SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Memaparkan catatan dengan label SOTONG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOTONG. Papar semua catatan

Ahad, 16 Januari 2011

KERABU SEAFOOD VERSI JEBAT BERANI

SEKIAN LAMA HAMBA TAK UPDATE BLOG INI..PERTAMA DISEBABKAN SIBUK DENGAN URUSAN KERJA DAN KEDUA DISEBABKAN OLEH KELEMBAPAN 'BERUKBAND' HAMBA YANG SANGAT KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN NI...NAMUN BEGITU HARI INI HAMBA BERUSAHA SEDAYA UPAYA HAMBA UNTUK UPDATE BLOG INI DENGAN SATU RESEPI YANG CUKUP ISTIMEWA...

IANYA SATU RESEPI YANG SANGAT MUDAH DISEDIAKAN DAN JUGA MENYIHATKAN...KALI INI HAMBA PERSEMBAHKAN BUAT PEMBACA BLOG SENDUK JEBAT RESEPI 'KERABU SEAFOOD' VERSI JEBAT_BERANI...HARAP PEMBACA SEKALIAN DAPAT MENCUBANYA....





KERABU SEAFOOD VERSI JEBAT_BERANI



BAHAN-BAHANNYA.......


1. Sotong dibersihkan dan dipotong kecil.










2. Udang dibuang kulit dan dibelah belakang.










3. Sengkuang bersaiz kecil dan dihiris halus.











4. 8 biji air perahan limau kasturi.







5. 10 biji lada kecil.(kalau nak lagi pedas boleh tambahkan lagi lada kecil)








6. 5 biji lada besar dihiris halus memanjang.









7. 1 biji bawang besar india dan 1 biji bawang thai dimayang.







8. 3 biji tomato dipotong tigasegi.









9. Sedikit daun ketumbar diambil daunnya sahaja.







10. 1 batang lobak dihiris halus.









11.Sedikit sayur brokoli.









12. 3 sudu makan sos cili









13. 1 sudu makan pati ayam.








14. 1 sudu makan sos ikan.









15. Gula secukup rasa.









CARA MENYEDIAKANNYA....


1. Gaul semua bahan diatas dalam bekas yang besar hingga sebati..

2. Biarkan dalam peti ais seketika.

3. Sedia untuk dihidangkan.....



SELAMAT MENCUBA

Khamis, 1 April 2010

SOTONG MASAK PRUNE

SOTONG MASAK PRUNE INI ADALAH RESEPI YANG DIUBAH SUAI DARI RESEPI ASAL DAGING MASAK PRUNE..NAMUN RASANYA BOLEH DIKATAKAN TIDAK MENGECEWAKAN..INI KERANA KEPADA PENGEMAR RESEPI ASAL INI,SOTONG MASAK PRUNE MEMBERIKAN SEDIKIT KELAINAN DARI RESEPI ASALNYA...RESEPI INI SANGAT SESUAI DIHIDANGAN DENGAN NASI PUTIH SEBAGAI HIDANGAN MAKAN TENGAHARI ATAU PUN HIDANGAN MAKAN MALAM..JADI KEPADA SAHABAT SEKALIAN JOM CUBA RESEPI INI...




SOTONG MASAK PRUNE









Bahan-bahannya:

1. 600 gram sotong
2. 10 biji cili kering
3. 7 biji bawang merah
4. 2 biji bawang putih
5. 1/2 inci halia
6. 3 batang serai
7. Rempah tumis
8. Sos tiram
9. Kicap manis
10. 1/2 cawan prune dikisar
11.garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya:

1. Kisar cili kering,bawang merah,bawang putih,halia dan serai kemudian tumis bahan-bahan kisar tadi bersama rempah tumis hingga naik bau.
2. Masukkan prune yang dikisar tadi dan kacau sebati.
3. Masukkan sos tiram dan kicap manis mengikut anggaran sendiri dan kacau lagi.
4. Rasakan masin, lemak dan manisnya. Prune sudah sedia masam.
5. Masukkan sotong, gaul sebati dan biar seketika di atas api. Sotong tidak perlu masa yang lama untuk masak dan ianya mengeluarkan air sendiri jadi dapatlah kuah yang pekat.
6. Sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MEMCUBA

Ahad, 6 September 2009

RESEPI RAMADHAN:SOTONG MASAK LEMAK CILI API

SOTONG ADALAH MERUPAKAN SALAH SATU JENIS LAUK YANG YANG SANGAT HAMBA GEMARI...DALAM MEMASAK SOTONG NIE TERDAPAT BANYAK CARANYA...SALAH SATU RESEPI DARI SOTONG YANG SANGAT HAMBA GEMARI ADALAH SOTONG MASAK LEMAK CILI API....WALAUPON BUKAN ORANG NEGERI HAMBA SANGAT MEMINATI MASAKAN LEMAK CILI API...OLEH ITI HAMBA KONGSIKAN DENGAN PENGUNJUNG SEKALIAN RESEPI SOTONG MASAK LEMAK CILI API.....

SOTONG MASAK LEMAK CILI API

BAHAN-BAHANNYA
5 ekor sotong bersaiz sederhana besar
5 bijik cili api
2 biji bwg putih
3 biji bwg merah
6 btg kacang panjang
1/2 bijik santan kelapa
1/4 sudu kecik serbuk kunyit
garam dan gula
ajinamoto
CARA-CARA MNYEDIAKANNYA

1.tumbuk bwg putih, bwg merah & cili sampai lumat - masukkan ke dalam periuk
2.letak serbuk kunyit & santan, hidupkan api sederhana besar
3.kacau slalu dan masukkan garam dan gula serta sedikit ajinamoto
4.apabila dah sedikit mendidih masukkan sotong - kacau selalu
5.bila rasa sotong dah sedikit lembut masukkan kacang panjang-jgn terlama sgt
6.sedia untuk dihidangakan
SELAMAT MEMCUBA

Ahad, 30 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:SOTONG GORENG BERMADU

SAHUR PAGI NIE HAMBA TAK TAHU NAK MASAK APE...BUKAK PETI AIS TGK LAUK SEMUA KERAS...KALAU NAK TUNGGU CAIR AISNYE LAMBAT LA PLAK..TAPI BILA BUKA SATU BEKAS LAUK TGK ADA 2 EKOR SOTONG YANG BELEN BELI SEMALAM...TERSA NAK MAKAN SOTONG LA PLAK PAGI NIE..LAGI PUN SOTONG NIE TAK KERAS SANGAT...MAKA HAMBA PUN APER LAGI..MULA LA MEREKA MASAKAN BERASASKAN SOTONG LA PLAK KALI NIE...WALAU PUN HAMBA TAK TAHU APA AKAN HASILNYA NANTI..TAPI KALI INI HAMBA NAK TRY MASAK SOTONG MENGGUNAKAN MADU LEBAH...SO SAHABAT-SAHABAT PENGUNJUNG BLOG YANG SETIA TERIMALAH RESEPI TERBARU HAMBA YANG ENTAH APA ENTAH INI.....

SOTONG GORENG TEPUNG BERMADU
BAHAN-BAHANNYA
2 ekor sotong bersaiz sederhana besar(dipotong kecil)
sedikit tepung jagung
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu madu lebah
1 sudu cukup rase maggi
1 batang cili besar(dipotong halus)
3 batang cili kecil(dipotong halus)
sedikit daun bawang dan daun sup(untuk keceriaan)
CARA-CARA MNEYEDIAKANNYA
1.gaul sotong yang telah dipotong dengan tepung jagung
2.goreng sotong dan ketepikan
3.tumis baewang puting dan bawang besar
4.setelah naik bau masukkan sos cili,sos tomato dan madu lebah
5.masukkan sotong dan kacau hingga sebati
6.masukkan cukup rasa maggi mengikut citarasa anda
7.masukkan cili kecil dan cili besar dan biarkan seketika
8.matikan api dan masukkan daun bawang dan daun sup
9.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

Khamis, 25 Jun 2009

RESEPI SOTONG SUMBAT

MINGGU NIE HAMBA NAK KONGSIKAN CARA-CARA NAK MASAK SOTONG SUMBAT...RESEPI NIE BUKAN HAMBA YANG PUNYA,HAMBA AMBEK DARI INTERNET...TAPI HAMBA DAH CUBA MASAK DAN HASILNYA SANGAT MEMUASKAN..DI SINI HAMBA SERTAKAN DUA CARA MEMBUATNYA..JADI HAMBA HARAP KAWAN-KAWAN SEKALIAN SILALAH MEMCUNANYA PULA YE...

Cara 1


Bahan-bahan:

1. 30 ekor sotong saiz sederhana
2. 1 biji kelapa — dapatkan 2 cawan santan pekat
3. 3 ulas bawang putih1 cawan beras pulut
4. 4 keping gula nira (atau 100gram gula merah)
5. Pencucuk lidi secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 20 minit. Toskan.
2. Bersihkan sotong dan asingkan kepalanya.
3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan pencucuk lidi supaya isinya tak terkeluar.
4. Susun sotong yang telah disumbat ke dalam periuk dan tuang santan.
5. Masukkan gula nira atau gula merah dan bawang putih.
6. Masak di atas api sederhana besar sehingga beras pulut masak dan santan menjadi pekat.
7. Tutup api, keluarkan dan hidang pana-panas.


Cara 2


Bahan-bahan:

600 gm sotong
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah kari ikan2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk secukupnya
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan
kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.
SELAMAT MENCUBA :)
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute