SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Sabtu, 7 Julai 2012

SIAKAP LIMAU PURUT versi Jebat Berani


Apa kata hari cuti sebegini para suami ke dapur untuk memasak(kasi cuti la isteri anda jugak.kan ke kerajaan bekerja 5 hari seminggu...Takkan sehari anda para suami nak kasi isteri cuti sehari pon tak boleh...Kata sayang isteri)So apa kata anda masakkan sesuatu yang istimewa buat keluarga anda...Lagi pon hidangan yang nak saya kongsikan ini tak la sesusah mana pon tetapi mampu membuatkan isteri dan anak anak anda terpegun dengan kehebatan anda 'beraksi' didapur... So apa tunggu lagi...Moh kita ke dapur menyediakan hidangan istimewa yang dibawakan khas dari dapur Jebat berani..jeng,jeng,jenggggg....

Siakap Limau Purut


Bahan-Bahan:
-1 ekor ikan siakap (anggaran dam 800g-1kg)
-Serbuk kunyit (cukup untuk mengoreng ikan)
-Garam (secukup rasa)

Bahan Sos:
-1 labu bawang besar (dihiris halus)
- 5 helai daun limau purut (dikoyak)
-10 tangkai cili padi (dipotong halus @ diketuk saja)
-1 sudu kecil cili sos
-1 sudu kecil sos tomato
-1 biji tomato (dipotong dadu)
-200 ml air

Cara Menyediakan:
1. Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan goreng dengan minyak yang penuh dan garing.(ketepikan)
2. Panaskan minyak, tumis bawang, daun limau purut dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, air dan tomato.
4. Masak di atas api yang sedernana, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan angkat.
5.Tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi
6.Sedia untuk dihidangkan-SELAMAT MENCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute