SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Isnin, 29 Ogos 2011

NASI TOMATO DAN AYAM MASAK MERAH VERSI JEBAT BERANI

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini, hamba nak kongsikan satu resepi yang biasa hamba masak di pagi raya dengan pembaca sekalian...Manalah tahu ada yang berminat untuk mencuba akan resepi ini...Terimalah dari hamba resepi Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah......

NASI TOMATO VERSI JEBAT BERANI


BAHAN-BAHANNYA

1. 3 ulas bawang putih
2. 5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
3. ½ cawan minyak sapi
4. 4 kuntum bunga lawang
5. 2 biji buah pelaga
6. 3-5 cawan air (bergantung kepada sukatan beras)
7. 4 kuntum bunga cengkih
8. 3 sm kulit kayu manis
9. 3 - 4 cawan beras basmathi
10. ¾ cawan tomato puree

CARA MENYEDIAKANNYA

1. Tumis bawang putih dan bawang merah dalam minyak sapi hingga kuning.
2. Masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya masukkan tomato puree, air dan garam dan beras dan gaul rata.
3. Angkat dan hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, bawang besar yang dihiris bulat dan daun bawang.


AYAM MASAK MERAH VERSI JEBAT BERANI


BAHAN-BAHANNYA

1. 1 ekor ayam - dipotong 16 dan digoreng separuh masak
2. 4 biji bawang putih - ditumbuk halus
3. 10 biji bawah merah(kecil) - ditumbuk halus
4. 2 biji bawang besar - dihiris bulat
5. 1 batang kulit kayu manis
6. Sedikit buah pelaga,cengkih dan bunga lawang
7. 6 sudu makan kisar@cili boh
8. 1/2 cawan air asam jawa
9. 2 batang serai - diketuk
10. 3 sudu makan sos cili
11. 2 biji tomato - dipotong 4
12. Gula dan garam secukup rasa
13. 5 cm halia - ditumbuk halus


CARA MENYEDIAKANNYA

1. Masukkan bahan-bahan tumis - bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang - Tumis dengan api sederhana.
2. Bila dah naik bau baru masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing.
3. Masukkan air asam jawa,serai dan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Taburkan bawang besar yang dipotong bulat dan gaulkan seketika sebelum diangkat.
7. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi tomato.

SELAMAT MENCUBA

2 ulasan:

liemaopurut a.k.a ana berkata...

tenkiu.....memang aku berhajat nak buat nasi tomato raya ni. seb baek jumpe ko nye resepi.. mudah jer..arap2 balik kl nanti mnjadi la nasi tomato aku hikhik....
sELamat hari raya!!

liemaopurut a.k.a ana berkata...

wow....nasi tomato.....aku nak try ni. nampak cam mudah.

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute