SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Selasa, 23 Ogos 2011

IKAN TALIPIA KUKUS VERSI JEBAT_BERANI

Agak lama hamba mengidamkan untuk memakan ikan talipia ini...Petang tadi hamba singgah ke pasar dalam perjalanan pulang mengambil isteri hamba balik kerja...Hamba beli seekor ikan talipia bersaiz sederhana (anggaran berat dalam 700gm)...Sesampainya di rumah tanpa berlengah lagi hamba menyiapkan bahan-bahan bagi memasak ikan talipia ini..Dan resepi pilihan hamba kali ini adalah Ikan Talipia Kukus dan hamba kongsikan resepinya dengan pembaca blog setia hamba...selamat mencuba..

IKAN TALIPIA KUKUS




BAHAN- BAHANNYA

1. 1 Ekor ikan talipia merah bersaiz sederhana (anggaran berat 700gm)
2. 3 biji bawang putih - dimayang halus
3. 5-6 biji cili padi (bergantung pada tahap kepedasan yg diingini) -dipotong kecil
4. 2 batang serai - dihiris halus
5. 4 inci halia muda - dimayang halus
6. 1/2 batang lobak merah - dimayang halus
7. Kobis bunga - dipotong kecil
8. Jagung muda - dibelah 4
9. 1/2 cawan perahan limau kasturi.
10. Gula dan garam secukup rasa
11. 2 liter air

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1. Panaskan tempat mengukus yang telah diisi 2 liter air.
2.Bersihkan ikan dan pastikan sisiknya tiada lagi
3. Letakkan satu layer bahan2 yang telah dimayang dan dihiris halus (bawang putih,cili padi,halia muda,serai dan lobak merah) ke atas pinggan.
4. Kemudian letakkan ikan talipia ke dalam pinggan tadi dan letak baki bahan2 yang telah dimayang dan dihiris halus (bawang putih,cili padi,halia muda,serai dan lobak merah) keatas ikan talipia.
5. Susun sayur kobis bunga dan jagung muda di sebelah ikan talipia.
6. Kemudian tuangkan perahan limau kasturi ke atas ikan talipia.
7. Tabur garam dan gula ke atas ikan secukup rasa.
8. Kemudian letak ikan talipia ini ke dalam bekas mengukus dan biarkan dalam 20 minit ke 30 minit dengan api yang sederhana.
9. Sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute