SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Isnin, 14 September 2009

RESEPI RAMADHAN:SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

HARI INI BILA HAMBA SINGGAH KAT PASAR TERNAMPAK LAK SIPUT SEDUT..ISTERI HAMBA GEMAR SUNGGUH AKAN SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API..LALU ISTERI HAMBA BERTANYE BLEH TAK MASAK SIPUT SEDUT HARI INI..HAMBA KATA BOLEH LALU DIE MINTA HAMBA BELIKAN SETENGAH KILO SIPUT SEDUT..CUKUPLAH UNTUK HAMBA BERDUA...UNTUK PENGUNJUNG SEKALIAN TERIMALAH RESEPI UNTUK HARI INI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API




BAHAN-BAHANNYA


1/2 kilo siput sedut

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

5 biji cili api

sedikit halia

sebatang serai

1 biji kelapa diparut

garam secukup rasas

edikit kunyit

sedikit gula


CARA-CARA MENYEDIAKANNYA


1. Perah santan, dapatkan santan pekat dan cair diasingkan

2. Cuci siput sedut, gaul dengan hampas kelapa tadi dan dibiarkan beberapa jam. Ini membuatkan bau lumpur hilang dan siput sedut akan lebih sedap. Pastikan bekas ditutup. kalau idak jenuh nak mengutipnya. siput tu masih boleh merayap biasanya.

3. Bawang-bawang, cili api dan halia dikisar atau ditumbuk untuk dijadikan bahan tumis.

4. Bersihkan siput dan potong belakang (hujung)

5. Tumiskan bawang, cili api dan halia, masukkan santan cair dan masukkan siput sedut. Masukkan juga garam,gula dan kunyit serta batang serai yang dititik.

6. Apabila masak, masukkan santan pekat dan didihkan sebentar dan kemudian matikan api.


SELAMAT MEMCUBA

1 ulasan:

wanhar berkata...

bestnya siput sedut

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute