SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 3 September 2009

RESEPI RAMADHAN:SUP GEAR BOX JEBAT

HIDANGAN SUP GEAR BOX MERUPAKAN SATU HIDANGAN YANG SANGAT POPULAR DIKALANGAN PENGEMAR HIDANGAN BERASASKAN SUP...HIDANGAN INI BUKAN SAHAJA SESUAI DIMAKAN DENGAN NASI, MALAH BOLEH JUGA DIMAKAN BEGITU SAHAJA....HIDANGAN INI BIASANYA MENGUNAKAN BAHAGIAN TERTENTU PADA TULANG LEMBU BAGI MENJADIKANNYA LEBIH MENYELERAKAN...KALI INI HAMBA MEMPERSEMBAHKAN RESEPI HIDANGAN SUP GEAR BOX BUAT PANDUAN PENGUNJUNG SEKALIAN UNTUK MEYEDIAKAN JUADAH BERBUKA ATAU SEBAGAI PEMBUKA SELERA KELUARGA TERSAYANG.....

SUP GEAR BOX JEBAT
BAHAN-BAHANNYA
1kg tulang rusuk atau mana-mana sahaja bahagian tulang
(mengikut citarasa anda)
200gm daging
4 biji bawang putih(ditumbuk)
2 batang serai(ditumbuk)
1 inci halia muda(ditumbuk)
2 biji bawang besae(dimayang halus)
sedikit daun bawang(ditumbuk)
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
2 batang saderi(dipotong dadu)
sedikit rempah sup
garam
daun bawang dan daun sup untuk hiasan
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.rebus tulang rusuk bersama daging sehingga empuk.
2.tumis bahan rempah sup,bahan yang ditumbuk,bawang besar,jintan manis dan jintan putih sehingga wangi.
3.masukkan rempah yang telah ditumis kedalam rebusan tulang.
4.apabila daging mula kelihatan empuk,masukkan garam secukup rase
5.taburkan daun bawang dandaun sup.
6.sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA

Rabu, 2 September 2009

RESEPI RAMADHAN:AYAM PERCIK KELANTAN ORI

HARI INI HAMBA MENYEDIAKAN MASAKAN AYAM PERCIK KELANTAN BAGI JUADAH BERBUKA..TAPI RESEPI INI BERLAINAN SEDIKIT DARI RESEPI AYAM PERCIK YANG PERNAH HAMBA POSTINGKAN SEBELUM INI...RESEPI INI HAMBA PEROLEHI DARI IBU HAMBA..KIRA RESEPI INI LEBIH TULEN AKAN 'KEKELANTANANNYE' BERBANDING RESEPI SEBELUM INI...DARI SEGI RASA DAN WARNANYA JUGA BERBEZA...KEPADA PENGUNJUNG SEKALIAN HAMBA HARAPKAN SELAMAT MEMCUBA RESEPI AYAM PERCIK HAMBA KALI INI..PASTI MENJILAT JARI LA KALI INI...

AYAM PERCIK KELANTAN ORI

BAHAN-BAHANNYA
1 EKOR AYAM DIPOTONG 12BAHAGIAN
SANTAN PEKAT DARI 1 BIJI KELAPA
I BATANG SERAI DIKETUK
SEDIKIT AIR ASAM JAWA
SEDIKIT JINTAN MANIS
BAHAN A
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
SEDIKIT GARAM
BAHAN B
4 ULAS BAWANG MERAH
1 INCI HALIA
2 BIJI BUAH KERAS
GULA DAN GARAM
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.tumbuk bahan A dan gaulkan bersama potongan ayam dan perap seketika
2.tumbuk bahan B dan masukkan kedalam santan yang telah dipanaskan
3.masukkan serai,air asam jawa dan jintan manis ke dalam santan dan kacau
4.masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa
5.bakar ayam kira-kira 1/2 masak
6.setelah 1/2 masak lumurkan ayam dengan kuah percik
7.bakar semula ayam sehingga benar-benar masak
8.setelah ayam masak lumurkan sekali lagi dengan lebihan kuah percik
9.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

Selasa, 1 September 2009

RESEPI RAMADHAN:IKAN BAKAR JEBAT_BERANI

HARI INI HAMBA HENDAK KONGSIKAN DENGAN RAKAN-RAKAN PENGUNJUNG BLOG HAMBA SATU RESEPI IKAN BAKAR YANG MUDAH UNTUK DISEDIAKAN...UNTUK KALI INI HAMBA MENGUNAKAN 2 JENIS IKAN IAITU IKAN TALIPIA DAN IKAN KELI..HAMBA NAMAKAN RESEPI INI....

IKAN BAKAR JEBAT_BERANI

BAHAN-BAHANNYA
UNTUK PERAPAN IKAN
1 EKOR IKAN KELI DAN 1 EKOR IKAN TALIPIA
KUNYIT HIDUP SEBESAR IBU JARI
3 BATANG SERAI DIPOTONG HALUS
5 BATANG CILI KECIL
SEDIKIT GARAM DAN GULA
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.BLENDER ATAU TUMBUK SEMUA BAHAN KECUALI IKAN
2.SAPUKAN PADA IKAN DAN BIARKAN SEKETIKA
3.BAKAR DI DALAM KETUHAR SELAMA 45 PADA SUHU 150C ATAU BAKAR ATAS BARA API DALAM 30-40 MINIT
BAHAN-BAHAN UNTUK PENCICAH
4 BIJI LADA BESAR
3 BIJI BAWANG KECIL
KICAP PEKAT
SEDIKIT CUKA ATAU LIMAU NIPIS
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.TUMBUK BAWANG KECILDAN LADA SEHINGGA SEDIKIT LUMAT
2.MASUKKAN KICAP PEKAT DAN CUKA ATAU LIMAU NIPIS
3.KACAU HINGGA SEBATI
SELAMAT MEMCUBA

Isnin, 31 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:AYAM GOLEK ISTANA PAHANG

HARI NIE HAMBA NAK KONGSIKAN DENGAN PENGUNJUNG SEKALIAN SATU RESEPI DARI ISTANA PAHANG...RESEPI INI BIASA KITA DENGAN DAN KITA LIHAT DI PASAR-PASAR MALAM MAHU PIUN PASAR RAMADHAN...RESEPI AYAM GOLEK,CUMA YANG BEZANYA KALI INI,RESEPI INI DIILHAMKAN DARI ISTANA PAHANG....
AYAM GOLEK ISTANA PAHANG
BAHAN-BAHANNYA
800g atau ½ ekor ayam
1 biji buah keras
1/2 ibu jari belacan
2.5sm halia
2.5sm kunyit hidup
100g bawang merah
4 ulas bawang putih
1sm lengkuas
20g lada kering
2 cawan santan pekat
2 batang serai – dititik
50g asam jawa – dibancuh dengan sedikit air panas dan diambil airnya
Garam dan gula
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
*Terdapat dua cara untuk menyediakan hidangan ini:
YANG PERTAMA

1.Masak semua bahan-bahan dikisar bersama santan, serai dan air asam jawa sehingga pecah minyak, kemudian masukkan ayam.
2.Bubuh garam dan gula secukup rasa dan dididih perlahan-lahan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat
3.Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan tuangkan ke atasnya kuah pekat tadi. 4.Bakar/panggang atau gril di atas bara api sehingga masak
YANG KEDUA

1.Tumis semua bahan-bahan kisar sehingga pecah minyak, barulah masukkan santan, serai dan air asam jawa.
2.Bubuh garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga pekat.
3.Masukkan ayam dan didih perlahan-lahan sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.
4.Letakkan ayam di atas dulang pembakar dan tuangkan ke atasnya kuah pekat tadi. 5.Bakar/panggang atau gril dia atas bara api.
SELAMAT MEMCUBA

Ahad, 30 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:IKAN BAKAR PORTUGIS

DOK BELIK BELIK RESEPI DARI INTERNET HAMBA BERJUMPA DENGAN RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS NIE..HAMBA BIASA TENGOK MASAKAN NIE KAT PASAR RAMADHAN KAT BANGSAR...TERINGIN PLAK HAMBA MEMCUBANYA..LALU APA LAGI....TERUS KE PASAR BELI IKAN BAWAL PUTIH 1 EKOR DAN BAWAL HITAM 1 EKOR...BUKAN APA,HAMBA DAN ISTERI MEMPUNYAI CITARASA YANG BERBEZA SIKIT PASAL IKAN BAWAL NIE..ISTERI SUKA IKAN BAWAL PUTIH MANAKALA HAMBA IKAN BAWAL HITAM....SO TANPA BANYAK BICARA TERIMA LA RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS YANG DICIPLAK DARI INTERNET....

IKAN BAKAR PORTUGIS

BAHAN-BAHANNYA
1/4 cawan minyak masak
Air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
Garam Gula
1 ekor (600 gm) ikan bawal putih/hitam di bersihkan
Daun pisang
BAHAN-BAHAN YANG DIKISAR
4/6 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah kecil
1 batang serai di hiris halus halus
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili serbuk
2 helai daun limau purut
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. 2. Masukkan air limau nipis, kicap, garam dan gula.
3. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak tadi.
4. Bungkus ikan dengan daun pisang.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah di panaskan pada suhu 180C selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.
6.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

RESEPI RAMADHAN:AYAM PERCIK KELANTAN

SALAH SATU RESEPI MASAKAN YANG SANGAT HAMBA GEMARI KETIKA BULAN RAMADHAN ADALAH AYAM PERCIK KELANTAN...SELAIN DARI MENGEMARI RASANYA HAMBA JUGA SANGAT SUKA MENOLONG IBU HAMBA MENYEDIAKANNYA...SERONOK SANGAT KETIKA MEMBAKAR AYAM INI SEBELUM DISIRAM DENGAN KUAH PERCIKNYA...TERKENANG HAMBA AKAN KESERONOKKAN MASA ITU...DI SINI INGIN HAMBA KONGSIKAN KEPADA PENGUNJUNG SEKALIAN RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN...IANYA TAK SUSAH DISEDIAKAN..MALAH SANGAT SERONOK UNTUK MENYEDIAKAN RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN INI....

AYAM PERCIK KELANTAN


BAHAN-BAHANNYA
1 ekor ayam 1(sama ada dipotong atau dibiarkan seekor)
mangkuk kecil santan (sebiji kelapa/satu pkt santan segera)
1 batang serai di ketuk
BAHAN A
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit garam
BAHAN B
1 cm halia
3 biji cili kering (kalau tak nak pedas guna 2 sudu cili boh)
2 biji bawang merah
2 biji kuah keras
garam dan gula
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.Tumbukkan bahan A dan gaulkan ayam bersama bahan tadi.
2.Perap ia, sementara itu tumbukkan bahan B.
3.Selepas itu panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan dan serai.
4.Masak sehingga sedikit pecah minyak dan tambahkan garam dan gula mengikut selera sendiri. 5.Sambil itu bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam bara api.
6.Jika ayam tadi kelihatan hampir separuh masak (anggaran 1/2 jam) angkat ayam dr api dan dilumurkan dgn kuah percik dlm periuk masak percik tadi.
7.Bakar lagi selama 1/2 jam.
8.Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik tadi di lumurkan sekali lagi pada ayam yang telah masak.
9.sedia utk dimakan....
SELAMAT MEMCUBA

RESEPI RAMADHAN:SOTONG GORENG BERMADU

SAHUR PAGI NIE HAMBA TAK TAHU NAK MASAK APE...BUKAK PETI AIS TGK LAUK SEMUA KERAS...KALAU NAK TUNGGU CAIR AISNYE LAMBAT LA PLAK..TAPI BILA BUKA SATU BEKAS LAUK TGK ADA 2 EKOR SOTONG YANG BELEN BELI SEMALAM...TERSA NAK MAKAN SOTONG LA PLAK PAGI NIE..LAGI PUN SOTONG NIE TAK KERAS SANGAT...MAKA HAMBA PUN APER LAGI..MULA LA MEREKA MASAKAN BERASASKAN SOTONG LA PLAK KALI NIE...WALAU PUN HAMBA TAK TAHU APA AKAN HASILNYA NANTI..TAPI KALI INI HAMBA NAK TRY MASAK SOTONG MENGGUNAKAN MADU LEBAH...SO SAHABAT-SAHABAT PENGUNJUNG BLOG YANG SETIA TERIMALAH RESEPI TERBARU HAMBA YANG ENTAH APA ENTAH INI.....

SOTONG GORENG TEPUNG BERMADU
BAHAN-BAHANNYA
2 ekor sotong bersaiz sederhana besar(dipotong kecil)
sedikit tepung jagung
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
2 sudu madu lebah
1 sudu cukup rase maggi
1 batang cili besar(dipotong halus)
3 batang cili kecil(dipotong halus)
sedikit daun bawang dan daun sup(untuk keceriaan)
CARA-CARA MNEYEDIAKANNYA
1.gaul sotong yang telah dipotong dengan tepung jagung
2.goreng sotong dan ketepikan
3.tumis baewang puting dan bawang besar
4.setelah naik bau masukkan sos cili,sos tomato dan madu lebah
5.masukkan sotong dan kacau hingga sebati
6.masukkan cukup rasa maggi mengikut citarasa anda
7.masukkan cili kecil dan cili besar dan biarkan seketika
8.matikan api dan masukkan daun bawang dan daun sup
9.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute