SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Rabu, 11 Julai 2012

SUP EKOR VERSI JEBAT BERANI

Sup tulang memang enak dimakan..Dan apa yang menariknya ia sangat2 digemari kaum lelaki..Kenapa?..hehehe sila ler google sendiri..Malu plak nak story kat sini...Sup tulang ini bukan sahaja mempunyai khasiat,ianya juga sedap dimakan(tengok la macam mana yang masaknya)...So apa kata para-para isteri pakat2 masak sup ekor untuk hidangan makan malam buat suami tersayang...hehehe

Sup Ekor Jebat Berani

Bahan-bahan:
500gm - 1kg gm ekor lembu
3 biji kentang
2 batang carrot
1.5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
½ sudu teh jintan manis
20 biji lada hitam
2 sudu makan rempah sup
4 biji buah pelaga
1 batang daun saderi
sedikit daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
4 sm halia
6 labu bawang merah
2 labu bawang besar
1 btg serai

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan yg dikisar bersama rempah sup, buah pelaga, kayu manis, cengkih, lada hitam dan jintan manis sehingga naik bau.
2. Kemudian setelah naik bau, masukkan air, ekor dan rebus sehingga agak empuk (nak cepat empuk letak sudu dalam rebusan ekor lembu)
3. Potong dadu ubi kentang, carrot dan masukkan kedalam rebusan daging.Biar sehingga empuk.
4. Masukkan garam,gula dan daun saderi serta daun bawang.
5. Kacau dan tutup periuk supaya bau tidak hilang.

                                                    -SELAMAT MENCUBA-

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute