SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Rabu, 25 Julai 2012

NASI DAGING VERSI JEBAT BERANI

Nie satu lagi juadah yang sangat sesuai disediakan untuk berbuka puasa.Sedap,agak ringkas dan memikat..Insyaallah masakan ini mampu membuat si pemakannya makan sehingga tak ingat orang lain.Resepi yang saya maksudkan ialah Nasi Daging versi Jebat Berani.Nasi daging nie sedap dimakan dengan air asam.

Nasi daging ini

Bahan-bahan

-1 kilo beras basmathi (kalau nak guna beras biasa pon boleh,cuma rasanya kurang enak la)
-½ kilo daging
-1 bungkus rempah sup bunjut
-1 sudu besar rempah kurma
-1 inci halia
-1 batang kulit kayu manis
-2 biji buah pelaga
-Sedikit mentega/ minyak sapi
-½ cawan tomato puree
-1 cawan susu cair
-1 sudu teh garam

Cara penyediaan

1.Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.
2.Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika.
3.Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.
4.Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
5.Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.

Bahan-bahan until air asam

-1 biji buah tomato(dipotong dadu)
-1 biji bawang besar(ditumbuk)
-3 biji cili merah
-air asam jawa pekat (anggaran secukup keperluan)
-sedikit perahan limau kasturi
-sedikit belacan
-garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara menyediakan

1.Tumbuk  bawang besar,cili dan belacan (lebih kurang macam nak buat sambal belacan)
2.Masukkan garam dan gula secukupnya.
3.Campurkan air asam jawa dengan sambal yg ditumbuk tadi.
4.Akhir sekali, campur tomato dan perahan limau kasturi ke dalam campuran asam jawa dan bahan tumbuk tadi.

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute