori orang tak pandai)

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API


Bahan-bahan:
1. 1 kg daging lembu ( dipotong nipis dan disalai )
2. 2 biji kelapa ( ambil santannya )
3. 10 biji terung telunjuk
4. 15 biji asam belimbing buluh/belimbing besi
5. 15 ulas cili padi ( ditumbuk )
6. 4 cm kunyit hidup ( ditumbuk )
7. Garam secukup rasa

Cara Memasaknya:
1. Masukkan santan, cili padi dan kunyit yang ditumbuk ke dalam periuk.
2. Dididihkan, kemudian masukkan garam secukup rasa bersama dengan terung telunjuk dan belimbing buluh.
3. Biarkan seketika dan masukkan daging. Masak sehingga ramuan mesra dan sedia untuk dihidang

SELAMAT MENCUBA

Khamis, 21 Januari 2010

PULUT MANGGA

PULUT MANGGA ADALAH ANTARA PENCUCI MULUT YANG PALING HAMBA GEMARI....ADA ORANG KATA IANYA BERASAL DARI THAILAND..SELAIN ITU JUGA IANYA SEDAP DIMAKAN KETIKA MINUM PETANG....CARA MENYEDIAKANNYA PUN AGAK MUDAH..DAN BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN PUN TIDAK BANYAK...JOM CUBA !!!


PULUT MANGGA


Bahan-Bahan

1. 1 MANGGA MASAK (dibuang kulit dan dipotong dadu)
2. GULA MELAKA SECUKUPNYA
3. 1 CAWAN SANTAN (dimasak)
4. 200GM BERAS PULUT

Cara Menyediakannya

1. Beras pulut yang telah dicuci bersih dikukus sehingga masak dan lembut
2. Apabila masak,bentuk dalam acuam mengikut kreativiti masing-masing dan letakkan dalam mangkuk leper
3. Kemudian, letakkan mangga bersama pulut tadi.Tuangkan gula melaka dan santan mengikut sukatan yang anda suka.
4. Sedia untuk dimakan..

SELAMAT MENCUBA

Rabu, 20 Januari 2010

TOMYAM SONGKHLA VERSI JEBAT_BERANI

BILA SINGGAH KE RESTORAN SEAFOOD,RASANYA TAK SAH KALAU TAK ODER TOMYAM...MACAM-MACAM TOMYAM ADA DAN BERMACAM-MACAM JUGALAH CARA MENYEDIAKANNYA....HARI NIE HAMBA NAK KONGSIKAN RESEPI TOMYAM YANG HAMBA BELAJAR DARI KAKAK ANGKAT HAMBA(merangkap sifu masakan kepada hamba)...KAKAK ANGKAT HAMBA INI BERASAL DARI THAILAND TETAPI TELAH MENETAP LAMA DI MALAYSIA KERANA BERKAHWIN DENGAN RAKYAT MALAYSIA...RESEPI INI ADALAH ANTARA RESEPI KEGEMARAN HAMBA UNTUK DIHIDANGKAN APABILA ADA TETAMU YANG BERKUNJUNG KE RUMAH HAMBA DAN KALI HAMBA KONGSIKAN KEPADA TETAMU BLOG SENDUK JEBAT...SELAMAT MENCUBA....

TOMYAM SONGKHLA

Bahan-Bahan A

1. 4 potong ikan siakap
2. 2 ekor ketam (dibelah dua)
3. 1/2 kg lala
4. 10 ekor sotong (dipotong kecil)
5. 4 ekor udang galah
6. 4 cawan air

Bahan-Bahan B

1. 1 inci halia
2. 3 keping lengkuas yg dihiris nipis
3. 2 biji bawang merah (dihiris)
4. 2 biji bawang putih (diketuk)
5. 2 batang serai (diketuk)
6. 2 biji tomato (dibelah 4)

Bahan-bahan Perasa

1. 2 sudu besar pes tomyam
2. 2 sudu besar garam dan gula
3. 3-4 sudu besar air limau nipis

Cara-Cara Menyediakannya

1. Masukan air ke dalam periuk sederhana besar bersama bahan A.
2. Kemudian,masukkan bahan B dan biarkan seketika.Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa dan biarkan sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih tambah sedikit susu cair (jika suka@ santan) dan tunggu sehingga mendidih sekali lagi sebelum diangkat dan dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA!!!!

Khamis, 7 Januari 2010

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI

LAMA BENAR HAMBA TAK UPDATE BLOG NIE..IALAH SEJAK KERJA-KERJA MEMASAK DIAMBIL ALIH SEPENUHNYA ISTERI HAMBA DAN ADIK IPAR PEREMPUAN HAMBA..SEKARANG RUMAH HAMBA MERIAH SIKIT LA..PASAL ADIK LELAKI HAMBA DAN ISTERINYA MENUMPANG SEMENTARA DIRUMAH HAMBA HUNGGA BELIAU BERUPAYA MENYEWA RUMAH SENDIRI...MAKA KERJA-KERJA MEMASAK TIDAK LAGI SEMPAT HAMBA LAKUKAN..BALIK JERK DARI KERJA SEMUANYA SUDAH TERHIDANG...

TAPI HARI INI HAMBA DAH WARNING AWAL-AWAL PADA ISTERI DAN ADIK IPAR HAMBA...JANGAN ADA YANG BERANI KE DAPUR MEMASAK UNTUK MAKAN MALAM INI...HAMBA NAK MELEPASKAN GIAN LAMA TAK MEMASAK...DAN KALI INI HAMBA NAK MEMASAK UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI..UDANG INI DIKIRIMKAN OLEH MENTUA HAMBA DI SABAH..BESAR-BESAR UDANGNYA...SO KALAU ADA YANG BERMINAT DENGAN RESEPI HAMBA INI SILA LA CUBA YA...

UDANG GALAH MASAK LEMAK CILI PADI


Bahan-bahan

½ kg Udang galah

Bahan tumbuk

Cili padi 1/2 genggam
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Kacang panjang
Buah tomato
Asam keping
Santan cair
Santan pekat
Serai – dititik
Daun kunyit

Cara Membuatnya

1. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi.
2. Masukkan santan cair dan udang galah tadi, kacau.
3. Campakkan serai, daun kunyit dan asam keping, kacau..biarkan sekejap.
4. Masukkan kacang panjang, tomato dan santan pekat…tunggu hingga mendidih dan bolehlah ditutup api.
5.Biar sehingga mendidih dan siap untuk dihidangkan

*Ringkas dan mudah bukan...SELAMAT MENCUBA!!

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute