SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 25 Jun 2009

GULAI KAWAH

BARU-BARI NIE HAMBA BALIK KG KAT PAHANG,ADA KENDURI KAWIN SAHABAT LAMA...APA YANG MENARINYA PASAL KENDURI NIE TAK LAIN BUKAN ADALAH PASAL LAUK GULAI KAWAHNYA...HAMBA WALAUPUN KG KAT PAHANG TAPI HAMBA SEBENARNYA ORANG KELANTAN..MENETAP DAN MENBESAR DI PAHANG....

NIE ADA RESEPI GULAI KAWAH KELANTAN ATAU DIPANGGIL GULAI DARAT UNTUK DIKONGSI DENGAN RAKAN-RAKAN SENDUK JEBAT....MACAM BIASA SELAMAT MEMCUBA......


Bahan-bahan ( 5-6 org makan )

1kg daging hancur dibersihkan dan tos

Bahan A

5 ulas bawang merah,

4 ulas bawang putih,

1 inci lengkuas, 1 inci kunyit,

5 tangkai cili kering,

2 sudu besar ketumbar di goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus,

2 sudu kerisik,

1 sudu budu** (terpulang pada anda nak guna tak),

2 sudu besar gula merah

Bahan B


1/2 kg santan atau 3 kotak kecil santan

garam

gula

air asam jawa

Cara-cara

1.Bahan A dikisar dan ditumis hingga wangi
2.Gaulkan bahan A bersama daging yang telah ditos.

3.Masukkan 1/3 daripada kesemua santan.

4.Masak sehingga daging empuk.

5.Tambah air jika perlu.

6.Masa yang diambil utk daging empuk bergantung pada jenis periuk yg anda gunakan.

7.Petuanya.. jangan masukkan garam selagi daging belum empuk.
8.Apabila daging empuk, masukkan kerisik, garam dan gula, baki santan dan air asam jawa.

9.Jika santan kotak digunakan, ianya perlu dicairkan dengan air.
10.Masak sehingga mendidih.


Sedia untuk dihidangkan

MAGGI LETUP PEDAS BERAPI


INI ADALAH SATU RESEPI WAJIB BAGI WARGA BUJANG TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KOTA-KOTA BESAR...DAN IANYA MENJADI SALAH SATU MENU WAJIB BAGI HUJUNG BULAN WARGA BUJANG CUMA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DARI SEGI PENYEDIAANNYA...


Bahan-bahan:


1 bungkus Maggi Kari atau Maggi Letup Pedas Berapi

3 tangkai cili api – potong kecil-kecil

3 batang filamen ketam – potong kecil

1 sudu sos tiram1 sudu kicap manis

1 biji telur1 gelas air


Cara penyediaan:


Panaskan air di dalam periuk kecil.

Masukkan mee maggi.

Biarkan sehingga lembut sedikit.

Masukkan cili, filamen ketam, perencah maggi, kicap dan sos tiram.

Biarkan hingga mendidih.

Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

RESEPI SUP AYAM DAN SAYURAN ALA BARAT


INI ADALAH RESEPI YANG HAMBA RASE SESUAI BUAT ORANG YANG NAK BERDIET..TAPI KALAU MAKAN BANYAK TAK JADI JUGAK..RESEPI NIE PALING HAMBA SUKA MAKAN BEGITU SAJA(RATAH) ATAU DICAMPUR SEDIKIT DENGAN BIHUN ATAU MEE KUNING..SELAMAT MEMCUBA


Bahan-bahan:

3 dada ayam – potong dadu

2 daun bawang - cincang

2 batang lobak merah kecil - cincang

1 ulas bawang putih - cincang

8 cawan (2 liter) air rebusan ayam

2 helai daun bay

2 sudu makan ketumbar - cincang

100-120 gram mee

1 cawan kacang hijau(green pea) - rebus

2 sudu makan minyak zaitun

2 sudu teh jintan manis
½ cawan jagung - rebus (jika suka)

½ cawan kacang soya - rebus (jika suka)

Daun parsley untuk hiasan (jika suka)

2 sudu the jus lemon(jika suka masam)

Garam dan lada sulah secukup rasa


Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak zaitun. Masukkan bawang putih, lobak merah dan daun bawang. Goreng selama 5 minit.

2. Masukkan ayam, ketumbar dan jintan manis. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Goreng selama 5 minit atau sehingga ayam bertukar menjadi putih.

3. Masukkan air rebusan ayam., jagung, kacang soya, dan daun bay. Biarkan sehingga mendidih selama 10 minit.
4. Masukkan mi dan kacang hijau. Panaskan sehingga mi masak.

5. Tutup api dan sajikan sup bersama daun parsley dan perahan jus lemon.

RESEPI SOTONG SUMBAT

MINGGU NIE HAMBA NAK KONGSIKAN CARA-CARA NAK MASAK SOTONG SUMBAT...RESEPI NIE BUKAN HAMBA YANG PUNYA,HAMBA AMBEK DARI INTERNET...TAPI HAMBA DAH CUBA MASAK DAN HASILNYA SANGAT MEMUASKAN..DI SINI HAMBA SERTAKAN DUA CARA MEMBUATNYA..JADI HAMBA HARAP KAWAN-KAWAN SEKALIAN SILALAH MEMCUNANYA PULA YE...

Cara 1


Bahan-bahan:

1. 30 ekor sotong saiz sederhana
2. 1 biji kelapa — dapatkan 2 cawan santan pekat
3. 3 ulas bawang putih1 cawan beras pulut
4. 4 keping gula nira (atau 100gram gula merah)
5. Pencucuk lidi secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 20 minit. Toskan.
2. Bersihkan sotong dan asingkan kepalanya.
3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan pencucuk lidi supaya isinya tak terkeluar.
4. Susun sotong yang telah disumbat ke dalam periuk dan tuang santan.
5. Masukkan gula nira atau gula merah dan bawang putih.
6. Masak di atas api sederhana besar sehingga beras pulut masak dan santan menjadi pekat.
7. Tutup api, keluarkan dan hidang pana-panas.


Cara 2


Bahan-bahan:

600 gm sotong
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah kari ikan2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk secukupnya
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan
kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.
SELAMAT MENCUBA :)

Selasa, 23 Jun 2009

MENU SIHAT SARAPAN PAGI BUAT YG TERSAYANG

SEKARANG NIE ISTERI HAMBA TENGAH GIAT NAK MENGURUSKAN BADAN..DARI SEGI USAHA TU HAMBA TENGOK BOLEH TAHAN JUGAK LA..PAGI PETANG DOK JOGING...

TAPI APA YANG MENJADI MASALAH BAGI DIA IALAH DALAM MEMILIH MAKANAN YANG SESUAI SAMAADA UNTUK SARAPAN,MAKAN TENGAHARI ATAU PON MAKAN MALAM....

OLEH ITU SEBAGAI TANDA SOKONGAN DAN KASIH HAMBA PADA ISTERI TERCINTA...INI HAMBA KEMUKAKAN SATU RESEPI YANG BOLEH DICUBA SEBAGAI SARAPAN PAGI...SELAMAT MENCUBA KEPADA ISTERIKU DAN JUGA KEPADA INSAN YANG INGINKAN TUBUH YANG 'RAMPING'...

Bahan-bahan ( 1 orang )
1 cawan susu segar rendah lemak
1/2 cawan oat
1 biji pisang
3 sudu besar kismis hitam
1 sudu besar madu
Cara-cara
1.Panaskan susu dan tambah oat.
2.Biarkan mendidih dan oat menjadi kembang.
3.Sesuaikan kepekatan, jika terlalu pekat tambah susu.
4.Siap dan tuang ke mangkuk.
5.Tambah dengan hirisan pisang dan kismis
6.Tuang sedikit madu di atas bubur tersebut.

SEKARANG SIAP SEDIA UNTUK DIMAKAN.....HEHE SELAMAT MENCUBA

Ahad, 21 Jun 2009

SALAM PENGENALAN

ASSALAMUALAIKUM...

BLOG INI DITERBITKAN BAGI AKU BERKONGSI-KONGSI RESEPI MASAKAN DENGAN RAKAN-RAKAN SEKALIAN..AKU MEMANG MINAT SANGAT DALAM BAD-BAD MEMASAK NIE..DAN AKU JUGAK MENGALU-ALUKAN RAKAN -RAKAN YANG ADA RESEPI BEST-BEST UNTUK BERKONGSI DENGAN AKU...MANALAH TAU SUATU HARI NANTI CITA-CITA AKU UNTUK MEMILIKI SEBAUAH RESTORAN AKAN TERCAPAI...
AKHIR KATA DARI AKU,SEMOGA RAKAN-RAKAN SEMUA BERGEMBIRA DAM MENIKMATI RESEPI-RESEPI YANG AKU SEDIAKAN BERSAMA KELUARGA TERSAYANG...
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute