SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Isnin, 29 Ogos 2011

NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH VERSI JEBAT BERANI

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini, hamba nak kongsikan satu resepi yang biasa hamba masak di pagi raya dengan pembaca sekalian...Manalah tahu ada yang berminat untuk mencuba akan resepi ini...Terimalah dari hamba resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah......

NASI TOMATO VERSI JEBAT BERANI


BAHAN-BAHANNYA

1. 3 ulas bawang putih
2. 5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
3. ½ cawan minyak sapi
4. 4 kuntum bunga lawang
5. 2 biji buah pelaga
6. 3-5 cawan air (bergantung kepada sukatan beras)
7. 4 kuntum bunga cengkih
8. 3 sm kulit kayu manis
9. 3 - 4 cawan beras basmathi
10. ¾ cawan tomato puree

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Tumis bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan tomato puree, air dan garam dan beras dan gaul rata.
3. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.


AYAM MASAK MERAH VERSI JEBAT BERANI


BAHAN-BAHANNYA

1. 1 ekor ayam - dipotong 16 dan digoreng separuh masak
2. 4 biji bawang putih - ditumbuk halus
3. 10 biji bawah merah(kecil) - ditumbuk halus
4. 2 biji bawang besar - dihiris bulat
5. 1 batang kulit kayu manis
6. Sedikit buah pelaga,cengkih dan bunga lawang
7. 6 sudu makan kisar@cili boh
8. 1/2 cawan air asam jawa
9. 2 batang serai - diketuk
10. 3 sudu makan sos cili
11. 2 biji tomato - dipotong 4
12. Gula dan garam secukup rasa
13. 5 cm halia - ditumbuk halus


CARA MENYEDIAKANNYA

1. Masukkan bahan-bahan tumis - bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang - Tumis dengan api sederhana.
2. Bila dah naik bau baru masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan air asam jawa,serai dan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat dan gaulkan seketika sebelum diangkat.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi tomato.

SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 26 Ogos 2011

SAYUR CAMPUR THAI VERSI JEBAT_BERANI

Hari nie nak cuba resepi berasaskan sayur plak...Resepi ini dipelajari dari kakak angkat hamba yang berasal dari Thailand...Agak menarik dan sedap untuk dicuba...Kepada pembaca sekalian terimalah resepi ini...

SAYUR CAMPUR THAI


BAHAN-BAHAN:

1. 3 ekor sotong
2. 4 ekor udang
3. Brokoli
4. Kubis bunga
5. Lobak merah
6. Putik jagung
7. Cili merah
8. Cendawan butang
9. 3 ulas bawang merah
10. 2 ulas bawang putih
11. Sedikit tepung jagung
12. Sos tiram

CARA MENYEDIAKAN:

1.Tumiskan bawang merah dan putih yang telah dihiris, kemudian masukkan sedikit air.
2.Masukkan sotong dan udang, biarkan seketika dan masukkan semua sayur.
3.Masukkan sos tiram, gula dan garam secukup rasa. Untuk memekatkan kuah,
bancuhkan sedikit tepung jagung bersama sedikit air.
4.Biarkan sekejap dan angkat.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Rabu, 24 Ogos 2011

AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR VERSI JEBAT_BERANI

Hari nie untuk juadah berbuka hamba memilih untuk memasak resepi Ayam Bercili Masak Ketumbar.....Resepi nie dah lama hamba belajar cuma baru hari nie berkesempatan untuk mencubanya..Resepi ini sangat ringkas dan senang untuk dimasak....Kepada pembaca blog hamba bolehlah mencuba resepi ini samaada untuk berbuka ataupun untuk bersahur....

AYAM BERCILI MASAK KETUMBAR





BAHAN-BAHANNYA

1. 1/2 kg ayam
2. Serbuk kunyit - gaulkan
3. Sedikit garam
4. 6 biji bawang kecil - ditumbuk halus
5. 3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
6. 2 inci halia - ditumbuk halus
7. 4 sudu besar biji ketumbar - dikisar halus
8. 1 sudu kecil jintan manis dikisar halus
9. 4 sudu besar cili kisar/cili boh
10. 2 asam keping
11. Serai (tiada pun takpe)


CARA MENYEDIAKANNYA

1. Goreng ayam sehingga garing.
2. Kemudian bolehlah diangkat dan ketepikan.
3. Setelah itu tumiskan bahan yang telah ditumbuk lumat sehingga naik bau kedalam minyak lebihan ayam tadi.
4. Masukkan cili kisar/cili boh serta serai dan biarkan sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah dimesin. Jika nampak terlalu pekat tuangkan sedikit air (Gunakan api yang sederhana).
6. Masukkan asam keping, sedikit garam dan sedikit gula.
7. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaulkan.
8. Sedia untuk di hidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Selasa, 23 Ogos 2011

IKAN TALIPIA KUKUS VERSI JEBAT_BERANI

Agak lama hamba mengidamkan untuk memakan ikan talipia ini...Petang tadi hamba singgah ke pasar dalam perjalanan pulang mengambil isteri hamba balik kerja...Hamba beli seekor ikan talipia bersaiz sederhana (anggaran berat dalam 700gm)...Sesampainya di rumah tanpa berlengah lagi hamba menyiapkan bahan-bahan bagi memasak ikan talipia ini..Dan resepi pilihan hamba kali ini adalah Ikan Talipia Kukus dan hamba kongsikan resepinya dengan pembaca blog setia hamba...selamat mencuba..

IKAN TALIPIA KUKUS




BAHAN- BAHANNYA

1. 1 Ekor ikan talipia merah bersaiz sederhana (anggaran berat 700gm)
2. 3 biji bawang putih - dimayang halus
3. 5-6 biji cili padi (bergantung pada tahap kepedasan yg diingini) -dipotong kecil
4. 2 batang serai - dihiris halus
5. 4 inci halia muda - dimayang halus
6. 1/2 batang lobak merah - dimayang halus
7. Kobis bunga - dipotong kecil
8. Jagung muda - dibelah 4
9. 1/2 cawan perahan limau kasturi.
10. Gula dan garam secukup rasa
11. 2 liter air

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1. Panaskan tempat mengukus yang telah diisi 2 liter air.
2.Bersihkan ikan dan pastikan sisiknya tiada lagi
3. Letakkan satu layer bahan2 yang telah dimayang dan dihiris halus (bawang putih,cili padi,halia muda,serai dan lobak merah) ke atas pinggan.
4. Kemudian letakkan ikan talipia ke dalam pinggan tadi dan letak baki bahan2 yang telah dimayang dan dihiris halus (bawang putih,cili padi,halia muda,serai dan lobak merah) keatas ikan talipia.
5. Susun sayur kobis bunga dan jagung muda di sebelah ikan talipia.
6. Kemudian tuangkan perahan limau kasturi ke atas ikan talipia.
7. Tabur garam dan gula ke atas ikan secukup rasa.
8. Kemudian letak ikan talipia ini ke dalam bekas mengukus dan biarkan dalam 20 minit ke 30 minit dengan api yang sederhana.
9. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK CAMPUR BELIMBING BULUH VERSI JEBAT_BERANI

Masak lemak cili api...Biasanya menggunakan bahan seperti ikan,sotong,daging dan ayam....Jarang atau mungkin kita tak pernah berjumpa dengan masak lemak cili api mengunnakan telur apatah lagi telur itik...Dan hari ini hasil 'perguruan' hamba dengan makcik-makcik di kampung hamba maka terhasillah resepi baru iaitu Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Belimbing Buluh...Rasanya...Pergh sedap tak terkata membuatkan hamba makan bertambah tak ingat orang lain...hehe

MASAK LEMAK CILI API TELUR ITIK CAMPUR BELIMBING BULUH


BAHAN-BAHANNYA

1. 5 biji telor itik
2. 1 liter santan pekat (1 biji kelapa)
3. 1/2 inci kunyit hidup - ditumbuk halus
4. 5-10 batang cili padi ditumbuk - halus
5. 4 biji bawang putih - ditumbuk halus
6. 6 biji bawang merah ditumbuk halus
7. 2 batang serai - dititik
8. 1 helai daun kunyit - dihiris halus
9. 5 biji belimbing buluh dibelah dua
10. garam dan gula secukup rasa

1. Masukkan santan dalam kuali dan panaskan.
2. Masukkan juga bahan2 tumbuk, serai daun kunyit dan garam.
3. Bila dah mendiudih masukkan telor itik.
4. Kecilkan api dan Kacau perlahan2 supaya telor tak hancur.
5. Sedia untuk dihidangkan.

SEMALAT MENCUBA

ASAM PEDAS IKAN PARANG VERSI JEBAT_BERANI

Asam Pedas merupakan antara kegemaran hamba...Ikan pari,ikan bawal dan selain itu ikan parang adalah antara yang gemar hamba gunakan dalam masakan asam pedas ini...Dan hari ini hamba ingin berkongsikan resepi asam pedas menggunakan ikan parang...

ASAM PEDAS IKAN PARANG



BAHAN-BAHANNYA

1. 1 ekor ikan parang siap dibersihkan dan - dipotong kecil
2. Bawang merah - ditumbuk
3. Bawang putih - ditumbuk
4. Cili merah/cili kering - ditumbuk halus
5. Serai dan kunyit hidup - ditumbuk halus
6. Lengkuas - ditumbuk halus
7. Buah keras - ditumbuk halus
8. Asam jawa - setengah cawan
9. Daun kesom - 1 ikat
10. Bunga kantan - 3 kuntum
11. Bendi - 15 batang
12. Garam - secukup rasa
13. Minyak masak - secukupnya untuk menumis
14. Air - mengikut keperluan

1. Masuk kan minyak masak dalam kuali, panaskan.
2. Masukkan bahan2 yang ditumbuk dan tumis sampai naik bau wangi.
3. Apabila sudah pecah minyak, masukkan air dan air asam jawa, kacau sampai mendidih baru masukkan ikan.
4. Setelah agak2 masak ikan, masukkan bendi bunga kantan dan daun kesom, masukkan garam.
5. Setelah beberapa minit ianya sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Ahad, 21 Ogos 2011

KUIH AKOK KELANTAN JEBAT BERANI STYLE

Menjadi satu kemestian isteri hamba setiap kali tiba bulan ramadhan untuk mendapatkan kuih akok ini...Walaupun semakin hari harga kuih akok ini semakin mahal namun soal harga tak menjadi masalah kerana rasanya membuatkan kita 'alah membeli, menang memakannya' hehehe....Dan hari ini saya 'bermurah hati' untuk berkongsikan resepi kuih akok ini untuk dicuba oleh pembaca sekalian...Resepi ini sedikit moden memandangkan kebanyakkan kita tinggal di bandar2 dan berumahkan apartmen yang bertingkat2 sekalugus memustahilkan kita untuk memasak kuih akok ini secara tradisional....Apa pun SELAMAT MENCUBA dan MENIKMATI akan KEENAKKAN KUIH AKOK ini....


Bahan-bahan ( 36 biji )

5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
30 gram tepung gandum
3 helai daun pandan- disiat-siat
2 cubit garam halus

Cara-cara

1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih.Tutupkan api.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
5. Sedia untuk dimakan....


SELAMAT MENCUBA
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute