SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 27 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:NASI GORENG PATAYA

HARI INI HAMBA NAK KONGSIKAN SATU RESEPI MASAKAN GERAI YANG SANGAT HAMBA GEMARKAN...RESEPI INI DIKATAKAN BERASAL DARI THAILAND...DIBERIKAN NAMA NASI GORENG PATAYA...TAPI TAK PASTI LA PLAK HAMBA MENGAPA IANYA DIBERIKAN NAMA SEDEMIKIAN....TAPI INILAH ANTARA MAKANAN WAJIB HAMBA KETIKA BUJANG DAHULU...TAK SAH RASANYA KALAU DALAM SEHARI TAK PEKENA NASI GORENG PATAYA...SELAIN DARIPADA RASANYA YANG SEDAP,HAMBA GEMARKAN PELAYAN YANG MENHIDANGKAN NASI GORENG PATAYA NIE..HEHEHE..

NASI GORENG PATAYA

BAHAN-BAHANNYA
2 mangkuk nasi putih
100 gm daging (dipotong kecil dan direbus)
1 ulas bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 cm halia (ditumbuk)
1 sudu besar cili boh
Sedikit lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu kacang peas
Sedikit kicap
1 biji cili merah (dihiris)
2 biji telur (dipukul)
1 senduk minyak masak
garam dan serbuk perasa
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.Panaskan minyak di dalam kuali, selepas itu tumis bawang merah, bawang putih, garam, serbuk perasa dan halia. Biarkan sehingga naik baunya barulah dimasukkan cili boh dan dikacau selama 2 minit.
2.Selepas itu masukkan lobak merah, kacang peas, daging, kicap, cili merah dan akhir sekali masukkan nasi putih. Kacau hingga benar-benar sebati selama 3 minit barulah di angkat dan letakkan ke dalam mangkuk.
3.Bersihkan kuali dan panaskan minyak sekali lagi. Masukkan telur dan dadarkan (seperti kuih ketayap)
4.Biarkan permukaan telur itu garing sedikit, selepas itu masukkan nasi di tengah-tengah telur itu. Kemudian bungkus dengan telur itu.
5.Biarkan sebentar di atas dapur, barulah ianya diangkat dan masukkan ke dalam pinggan. Hiaskan dengan taburan bawang goreng, potongan mentimun dan letakkan sedikit tomato sos.
SELAMAT MEMCUBA

Rabu, 26 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:AYAM MASAK KUNING SABAHAN

HARI INI HAMBA PULANG LEWAT KERJA..SEKEMBALINYA HAMBA KE RUMAH,ISTERI HAMBA SUDAH SIAP MEMASAK SATU HIDANGAN ISTIMEWA KATANYA...BILA HAMBA TANYA APA KE NAMA HIDANGAN TERSEBUT,DIE KATA DIE TAK TAHU LA PLAK..OLEH ITU HAMBA MEMBERIKAN NAMA HIDANGAN TERSEBUT MENGIKUT SIFATNYA DAN JUGA ASAL USUL TUKANG MASAKNYE..HEHEHE..TERIMALAH RESEPI UNTUK HARI INI.....

AYAM MASAK KUNING SABAHAN
BAHAN-BAHANNYA
SETENGAH EKOR AYAM(DIPOTONG KECIL)
3 BIJI BAWANG PUTIH
5 BIJI BAWANG MERAH
12 BIJI CILI KECIL
2 BIJI CILI BESAR(DIPOTONG HALUS)
1/2 INCI LENGKUAS
1/2 INCI KUNYIT HIDUP
ASAM JAWA
1 SUDU MADU LEBAH
GARAM SECUKUP RASA
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.BAWANG MERAH,BAWANG PUTIH,CILI KECIL,LENGKUAS DAN KUNYIT HIDUP DITIMBUK SEKALI SEHINGGA HALUS.
2.KEMUDIAN TUMIS BAHAN YANG DITUMBUK SEHINGGA NAIK BAU.
3.SETELAH NAIK BAU MASUKKAN AYAM,MADU LEBAH DAN LADA BESAR.
4.GAULKAN SEKETIKA SEHINGGA SEBATI.
5.MASUKKAN SEGELAS AIR DAN BIARKAN SEHINGGA AYAM MASAK.
6.SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

NOTA:ISTERI HAMBA SURUH MAKLUMKAN PADA SEMUA INI RESEPI DIE,KALAU TAK MAKLUMKAN DIE NAK SAMAN HAMBA.

Selasa, 25 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:SPEGHETI LA BOLOSNESE

HARI NIE ISTERI HAMBA MEGOMEL-GOMEL NAKKAN SPEGHETI BOLOSBENE..HAMBA PON SEBETULNYE TAK TAHU APA KEBENDE YANG ISTERI HAMBA NAKKAN SEBENARNYE..TAK PENAH PLAK HAMBA DENGAR NAMA MAKANAN NIE...TAPI TAK MENGAPA,DEMI ISTERI YANG KU CINTAI HAMBA USAHAKAN JUGA...MAKA TERCIPTA LA RESEPI SPEGHETI 'LA' BOLOSNESE ALA-ALA SENDUKJEBAT

SPEGHETI LA' BOLOSNESE SENDUKJEBAT
(resepi ini belum disahkan selamat oleh kementerian kesihatan..namun hamba menjamin ianya tidak akan mengakibatkan keracunan makanan)

BAHAN-BAHANNYA
(untuk hidangan 10 orang)
2 paket spageti
1 botol napoletana atau sos bolognese
1 tin cendawan butang dipotong dua
½ kilogram daging dipotong kiub kecil (boleh guna daging kisar sedia ada)
½ kilogram isi ayam dipotong kiub kecil
1 senduk cili kisar
4 susu besar minyak masak
Sedikit air
Garam dan sedikit perasa
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.Rebus spageti bersama sedikit minyak masak (lebih baik guna minyak zaitun) mengikut jangka masa disyurkan pada paket spageti. Kemudian toskan spageti.
2.Cuci semua bahan mentah seperti daging, ayam dan cendawan kemudian tos bahan itu.
3.Panaskan minyak masak (minyak zaitun), masukkan cili dan tumis sehingga cili garing. Kemudian masukkan semua bahan mentah yang sudah ditos ke dalam kuali.
4.Tumis semua bahan itu bersama cili yang sudah dimasak berserta sedikit air sehingga bahan tadi masak. Kemudian masukkan sos napoletana atau sos bolognese ke dalam kuali, kacau hingga sebati selama 10 minit dengan api perlahan.
5.Tambahkan sedikit garam serta perasa mengikut kesesuaian.
NOTA:CADANGAN UNTUK HIASAN
Letakkan spageti yang sudah direbus ke dalam pinggan. Curahkan sos yang dimasak tadi ke atas spageti. Hias dengan daun pudina.Sos juga boleh diletakkan secara berasingan jika waktu makan tidak teratur. Begitu juga dengan daging serta isi ayam, letak mengikut kehendak masing-masing.

RESEPI RAMADHAN:ROTI JOHN

HARI NIE HAMBA NAK KONGSIKAN RESEPI YANG SIMPLE TAPI SEDAP DIMAKAN..ROTI JOHN..IANYA BUKAN LAH ROTI YANG DIJUAL OLEH JOHN...AKU PON TAK TAHU MACAM MANA RESEPI NIE DIBERI NAMA ROTI JOHN...CUMA APA YANG AKU TAHU IANYA SEDAP DAN SENANG DISEDIKAN DAN BANYAK DIJUAL DI PASAR RAMADHAN...

ROTI JOHN


BAHAN-BAHANNYA
oti hotdog dibelah 2 (amount terpulang pd jumlah org yg nk makan)
Telur 2 biji
Lobak & kobis (hiris nipis…mcm buat coleslaw tulah)
Daging burger 5 keping (ni utk 7-8 org dewasa yg makan)
Butter
Mayonis
Sos cili or tomato
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.Rebus daging burger hingga masak. Bila dh masak, hancurkan daging tu, pecahkan telur dan gaul. Kemudian ketepikan.
2.Lobak & kobis tadi campurkan dengan mayonis dan ketepikan.
3.Kemudian sapu butter pada roti dan letak daging hancur td & atas kuali leper.
4.Bila roti dh masak, letak ler sayur tu & tuang sos.
SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN

Ahad, 23 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:TONGKENG AYAM BAKAR BERMADU DAN SAYUR GORENG MACAM2 ADA

HARI INI HAMBA MEMASAK UNTUK JUADAH BERBUKA MENGANTIKAN TUGAS YANG BIASA DILAKUKAN SEORANG ISTERI..TAPI BUKANLAH KERANA ISTERI HAMBA MOGOK TAK NAK MEMASAK..HAMBA MEMASAK KERANA HAMBA NIE MEMANG SUKA MEMASAK..LAGI PON HARI NIE HAMBA ADA SATU LAGI RESEPI YANG NAK DIPRAKTIKAN...HARI NIE HAMBA PERSEMBAHKAN 2 RESEPI BUAT TATAPAN PENGUNJUNG SENDUK YANG MUNGKIN BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI JUADAH BERBUKA DI BULAN RAMADHAN INI....




RESEPI TONGGENG AYAM BAKAR BERMADU DAN SAYUR GORENG MACAM2 ADA


SAYUR GORENG MACAM2 ADA
(diilhamkan dari lebihan sayur baki daging ayam_


BAHAN-BAHANNYA


1/4 kg isi ayam
sedikt hati ayam
1 biji lada bengala(dipotong dadu)
1 biji lobak(diracik halus)
4 biji bawang merah(dihiris)
2 biji bawang putih(dihiris)
4 biji cili padi
sedikit lada hitam(takde pon takpe)
garam dan gula secukup rase(nak senang pakai cukup rase maggi)
sedikit kicap perasa

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.panaskan minyak dan goreng ayam dan hati separuh masak..
2.keluarkan ayam dan letak tepi
3.tumis bawang putih dan bawang merah
4.masukkan ayam dan hati yang dah digoreng tadi
5.masukkan sayur lobak dan sayur benggala
6.goreng seketika(jangan sampai sayur terlalu lembut)
7.masukkan garam,gula dan kicap perasa mengikut selera anda
8.sedia untuk dihidangkan

SELAMAT MEMCUBA

TONGGENG AYAM BAKAR BERMADU


BAHAN-BAHANNYA

1 kg tonggeng ayam(dibuang bahagian kuningnye)
10 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
10 biji lada kecil (dikisar)
6 batang serai (dikisar)
4 sudu mentega
6 sudu makan madu lebah
4 sudu makan sebuk kari daging
4 sudu serbuk jintan manis
4 sudu serbuk jintan putih
2 sudu biji ketumbar (digoreng dan ditumbuk)
4 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
4 sudu makan gula
2 sudu makan garam
2 sudu ajinamoto

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1.Semua bahan yang dikisar digaul bersama bahan2 rempah yang lain.
2.Perap tonggeng ayam dengan bahan yang telah digaul sekurang-kurangnye 3 jam
3. Bakar diatas pemanggang selama 10-15 minit mengikut saiz bontot ayam.
4.Setelah diyakini masak bolehlah dihidangkan.

NOTA:BOLEH JUGA DIGUNAKAN UNTUK MEMERAP AYAM BAKAR

SELAMAT MEMCUBA

RESEPI RAMADHAN:POPIA OH POPIA

SALAH SATU PRODUK BULAN RAMADHAN YANG TAK AKAN TERLEPAS PANDANG KITA SEPANJANG BULAN RAMDHAN IALAH KUIH POPIA..TERDAPAT PELBAGAI JENIS POPIA..ADA POPIA SALAD,POPIA BASAH DAN POPIA GORENG...KUIH POPIA INI BUKAN SAHAJA SENANG DISEDIAKAN MALAH IANYA JUGA SANGAT MENYIHATKAN..OLEH YANG DEMIKIAN HAMBA MENGESYORKAN JUADAH INI UNTUK ISTERI-ISTERI YANG BEKERJA...OLEH ITU DAPATLAH PARA ISTERI YANG BEKERJA MENGEKALKAN SENTUHAN AIR TANGAN MEREKA TERHADAP KELUARGA TERCINTA
POPIA SALAD
POPIA SALAD SETELAH DIGULUNG
POPIA SALAD YANG DIPOTONG DUA


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT POPIA SALAD


kulit popiah
basah timun disagat halus
carot disagat halus
telur rebus - dihancurkan
mayonis (cari yang non fat ya)


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

gaulkan sayur + telur rebus + mayonis = letak atas kulit popiah dan gulung terus makan
jgn simpan nanti cepat berair tau...
maksudnya nak makan baru buat


Note : kalau nak sedap lagi leh letak cheese yang dah disagat (cheedar cheese)




POPIA BASAH

POPIA BASAH SEBELUM DIGULUNG


POPIA BASAH SIAP DIGULUNG


BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT POPIA BASAH


kulit popiah timun disagat halus
carot disagat halus
telur rebus dihancurkan
kacang tanah - goreng dan tumbuk
bawang goreng
togeh - celur (kalau tak letak pun ok jugak)
sekuang disagat - (tumis ngan bawang putih + udang kering + serbuk perasa)
* masak kejap ajee agak2 supaya tak layu sangat*



SAMBAL HITAM UNTUK DISAPU PADA POPIA


BAHAN-BAHANNYA

cili kering (BLENDER)
bawang merah (BLENDER)
bawang putih (BLENDER)
gula merah
serbuk perasa
gula putih
petis / otak udang

CARA MENYEDIAKAN


tumis cili + otak udang + gula merah + gula putih + serbuk perasa (agak2 lee ya) bab nie tak ada sukatan mcm masak sambal lee..
ok dah siap sambal tu sejukkan dulu dah siap baru sapu atas kulit popiah dan letak kan semua sayur2 tadi kemudian telur rebus, bawang goreng dan kacang tanah - gulung dah gulung popiah tu sapu sedikit sambal atas popiah tadi....


Note : tak suka letak sekuang tu sebab rasa mcm terlalu lembab sangat just letak sayur timun dan carot dan bahan2 lagi , rasa fresh ajee


*BAGI KULIT POPIA TERPULANG LA KEPADA ANDA NAK BUAT KE ATAU NAK BELI YANG DAH SIAP KAT KEDAI..CUMA HASILNYA NANTI BERBEZAA LA...KALAU BELI YANG KAT KEDAI HAMBA SYORKAN SELEPAS DIGULUNG ANDA KUKUS SEKETIKA..RASANYE BOLEH TAHAN JUGA..CUBALAH YE..

Sabtu, 22 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:AKU KEMBALI DENGAN RESEPI NASI AYAM HAINAN

SETELAH SEKIAN LAMA HAMBA MENGABAIKAN BLOG INI,RAMADHAN MENGAMIT HAMBA UNTUK KEMBALI MENGARAPKAN SESUATU BUAT TATAPAN PENGUNJUNG BLOG INI...KESIBUKKAN MENBERI TUMPUAN PADA BLOG JEBATBERANI.BLOGSPOT MENYEBABKAN HAMBA TERABAIKAN BLOG INI TANPA SENGAJA...SEBAGAI MENEBUS KEMBALI KESILAPAN HAMBA MENGABAIKAN BLOG INI,MAKA SEPANJANG RAMADHAN INI HAMBA AKAN MEMBERI LEBIH TUMPUAN UNTUK BLOH SENDUKJEBAT INI...UNTUK PERMULAAN TERIMALAH SATU RESEPI YANG PALING HAMBA GEMARI...
NASI AYAM HAINAN

RESEPINYE ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

- Seekor ayam (basuh dan keringkan).
2- Secebis halia (diketuk).
3- 2 sudu teh garam.
4- Minyak bijan.
5- Seulas bawang putih (dihiris halus).
6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus).
7- Setengah kilo beras wangi.
8- Daun pandan.
9- 2 sudu besar minyak.

RESEPI BAGI KUAH HITAM

1 sudu teh gula,
1 sudu teh serbuk seasoning,
1 sudu teh minyak bijan,
2 camca sos soya (light),
200ml stok ayam.

*Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

RESEPI KUAH CILI

100g halia,
50g bawang putih,
50g bawang merah,
200g cili merah,
5 biji limau kasturi (diperah jus),
gula &garam secukup rasa
beberapa hirisan tomato.

*Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1.Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar. Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.

2.Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.

3.Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.

4.Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.

5.Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.

6.Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.

7.Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN UNTUK BERBUKA..SELAMAT MEMCUBA...
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute