SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Isnin, 9 Julai 2012

SIAKAP BERCILI VERSI JEBAT BERANI

Untuk kali ini saya ingin kongsikan masakan menggunakan ikan siakap.Ikan ini sememangnya digemari ramai kerana rasa isinya yang sedap terutamanya kalau dapat yang segar..Resepi yang saya bakal kongsikan ini sesuai dijadikan hidangan makan tengahari mahupun hidangan makan malam.Malah bagi sesiapa yang pandai mengubah dekorasinya,ianya juga sesuai dijadikan hidangan lauk pengantin.So selamat mencuba resepi SIAKAP BERCILI

Gambar sekadar hiasan-bukan hasil masakan saya.hehe


Bahan-Bahan
- 1 kg siakap
-5 biji limau nipis
- 2 batang serai (tumbuk)

Bahan A(kisar)
-1 labu bawang besar
-3 ulas bawang putih
-6 tangkai cili kering
-10 biji cili padi

Bahan B
-Sehelai daun kunyit
- 2 sudu kecil serbuk kunyit
-50 gm kerisik
- 50 gm santan

Cara Menyediakan
1. Perapkan ikan siakap dengan air limau nipis dan serai selama setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Tumiskan bahan kisar dan B hingga naik bau. Masukkan santan dan kerisik ke dalam tumisan tadi. 4. Tuangkan bahan tumis tadi di atas ikan. -SELAMAT MENCUBA-

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute