SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Rabu, 11 November 2009

JEBAT_BERANI MINCED CHINKEN CARROT STEAK

HARI NIE BALIK DARI KERJA SHIF MALAM HAMBA LEPAK2 DEPAN TV LAYAN ASTRO AFC(703)...MELIHAT RANCANGAN MASAKAN NIE BUAT HAMBA TAK SENANG DUDUK..KEJAP BANGUN BUKA PETI AIS TENGOK APA LAUK YANG ADA UNTUK HAMBA MASAK..EHMMM BANYAK PULA PILIHANLAUK HARI NIE...IKAN ADA,AYAM ADA,SOTONG ADA,UDANG ADA,DAGING PUN ADA PENDEK KATA MACAM2 ADA LA(macam tema cogan kata ASTRO la plak)


SO BILA DAH MACAM-MACAM ADA MULA LA KEPALA HOTAK NIE DOK MENJANA PELBAGAI IDEA MASAKAN YANG NAK DICUBA..SAMPAI TAK TAHU LA PLAK APA YG NAK DICUBA DULU...AKHIRNYA SETELAH HAMPIR SEHARIAN DOK MEMIKIRKAN APA YANG NAK DICUBA,AKHIRNYA HAMBA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MEMCUBA RESEPI YG BARU HAMBA REKA SEHINGGAKAN NAMANYA PUN HAMBA TAK TAHU NAK BAGI NAMA APA....





JEBAT_BERANI MINCED CHICKEN CARROT STEAK




BAHAN-BAHANNYA


1 potong daging (lebih kurang 200gm)

isi ayam-dipotong kecil

ubi kentang-dipotong dadu

3 batang lobak merah (dipotong kecil)

1 batang saderi

1 biji bawang merah (besar)-dipotong halus

2 biji bawang putih-dipotong halus

2-3 biji lada kecil (kalau tak nak pedas tak payah letak)

sedikit lada hitam

sedikit lada sulah

3 sudu makan stok ayam meggi (kalau pandai buat sendiri)

1 sudu makan sos tiram

sedikit kicap perasa

1 1/2 sudu makan tepung jagung

sedikit daun bawang dan daun sup (dipotong halus)

garam dan gula secukup rasa

ajinamoto kalau suka


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA


(untuk steak daging)

1.ketuk daging dengan alu lesung atau apa2 sahaja sehingga danging sedikit melebar.

2.letakan sedikit garam,lada hitam,lada sulah,ajinamoto dan sedikit kicap perasa.

3.panaskan kuali leper dan masak daging setiap belah selama 2 minit.

4.angkat daging dan masukan ke dalam oven selama 30-40 minit dengan suhu 150c-200c

SIAP!!


(untuk sup)

1.panaskan 1 liter air ke dalam periuk.

2.masukan lobak,bawang merah,bawang putih,halia,lada dan saderi.

3.apabila sup sudah mendidih,masukan sos tiram,kicap perasa,garam dan guladan stok ayam.

4.biarkan seketika sehingga lobak menjadi lembut.

5.kemudian matikan api dan masukkan daun sup dan daun bawang-biar sejuk seketika.

6.setelah sup menjadi sejuk,masukan ke dalam blender,dan kisar sehingga hancur.

7.setelah itu masukan sup yang telah dikisar ke dalam periuk dan hidupkan api yg kecil.

8.bancuh tepung jagung dan masukan ke dalam sup sedikit demi sedikit sambil dikacau.

9.masukan lada hitam dan juga lada sulah.

10.masukan ayam dan ubi kentang dan biarkan seketika di atas api yg pelahan sehingga ubi kentang menjadi lembut.

SIAP!!


SETELAH SIAP DAGING DAN SUP BOLEHLAH DIHIDANGKAN BERSAMA.ANDA JUGA BOLEH MENAMBAH UBI KENTANG BAKAR ATAU GORENG SEBAGAI HIDANGAN SAMPINGAN...


SELAMAT MENCUBA!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau sy ketuk dgn tukul je bukan dgn alu lesung.hahaha
Abg jebat ada Kedai makan ke kat mana2.kalau ada boleh singgah kalau ada kesempatan,mana tahu boleh makan free.

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute