SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Jumaat, 13 Julai 2012

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH

Nasi kukus ayam goreng berempah nie banyak versinya..Ada versi 'ayam dara',ada versi Kelantan dan ada versi sendiri buat..hehe...Dan kali ini aku nak perkenalkan nasi kukus ayam goreng berempah versi Jebat Berani pulak..Sewdap tak sedap korang try la sendiri buat...Kalau sedap tue maknanya resepi saya menjadi..Kalau tak sedap tue maknanya air tangan korang tak menjadi..hehe

NASI KUKUS AYAM GORENG BEREMPAH


Bahan-bahan untuk nasi
-2 cawan beras panjang AAA
-2 cawan air

Cara menyediakan
1. Basuh beras dan rendamkan beberapa jam
2. Masukkan beras dan air dalam loyang dan kukus sehingga naik wap dan nasi masak.

Bahan-bahan untuk ayam
-1 ekor ayam
-3 sudu besar rempah kari daging
-3 sudu besar cili mesin
-1 sudu besar serbuk kunyit
-3 sudu besar tepung goreng ayam
-3 ulas bawang merah (dikisar)
-2 ulas bawang putih (dikisar)
-6 inci halia dikisar 3 batang serai (dikisar)
-Garam secukup rasa

Cara menyediakan
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan selama beberapa jam
2. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga garing.

Bahan-bahan untuk sambal belacan
-5 tangkai cili merah
-5 tangkai ciliapi
- 1 biji tomato buah
- 3 cm belacan Garam
-2 biji limau nipis

Cara menyediakan
-1. Masukkan semua bahan kecuali jus asam limau dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan jus asam limau.

P/S : Bagi yang suka makan dengan kuah,bolehlah dipadankan dengan kuah kari

                                                   SELAMAT MENCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute