SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Rabu, 2 September 2009

RESEPI RAMADHAN:AYAM PERCIK KELANTAN ORI

HARI INI HAMBA MENYEDIAKAN MASAKAN AYAM PERCIK KELANTAN BAGI JUADAH BERBUKA..TAPI RESEPI INI BERLAINAN SEDIKIT DARI RESEPI AYAM PERCIK YANG PERNAH HAMBA POSTINGKAN SEBELUM INI...RESEPI INI HAMBA PEROLEHI DARI IBU HAMBA..KIRA RESEPI INI LEBIH TULEN AKAN 'KEKELANTANANNYE' BERBANDING RESEPI SEBELUM INI...DARI SEGI RASA DAN WARNANYA JUGA BERBEZA...KEPADA PENGUNJUNG SEKALIAN HAMBA HARAPKAN SELAMAT MEMCUBA RESEPI AYAM PERCIK HAMBA KALI INI..PASTI MENJILAT JARI LA KALI INI...

AYAM PERCIK KELANTAN ORI

BAHAN-BAHANNYA
1 EKOR AYAM DIPOTONG 12BAHAGIAN
SANTAN PEKAT DARI 1 BIJI KELAPA
I BATANG SERAI DIKETUK
SEDIKIT AIR ASAM JAWA
SEDIKIT JINTAN MANIS
BAHAN A
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
SEDIKIT GARAM
BAHAN B
4 ULAS BAWANG MERAH
1 INCI HALIA
2 BIJI BUAH KERAS
GULA DAN GARAM
CARA-CARA MENYEDIAKANNYA
1.tumbuk bahan A dan gaulkan bersama potongan ayam dan perap seketika
2.tumbuk bahan B dan masukkan kedalam santan yang telah dipanaskan
3.masukkan serai,air asam jawa dan jintan manis ke dalam santan dan kacau
4.masak sehingga kuah menjadi pekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa
5.bakar ayam kira-kira 1/2 masak
6.setelah 1/2 masak lumurkan ayam dengan kuah percik
7.bakar semula ayam sehingga benar-benar masak
8.setelah ayam masak lumurkan sekali lagi dengan lebihan kuah percik
9.sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MEMCUBA

2 ulasan:

jebat_berani berkata...

test

kedai hasanah berkata...

Kali ini salin lebih elok. Dah pernah cuba sekali menjadi. Cuma mrsmohd buat lg ringkas tanpa jintan manis & buah keras.

Terima kasih jebat_berani

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute