SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Selasa, 10 Julai 2012

SIAKAP KUKUS SERAI VERSI JEBAT BERANI

Dalam kita menyediakan masakan untuk dihidangkan pada ahli keluarga kita mahupun tetamu,kita sering kali hanya mengambil kira soal rasa masakan tersebut tanpa menitik beratkan akan khasiat masakan tersebut.Maka kerana itu tidak hairanlah apabila Kementerian Kesihatan mengumumkan lebih 60% rakyat Malaysia adalah gemuk. 


Bersemperna dengan usaha isteri saya untuk menurunkan berat badan beliau,saya menyediakan satu resepi yang sihat dan rendah kolestrol bagi menyokong usaha beliau ini...Terimalah dari dapur Senduk Jebat IKAN SIAKAP KUKUS SERAI.


Siakap kukus serai versi Jebat Berani
Bahan-bahan
-1 ekor ikan siakap atau kerapu (bersihkan dan kelar)
-2 ulas bawang putih (dihiris halus)
-3 ulas bawang merah (dihiris halus)
-3 batang serai (diketuk/dicarik dan boleh juga dihiris halus)
-5 tangkai cili kecil (dipotong kecil)
-1 sudu besar sos nampla (sos ikan)
-Daun ketumbar/daun sup (potong kecil)
-carrot (dihiris halus)
-sedikit jus limau kasturi
-garam dan gula secekup rasa




Cara menyediakan 
1. Sediakan bekas utk mengukus.
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca (tahan panas).
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi.
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam.
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus.
6. Masak/biarkan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit.
7. Bila dah masak, taburkan bahan hirisan lobak dan jus limau.
8. Hidangkan dengan nasi putih - SELAMAT MENCUBA -

3 ulasan:

DARI DAPUR EJA berkata...

wow..nmpk menarik.nnt leh cuba.slalu wat siakap steam asam boi jer.thanks for sharing.

I_man Nur ALia berkata...

wah..masak memasak ye skrg;p

jebat_berani berkata...

Eja : Silakan..hehe
Iman : haha...time rajin je

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute