SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Rabu, 11 November 2009

JEBAT_BERANI MINCED CHINKEN CARROT STEAK

HARI NIE BALIK DARI KERJA SHIF MALAM HAMBA LEPAK2 DEPAN TV LAYAN ASTRO AFC(703)...MELIHAT RANCANGAN MASAKAN NIE BUAT HAMBA TAK SENANG DUDUK..KEJAP BANGUN BUKA PETI AIS TENGOK APA LAUK YANG ADA UNTUK HAMBA MASAK..EHMMM BANYAK PULA PILIHANLAUK HARI NIE...IKAN ADA,AYAM ADA,SOTONG ADA,UDANG ADA,DAGING PUN ADA PENDEK KATA MACAM2 ADA LA(macam tema cogan kata ASTRO la plak)


SO BILA DAH MACAM-MACAM ADA MULA LA KEPALA HOTAK NIE DOK MENJANA PELBAGAI IDEA MASAKAN YANG NAK DICUBA..SAMPAI TAK TAHU LA PLAK APA YG NAK DICUBA DULU...AKHIRNYA SETELAH HAMPIR SEHARIAN DOK MEMIKIRKAN APA YANG NAK DICUBA,AKHIRNYA HAMBA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMCUBA RESEPI YG BARU HAMBA REKA SEHINGGAKAN NAMANYA PUN HAMBA TAK TAHU NAK BAGI NAMA APA....





JEBAT_BERANI MINCED CHICKEN CARROT STEAK




BAHAN-BAHANNYA


1 potong daging (lebih kurang 200gm)

isi ayam-dipotong kecil

ubi kentang-dipotong dadu

3 batang lobak merah (dipotong kecil)

1 batang saderi

1 biji bawang merah (besar)-dipotong halus

2 biji bawang putih-dipotong halus

2-3 biji lada kecil (kalau tak nak pedas tak payah letak)

sedikit lada hitam

sedikit lada sulah

3 sudu makan stok ayam meggi (kalau pandai buat sendiri)

1 sudu makan sos tiram

sedikit kicap perasa

1 1/2 sudu makan tepung jagung

sedikit daun bawang dan daun sup (dipotong halus)

garam dan gula secukup rasa

ajinamoto kalau suka


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA


(untuk steak daging)

1.ketuk daging dengan alu lesung atau apa2 sahaja sehingga danging sedikit melebar.

2.letakan sedikit garam,lada hitam,lada sulah,ajinamoto dan sedikit kicap perasa.

3.panaskan kuali leper dan masak daging setiap belah selama 2 minit.

4.angkat daging dan masukan ke dalam oven selama 30-40 minit dengan suhu 150c-200c

SIAP!!


(untuk sup)

1.panaskan 1 liter air ke dalam periuk.

2.masukan lobak,bawang merah,bawang putih,halia,lada dan saderi.

3.apabila sup sudah mendidih,masukan sos tiram,kicap perasa,garam dan guladan stok ayam.

4.biarkan seketika sehingga lobak menjadi lembut.

5.kemudian matikan api dan masukkan daun sup dan daun bawang-biar sejuk seketika.

6.setelah sup menjadi sejuk,masukan ke dalam blender,dan kisar sehingga hancur.

7.setelah itu masukan sup yang telah dikisar ke dalam periuk dan hidupkan api yg kecil.

8.bancuh tepung jagung dan masukan ke dalam sup sedikit demi sedikit sambil dikacau.

9.masukan lada hitam dan juga lada sulah.

10.masukan ayam dan ubi kentang dan biarkan seketika di atas api yg pelahan sehingga ubi kentang menjadi lembut.

SIAP!!


SETELAH SIAP DAGING DAN SUP BOLEHLAH DIHIDANGKAN BERSAMA.ANDA JUGA BOLEH MENAMBAH UBI KENTANG BAKAR ATAU GORENG SEBAGAI HIDANGAN SAMPINGAN...


SELAMAT MENCUBA!!!

Selasa, 15 September 2009

RESEPI RAMADHAN:BUBUR AYAM SAMBAL GETUL

PAGI NIE UNTUK BERSAHUR TERINGIN PLAK HAMBA MAKAN NASI BUBUR...TAPI SEBETULNYA TAK TAHU NAK MASAK BUBUR APA..MAKLUM LA PAGI-PAGI NIE OTAK BENGAP SIKIT..SO APA LAGI..HAMBA TANYAKAN AJA KAT PAKCIK GOOGLE YANG BIJAKSANA DAN INILAH RESEPI YANG HAMBA DAPAT...SETELAH DICUBA TERNYATA HASILNYA SANGAT MEMUASKAN...


BUBUR AYAM SAMBAL GETUK


BAHAN-BAHANNYA

1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
sedikit garam
1 liter air

* GARNISH *
lada merah- xde
daun bawang n daun sup
sedikit minyak bijan- x buh!

* AKSESORI TAMBAHAN *
ikan bilis n kacang digoreng
lada jeruk- wat sambal getuk!
telur masin

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA


1.Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
2.Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmana kita nak

3.Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.

4.Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup

5.Titiskan sikit dgn minyak bijan.

6.sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....



DIBAWAH NIE PLAK RESEPI SAMBAL GETUK UNTUK DIMAKAN DENGAN BUBUR AYAM DIATAS

BAHAN-BAHANNYA
ikan bilis
cili padi ~ belah dua
belacan ~ nak sedap bakar dulu
sedikit gula ~ jika suka
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
2.Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
3.Angkat dan toskan.
4.Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan.Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik 5.
Siap!! boleh la dihidangkan dgn bubur nasi atau nak makan dgn nasi pon sodap!

SELAMAT MEMCUBA

RESEPI RAMADHAN:NASI KERABU

HARI NIE JIRAN SEBELAH RUMAH DATANG KE RUMAH HAMBA TANYAKANN RESEPI NASI KERABU...HAMBA PON INGAT-INGAT LUPA GAK..TAPI SETELAH BERTANYA SANA-SINI AKHIRNYA DAPATLAH HAMBA BERIKAN KEPADA JIRAN HAMBA RESEPI NASI KERABU..ENTAH JADI KE TAK DIE MASAK HAMBA PON TAK TAHU LA...SO,UNTUK PENGUNJUNG SETIA BLOG HAMBA TERIMALAH RESEPI NASI KERABU INI

NASI KERABU

BAHAN UNTUK NASI
4 cawan beras
BAHAN SAMBAL KELAPA
5 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 biji kelapa parut (sangai)
1/2 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
2 ekor ikan kembung (rebus dan tumbuk)
2 batang serai (tumbuk)
Sedikit garam dan gula melaka
BAHAN KUAH TUMIS
5 ulas bawang merah
1 cm halia
2 sudu besar budu
1/2 biji kelapa (ambil santan)
2 batang serai (ketuk)
2 sudu besar cili kisar
1 keping asam gelugur
BAHAN ULAM
1 batang timun
2 tangkai kacang panjang
4 tangkai pegaga
sedikit daun kesom
1/2 tangkai bunga kantan
Sedikit tauge
CARA MENYEDIAKAN
1) Terlebih dahulu masakkan nasi sehingga masak dan ketepikan.
2) Sementara itu, hiris halus semua ulam-ulaman, ketepikan. Untuk mengelakkan
ulam-ulaman menjadi lebam, gaulkan dengan sedikit garam setelah ia dihiris.
3) Seterusnya, sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kelapa.
Sangai kelapa sehingga garing tapi jangan sampai hangit.
4) Kemudian, tumbukkan lada hitam bersama serai sehingga lumat dan
masukkan ikan rebus dan tumbuk lagi.
5) Setelah kelapa garing angkat dan gaul rata bersama bahan tumbuk tadi. Ketepikan.
6) Sediakan pula bahan-bahan untuk membuat sambal tumis budu.
Tumbukkan halia dan bawang sehingga lumat dan masukkan ke dalam
periuk yang berisi santan.
7) Masukkan juga cili kisar, budu dan serai.
8) Kemudian renehkan di atas api sederhana sambil dikacau dan apabila pecah
minyak bolehlah diangkat.
SELAMAT MEMCUBA

Isnin, 14 September 2009

RESEPI RAMADHAN:SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

HARI INI BILA HAMBA SINGGAH KAT PASAR TERNAMPAK LAK SIPUT SEDUT..ISTERI HAMBA GEMAR SUNGGUH AKAN SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API..LALU ISTERI HAMBA BERTANYE BLEH TAK MASAK SIPUT SEDUT HARI INI..HAMBA KATA BOLEH LALU DIE MINTA HAMBA BELIKAN SETENGAH KILO SIPUT SEDUT..CUKUPLAH UNTUK HAMBA BERDUA...UNTUK PENGUNJUNG SEKALIAN TERIMALAH RESEPI UNTUK HARI INI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API




BAHAN-BAHANNYA


1/2 kilo siput sedut

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

5 biji cili api

sedikit halia

sebatang serai

1 biji kelapa diparut

garam secukup rasas

edikit kunyit

sedikit gula


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA


1. Perah santan, dapatkan santan pekat dan cair diasingkan

2. Cuci siput sedut, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup. kalau idak jenuh nak mengutipnya. siput tu masih boleh merayap biasanya.

3. Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis.

4. Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)

5. Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.

6. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.


SELAMAT MEMCUBA

Sabtu, 12 September 2009

RESEPI RAMADHAN:SUP IKAN SALMON VERSI JEBAT_BERANI

HARI INI ISTERI TERINGIN SANGAT NAK MAKAN SUP...BILA DITANYA NAK MAKAN SUO APA DI KATA IKUT LA SUP APA PON...ISH,MANA ADA 'SUP IKUT'...SUSAH SUSAH...NAK MAKAN PON TAKNAK CAKAP TERUS TERANG...PENING KEPALA HAMBA...NAK MASAK SUP APA PON TAK TAHU...TAPI BILA DIBUKA PETI AIS DAN APA YANG ADA HANYALAH BEBERAPA FILET IKAN SALMON...MAKA HAMBA MEMUTUSKAN UNTUK MEMASAK SUP IKAN SALMON YANG TELAH DIOLAH SEDIKIT MENGIKUT VERSI JEBAT_BERANI...



SUP IKAN SALMON VERSI JEBAT-BERANI



BAHAN-BAHANNYA
6 keping filet ikan salmon
1 batang karot dikupas kulitnya dan potong ikut suka
1 biji kentang belah 4
1 biji tomato dibelah 2
1 jari kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
4 cawan air
Garam secukup rasa
ajinamoto
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng
2 biji bawang besar(ditumbuk
1 ulas bawang putih(titumbuk)
1 sudu makan serbuk ketumbar(ditumbuk)
1 sudu teh serbuk jintan putih(ditumbuk)
1 sudu teh serbuk lada putih(ditumbuk)

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Masukkan air, karot dan kentang. Bila karot dan kentang sudah sentengah masak masukkan ikan merah, daun sup dan bawang goreng.
4. Bila kuah telah mendidih dan ikan telah masak, masukkan tomato, padamkan api dan tutup periuk. Sedia untuk dihidang

SELAMAT MEMCUBA

Rabu, 9 September 2009

RESEPI RAMADHAN:IKAN KUKUS HALIA BAWANG PUTIH

MEMASAK IKAN SIAKAP ADALAH SESUATU YANG SANGAT HAMBA GEMARI..DARIPADA MEYEDIAKAN RESEPI SEHINGGA KEPADA CARA-CARA MENYIANGNYA...HAMBA SUKAKAN SKIL YANG ANDA PADA HAMBA DALAM MENYIANG IKAN SIAKAP INI..SERONOK SUNGGUH SEHINGGA ISTERI HAMBA PERNAH BERTANYA TAK BOLEH KE KALAU IKAN TUE DOGORENG BEGITU SAHAJA...KALI INI HAMBA NAK BERKONGSI SALAH SATU RESEPI YANG HAMBA SUKA PRATIKAN BILA MANA MEMASAK IKAN SIAKAP INI...IANYA MUDAH DISEDIAKAN WALAUPON SESEORANG ITU KALI PERTAMA KE DAPUR..RESEPI ITU IALAH IKAN KUKUS HALIA BAWANG PUTIH..

IKAN KUKUS HALIA BAWANG PUTIH




BAHAN-BAHANNYA

1 ekor ikan siakap
1 inci halia muda
3 ulas bawang putih(ditumbuk)
3 potong cendawan kering
3 hiris sayur masin
1 sudu makan soso tiram
1 sudu kicap cair
garam dan gula secukup rasa
sedikit ajinamoto


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.bersihkan ikan dan toskan
2.letakan semua bahan-bahan tadi di atas ikan dan sehingga masak..
3.sedia untuk dihidangkan


SELAMAT MEMCUBA

Isnin, 7 September 2009

RESEPI RAMADHAN:SPEGHETI SARDIN PUTERI_EMBUN

HARI INI HAMBA INGIN KEMUKAKAN SATU RESEPI YANG DIMASAK OLEH ISTERI HAMBA..HAMBA SENDIRI TAK TAHU DARI MANA DIE DAPAT AKAN RESEPI INI...RASE-RASENYE DIE PON MAIN HANTAM SAJA..NAK LAWAN HAMBA MEREKA MASAKAN LA KONONNYE...WALAUBAGAIMANA PON RESEPI YANG ISTERI HAMBA MASAK INI KIRA SEDAP JUGA RUPANYA...SO HAMBA NAK LA KONGSIKAN RESEPI SPEGHETI YANG DIBERIKAN NAMA SPEGETI SARDIN PUTERI_EMBUN


SPEGHETI SARDIN PUTERI_EMBUN



BAHAN-BAHANNYA

1 paket spegheti(direbus sehingga lembut)
1 paket soseh(dipotong kecil dan digoreng)
1 tin sardin
250gm daging hancur
serbuk chese
4 sudu sos cili
8 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
garam dan gula
3 cawan air
5 biji bawang putih(ditumbuk )
lada hitam(ditumbuk)
2 biji bawang besar (dimayang halus)


CARA-CARAA MENYEDIAKANNYA


1.panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,lada hitan dan bawang besar...
2.masukkan sos cili,sos tomato dan sos tiram,kemudian tumis sehingga naik bau..
3.masukkan daging hancur dan biarkan ia seketika
4.masukkan sardin yang telah dihancurkan dan biarkan ia seketika..
5.masukan 3 cawan air dan biarkan ia mendidih sehingga kuah menjadi pekat...
6.masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda..
7.masukkan spegeti yang telah direbus ke dalam pinggan dan tuangkan kuah yg telah masak...
8.letakkan sosej yang digoreng dan taburkan serbuk chesee di atas kuah sebagain hiasan dan penambah selera..
9.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute