SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Isnin, 23 Julai 2012

ROTI JALA VERSI JEBAT BERANI

Selain juadah lauk pauk untuk berbuka,sudah menjadi kebiasaan untuk kita turut juga menyediakan kuih muih untuk berbuka.Biasanya mungkin ada yang lebih gemar menyediakannya sendiri dan ada juga yang lebih selesa untuk membelinya dibazar ramadhan.Kali ini saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian resepi yang agak mudah untuk disediakan tetapi cukup sedap untuk dinikmati..Terimalah dari dapur Jebat Berani kuih Roti Jala versi Jebat Berani


Roti Jala versi Jebat Berani dan kuah kari ayam


Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang

-300 gm tepung gandum
-1 biji telur
-4 cawan air
-Sedikit garam
-1 sudu kecil pewarna kuning


Bahan-bahan kuah kari ayam

-200 gm isi ayam
-Serbuk kari
-Santan
-7 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
-2 batang kulit kayu manis
-3 biji buah pelaga
-3 biji bunga cengkih
-2 biji bunga lawang
-2 tangkai daun kari
-Minyak masak
Garam dan gula


       Cara-cara menyediakan roti jala
  1. Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
        
       Cara-cara menyediakan kuah kari ayam
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5.  

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute