SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 26 Julai 2012

CHAR KUEY TEOW PENANG VERSI JEBAT BERANI

CHAR KUEY TEOW PENANG SEMEMANGNYE SEDAP (itu pun kalau kena cara yang memasaknye)...NAMUN BILA MAKAN DI LUAR NIE BANYAK LA YANG TAK KENA..KUAH SEDAP MEE PULAK SIKIT....MEE BANYAK KUAH PULAK MASIN...KUAH & MEE OK UDANG & KERANG LAK CIPUT...SO BAGI MENGATASI MASALAH INI APA KATA KITA PAKAT2 CUBA BUAT SENDIRI...SEBANRNYA TAKDE LA SUSAH SANGAT...SEMUA ORANG INSYAALLAH MAMPU MEMBUATNYA...

CHAR KUEH TEOW PENANG VERSI JEBAT BERANI

Untuk paste
  • 200 gm udang ( nak lebih pon boleh)
  • 250 ml air (lebih kurang 1 1/2 cawan)
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis 
  •  garam dan gula secukup rasa
Untuk Kuey teow
  • 200 gm kuey teow (anggaran 1 cekak untuk seorang makan)
  • 1 sudu makan cili kisar
  • kerang
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur
Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. (Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama).


Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.


** Proses memasak kue teow ni hanya mengambil masa dalam 3-4 minit saja…Pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini bagi mengelakkan ianya hangus.

                                                              SELAMAT MENCUBA

2 ulasan:

ERin berkata...

waa...sedapnye!!!!! nk apply jd ank angkat~

jebat_berani berkata...

buleh je...gantikan anak kucing abg...

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute