SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Jumaat, 10 Ogos 2012

BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI

HARI INI ISTERI MENYUARAKAN HASRAT UNTUK BERBUKA DENGAN BIHUN SUP UTARA...SEBENARNYA BUKAN SUSAH PON NAK DAPATKAN BIHUN SUP UTARA NIE...IANYA BANYAK DIJUAL DI SEKITAR KAWASAN RUMAH LEBIH LEBIH LAGI DALAM BULAN RAMADHAN NIE...CUMA MENGENANGKAN DALAM BAHAN2 UNTUK MEMBUAT BIHUN SUP UTARA NIE DAH TERSEDIA ADA DI RUMAH,ADA BAIKNYA SAYA MENYEDIAKANNYA SENDIRI...SELAIN DAPAT MAKAN DENGAN SEPUASNYA,DAPAT GAK HULURKAN SEDIKIT BUAT JIRAN SEBELAH RUMAH BERBUKA PUASA NANTI..BUKAN KE IANYA AMALAN MULIA DI BULAN RAMADHAN...JADI KALI INI SAYA KONGSIKAN DENGAN PEMBACA BLOG INI RESEPI BIHUN SUP UTARA VERSI JEBAT BERANI

Bihun Sup Utara versi Jebat Berani

Bahan untuk penyediaan bihun
-1 paket bihun
-2 sudu besar sebuk kunyit
(bihun direndamkan bersama serbuk kunyit sehingga lembut)

Bahan Kuah 
-1/2kg daging(pilih yang sedikit berlemak)
-1/2kg perut
-1 bungkus rempah sup bunjut
-2 inci halia
-3 ulas bawang putih(dimayang halus)
-5 ulas bawang merah(dimayang atau diketuk sahaja)
-1 sudu besar lada hitam(ditumbuk tetapi tidak terlalu halus)
-1 inci kulit kayu manis
-3 kuntum bunga lawang
-5 biji bunga cengkih
-2 biji buah pelaga
-garam,gula dan air secukupnya

 Bahan Hiasan 
-Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
-Bawang goreng
-Cili merah
-Limau kasturi

 Cara menyediakannya
1.Tumis bawang besar,bawang putih,kayu manus,bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,halia dan sup bunjut dengan sedikit minyak sehingga naik bau
2.Kemudian masukkan air dan rebus daging sehingga empuk.
3.Setelah daging agak empuk,masukkan perut dan biarkan seketika sehingga perut masak.
4. Celurkan bihun dengan air panas supaya lembut dan toskan.
5. Masukkan bihun dan daging serta bahan hiasan dalam mangkuk dan letakkan kuah.
6. Hidangkan.

                                                            SELAMAT MENCUBA

Selasa, 31 Julai 2012

BURGER BAKAR BLACK PEPPER SOS VERSI JEBAT BERANI

Hari nie saya nak kongsikan dengan pembaca sekalian bagaimana nak membuat burger bakar.Resepi ini saya olah dari resepi2 yang saya perolehi dari rakan2 dan juga dari internet.Terimalah resepi BURGER BAKAR BLACK PEPPER SOS versi JEBAT BERANI

Burger Bakar with black pepper sos versi Jebat Berani

Bahan untuk pantties daging burger
- 1/3 kg daging hancur (beli daging biasa kemudian dikisarpon boleh)
- 1 biji bawang besar(dipotong dadu)
- 2 ke 3 biji bawang putih(dicincang halus)
- 1 biji telur
- 1 sudu besar-lada hitam kisar
- 1 sudu mustard 
- 1 cawan serbuk roti
- 1 sudu kecil serbuk paprika @ serbuk cili
- 1 sudu kecil jintan putih (pilihan)
- garam dan gula secukup rasa
 
Cara menyediakannya
1 - Campurkan sema bahan bersama daging dan gaul sehingga sebati 
2 - Bentukkan bahan yang digaul tadi seperti daging burger mengikut saiz kesukaan anda.
3 - Simpan dalam peti ais seketika sebelum dibakar.


Cara membakar burger
(jika menggunakan oven)
1 - Panaskan oven pada suhu 150'C - 200'C
2 - Bakar lebih kurang 10 - 15 minit
3 - Sekali sekala sapukan daging burger yang dibakar dengan sos black pepper
(jika guna arang)
1 - Daging burger dibakar di atas bara api.
2 - Sekali sekala balik balikkan daging burger dan sapukan juga sos black pepper beberapa kali.


Bahan bahan lain untuk burger
- Roti burger bersaiz besar
- Tomato (dihiris bulat)
- Bawang besar (dihiris bulat)
- Salad
- Timun (dihiris nipis)
- Mayonis
- Beberapakeping keju

Bahan bahan untuk black pepper sos
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 5 sudu besar tomato puri @ 1 biji tomato dipotong dadu
- 1 ketul kiub ayam knors
- 2 cawan air
- 2 sudu besar kicap pekat
- 4 sudu besar cili sos
- 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk tapi tidak terlalu halus)
- Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakannya
1 - Panaskan mentega.
2 - Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau hingga keperangan.
3 - Kemudian masukkan bawang besar dan kacau hingga naik bau.
4 - Setelah itu masukkan kiub ayam knors dan kacau lagi.
5 - Tambahkan 2 cawan air dan kacau.
6 - Kemudian masukkan sos cili dan kicap pekat.Kacau.
7 - Masukkan tomoto puri @ tomato yang dipotong dadu.
8 - Tambahkan garam dan gula.
9 - Masukkan lada hitam dan teruskan kacau hingga mengelegak.
*Jika sos kelihatan kurang pekat..tambahkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan air.Sos akan menjadi lebih pekat setelah ianya sejuk


Persembahan..


1 - Apabila semua bahan2 diatas telah siap disediakan.Belah roti burger dan sapukan mentega.Bakar sehingga sedikit keperangan.
2 - Susun salad,timun,keju,bawang serta daging burger yang telah dibakar diatas roti mengikut susunan yang anda suka.
3 - Siramkan sos black pepper atas daging burger yang dibakar.Tambahkan mayonis dan sos cili menikut cita rasa anda.


                                                                 SELAMAT MENCUBA

Khamis, 26 Julai 2012

CHAR KUEY TEOW PENANG VERSI JEBAT BERANI

CHAR KUEY TEOW PENANG SEMEMANGNYE SEDAP (itu pun kalau kena cara yang memasaknye)...NAMUN BILA MAKAN DI LUAR NIE BANYAK LA YANG TAK KENA..KUAH SEDAP MEE PULAK SIKIT....MEE BANYAK KUAH PULAK MASIN...KUAH & MEE OK UDANG & KERANG LAK CIPUT...SO BAGI MENGATASI MASALAH INI APA KATA KITA PAKAT2 CUBA BUAT SENDIRI...SEBANRNYA TAKDE LA SUSAH SANGAT...SEMUA ORANG INSYAALLAH MAMPU MEMBUATNYA...

CHAR KUEH TEOW PENANG VERSI JEBAT BERANI

Untuk paste
  • 200 gm udang ( nak lebih pon boleh)
  • 250 ml air (lebih kurang 1 1/2 cawan)
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis 
  •  garam dan gula secukup rasa
Untuk Kuey teow
  • 200 gm kuey teow (anggaran 1 cekak untuk seorang makan)
  • 1 sudu makan cili kisar
  • kerang
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur
Cara penyediaan untuk paste
1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. (Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama).


Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.


** Proses memasak kue teow ni hanya mengambil masa dalam 3-4 minit saja…Pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini bagi mengelakkan ianya hangus.

                                                              SELAMAT MENCUBA

Rabu, 25 Julai 2012

NASI DAGING VERSI JEBAT BERANI

Nie satu lagi juadah yang sangat sesuai disediakan untuk berbuka puasa.Sedap,agak ringkas dan memikat..Insyaallah masakan ini mampu membuat si pemakannya makan sehingga tak ingat orang lain.Resepi yang saya maksudkan ialah Nasi Daging versi Jebat Berani.Nasi daging nie sedap dimakan dengan air asam.

Nasi daging ini

Bahan-bahan

-1 kilo beras basmathi (kalau nak guna beras biasa pon boleh,cuma rasanya kurang enak la)
-½ kilo daging
-1 bungkus rempah sup bunjut
-1 sudu besar rempah kurma
-1 inci halia
-1 batang kulit kayu manis
-2 biji buah pelaga
-Sedikit mentega/ minyak sapi
-½ cawan tomato puree
-1 cawan susu cair
-1 sudu teh garam

Cara penyediaan

1.Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.
2.Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika.
3.Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.
4.Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.
5.Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.

Bahan-bahan until air asam

-1 biji buah tomato(dipotong dadu)
-1 biji bawang besar(ditumbuk)
-3 biji cili merah
-air asam jawa pekat (anggaran secukup keperluan)
-sedikit perahan limau kasturi
-sedikit belacan
-garam dan gula secukup rasa.

Cara-cara menyediakan

1.Tumbuk  bawang besar,cili dan belacan (lebih kurang macam nak buat sambal belacan)
2.Masukkan garam dan gula secukupnya.
3.Campurkan air asam jawa dengan sambal yg ditumbuk tadi.
4.Akhir sekali, campur tomato dan perahan limau kasturi ke dalam campuran asam jawa dan bahan tumbuk tadi.

MASAK LEMAK PUCUK PAKU VERSI JEBAT BERANI

Lama tak makan pucuk paku...Biasalah bulan puasa nie macam terlintas difikiran nak makan itu ini.Jadi kali ini saya updatekan resepi yang simple dan senang untuk disediakan..Resepi kali ini ialah Masak Lemak Pucuk Paku
Masak Lemak Pucuk Paku

Bahan bahannya

1 ikat pucuk paku                         
3 biji bawang merah (ditumbuk)
1 cawan santan cair
1/2 cawan pati santan
1 batang serai (dititik)
1 keping asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili boh
Garam/gula  secukup rasa


      Cara cara menyediakannya
  1. Siang pucuk paku                                               
  2. Masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk.               
  3. Masak hingga pucuk paku layu.               
  4. Tuang pati santan dan kacau hingga mendidih. 
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa              
  6. Sudah siap untuk dihidangkan.

                                                     SELAMAT MENCUBA

Isnin, 23 Julai 2012

ROTI JALA VERSI JEBAT BERANI

Selain juadah lauk pauk untuk berbuka,sudah menjadi kebiasaan untuk kita turut juga menyediakan kuih muih untuk berbuka.Biasanya mungkin ada yang lebih gemar menyediakannya sendiri dan ada juga yang lebih selesa untuk membelinya dibazar ramadhan.Kali ini saya ingin kongsikan dengan pembaca sekalian resepi yang agak mudah untuk disediakan tetapi cukup sedap untuk dinikmati..Terimalah dari dapur Jebat Berani kuih Roti Jala versi Jebat Berani


Roti Jala versi Jebat Berani dan kuah kari ayam


Bahan-bahan (roti jala) 5-6 orang

-300 gm tepung gandum
-1 biji telur
-4 cawan air
-Sedikit garam
-1 sudu kecil pewarna kuning


Bahan-bahan kuah kari ayam

-200 gm isi ayam
-Serbuk kari
-Santan
-7 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
-2 batang kulit kayu manis
-3 biji buah pelaga
-3 biji bunga cengkih
-2 biji bunga lawang
-2 tangkai daun kari
-Minyak masak
Garam dan gula


       Cara-cara menyediakan roti jala
  1. Blend kesemua bahan sehingga sekata. Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika cair, tambah sedikit tepung gandum. Jika pekat, tambah sedikit air.
  2. Panaskan kuali leper dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuali.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuali 360 darjah dari bahagian luar hingga ke bahagian dalam.
  4. Biarkan masak sehingga keperangan. Lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat.
  5. Ulang langkah 3-4 sehingga habis adunan. Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali.
        
       Cara-cara menyediakan kuah kari ayam
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus. Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kemudian masukkan santan.
  3. Masukkan isi ayam dan biarkan sehingga masak.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5.  

GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN VERSI JEBAT BERANI

Awal ramadhan tahun ini saya berkesempatan untuk berbuka dengan ayahanda bonda di kampung.Bertolak dari KL jam 2 petang dan sampai di Kuantan Pahanda kira kira jam 5 petang.Sesampainya di rumah ayanhanda bonda,ibunda saya telah meminta saya untuk memasak lauk untuk berbuka.Melihat ada seekor ikan patin yang masih segar dan juga tempoyak yang baru sampai dari kg nenek saya,saya memutuskan untuk memasak gulai tempoyak ikan batin.Dan hari ini saya berbesar hati untuk berkongsi resepi mudah ini bersama pembaca blog saya.


Gulai tempoyak ikan patin versi Jebat Berani

BAHAN BAHANNYA

-Satu ekor ikan patin
-2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus-kalau nak guna serbuk kunyit pon boleh)
-6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
-15 biji cili kecil (ditumbuk halus-jumlah cili kecil bergantung pada tahap kepedasan yang dikehendaki)
-4 sudu besar tempoyak (kalau rasa tak cukup pekat tambah la 1-2 sudu lagi)
-1 ikat daun kesum
-2 batang bunga kantan
-2 keping asam keping
-3 cawan air (ikut kepekatan)
-garam/gula (secukup rasa)

CARA CARA MENYEDIAKANNYA

1. Ikan disiang dan diperapkan dengan air asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama lebih kurang 1 jam.
2. Kunyit hidup, bawang kecil dan cili kecil yang telah ditumbuk halus digaulkan dengan tempoyak dan masukkan kedalam periuk yang berisi air.

3.Gaul sehingga sebati kemudian masukkan asam keping.

4.Biarkan sehingga sedikit mendidih dan barulah dimasukkan ikan,bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garam dan gula secukup rasa (gula dapat membantu mengurangkan rasa pedas yang terlampau)

5.Biarkan seketika sehingga ikan masak dan boleh dihidangkan

                                                             SELAMAT MENCUBA
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute