SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 25 Jun 2009

GULAI KAWAH

BARU-BARI NIE HAMBA BALIK KG KAT PAHANG,ADA KENDURI KAWIN SAHABAT LAMA...APA YANG MENARINYA PASAL KENDURI NIE TAK LAIN BUKAN ADALAH PASAL LAUK GULAI KAWAHNYA...HAMBA WALAUPUN KG KAT PAHANG TAPI HAMBA SEBENARNYA ORANG KELANTAN..MENETAP DAN MENBESAR DI PAHANG....

NIE ADA RESEPI GULAI KAWAH KELANTAN ATAU DIPANGGIL GULAI DARAT UNTUK DIKONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN SENDUK JEBAT....MACAM BIASA SELAMAT MEMCUBA......


Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

1kg daging hancur dibersihkan dan tos

Bahan A

5 ulas bawang merah,

4 ulas bawang putih,

1 inci lengkuas, 1 inci kunyit,

5 tangkai cili kering,

2 sudu besar ketumbar di goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus,

2 sudu kerisik,

1 sudu budu** (terpulang pada anda nak guna tak),

2 sudu besar gula merah

Bahan B


1/2 kg santan atau 3 kotak kecil santan

garam

gula

air asam jawa

Cara-cara

1.Bahan A dikisar dan ditumis hingga wangi
2.Gaulkan bahan A bersama daging yang telah ditos.

3.Masukkan 1/3 daripada kesemua santan.

4.Masak sehingga daging empuk.

5.Tambah air jika perlu.

6.Masa yang diambil utk daging empuk bergantung pada jenis periuk yg anda gunakan.

7.Petuanya.. jangan masukkan garam selagi daging belum empuk.
8.Apabila daging empuk, masukkan kerisik, garam dan gula, baki santan dan air asam jawa.

9.Jika santan kotak digunakan, ianya perlu dicairkan dengan air.
10.Masak sehingga mendidih.


Sedia untuk dihidangkan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lama doh dok cari resepi ni. tp saya nk buat ayam, takpe kan?. time kacih senduk jebat..

jebat_berani berkata...

boleh jerk..tapi jangan la pulak masak lama2..hancur ayam tue nanti..hehe

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute