SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Sabtu, 7 Julai 2012

SIAKAP LIMAU PURUT versi Jebat Berani


Apa kata hari cuti sebegini para suami ke dapur untuk memasak(kasi cuti la isteri anda jugak.kan ke kerajaan bekerja 5 hari seminggu...Takkan sehari anda para suami nak kasi isteri cuti sehari pon tak boleh...Kata sayang isteri)So apa kata anda masakkan sesuatu yang istimewa buat keluarga anda...Lagi pon hidangan yang nak saya kongsikan ini tak la sesusah mana pon tetapi mampu membuatkan isteri dan anak anak anda terpegun dengan kehebatan anda 'beraksi' didapur... So apa tunggu lagi...Moh kita ke dapur menyediakan hidangan istimewa yang dibawakan khas dari dapur Jebat berani..jeng,jeng,jenggggg....

Siakap Limau Purut


Bahan-Bahan:
-1 ekor ikan siakap (anggaran dam 800g-1kg)
-Serbuk kunyit (cukup untuk mengoreng ikan)
-Garam (secukup rasa)

Bahan Sos:
-1 labu bawang besar (dihiris halus)
- 5 helai daun limau purut (dikoyak)
-10 tangkai cili padi (dipotong halus @ diketuk saja)
-1 sudu kecil cili sos
-1 sudu kecil sos tomato
-1 biji tomato (dipotong dadu)
-200 ml air

Cara Menyediakan:
1. Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan goreng dengan minyak yang penuh dan garing.(ketepikan)
2. Panaskan minyak, tumis bawang, daun limau purut dan cili padi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, air dan tomato.
4. Masak di atas api yang sedernana, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan angkat.
5.Tuangkan ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi
6.Sedia untuk dihidangkan-SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 6 Julai 2012

SINGGANG DAGING KELANTAN versi JEBAT BERANI

Agak lama tak update blog nie...Hari nie rasa nak kongsi resepi pantai timur yang tak kurang hebatnya..Cara penyediaannya juga mudah.Sesuai untuk hidangan makan tengah hari atau makan malam..Nak buat bersahur pon ok jugak (maklum la ramadhan dah dekat)...So selamat mencuba la ye para pembaca blog ini resepi istimewa SINGGANG DAGING KELANTAN


Bahan-bahan (untuk 1kg daging)
-1kg daging@tulang (daging pilih yang berlemak sikit supaya lagi sedap)
-2 sudu besar ketumbar biji (ditumbuk-jangan lumat sangat)
-2 kpg asam keping (kalau kurang masam bleh tambah)
-Garam,gula dan ajinamoto(kalu nak guna la) sesedap rasa

Bahan kisar :
- 6 tangkai cili kering
-10 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
-5 hiris lengkuas
-2 hiris halia

Cara-cara
1. Daging potong(saiz ibu jari@ besar sikit dari ibu jari) dan direbus bersama air sehingga setengah empuk (nak cepat empuk saya letak sudu semasa rebus daging)
2. Kisar semua bahan kecuali asam keping dan ketumbar
3. Masukkan bahan kisar ke dalam daging dan air rebusan tadi
4. Masukkan ketumbar yg telah ditumbuk,asam keping dan garam serta sedikit serbuk perasa
5. Masak sehingga daging empuk.Daging ni lagi lama masak lagi sedap rasanya...Tapi jangan la sampai kering air die..hehe

P/S : kalau dapat tambah budu dalam 2 sudu besar lagi sedap..baru betul2 ori resepi kelantan..hehe

                                                   SELAMAT MENCUBA!!!

Khamis, 15 Mac 2012

DAGING HALIA DAUN BAWANG-JEBAT BERANI



Bahan-Bahan:

1. 500 gm daging (potong nipis, gaul dengan sedikit tepung jagung dan 2 sudu besar minyak bijan selama 1 minit)
2. 6 ulas bawang putih (cincang halus)
3. 1 labu bawang besar (potong dadu)
4. 1 biji capsicum (potong dadu)
5. 5 cm halia muda (hiris nipis)
6. 3 tangkai daun bawang (potong 2 cm)
7. 2 sudu besar minyak bijan
8. 3 sudu besar sos tiram
9. 1 sudu kecil tepung jagung.



Cara Menyediakan:

1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak. Kalau boleh banyaklah sikit.
2. Goreng daging yang digaul dengan tepung dan minyak bijan tadi setengah masak. Angkat dan tuskan minyaknya.
3. Di kuali yang lain, tumiskan bawang putih hingga kuning dan naik bau.
4. Setelah itu masukkan capsicum, halia dan bawang besar. Cepat-cepat tuangkan sos tiram, minyak bijan, daging goreng. Gaul rata dan bolehlah dituangkan sedikit air.
5. Kemudian barulah dimasukkan daun bawang dan bancuhan satu sudu tepung jagung dengan sedikit air bagi memekat kuah. Jangan lupa garamnya.


SELAMAT MENCUBA

Ahad, 11 Mac 2012

AYAM BAKAR BERMADU - versi Kenny Rogers


Bahan-bahannya

4 ekor ayam spring chicken

Bahan untuk dikisar

2 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

2 batang serai

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

¼ inci lengkuas

2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)

1 biji bawang besar

2 sudu besar air limau kasturi

3 sudu besar gula pasir

3 sudu besar gula timbang

3 sudu besar madu

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

Cara-caranya

Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.
Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C.
Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.
Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

AYAM BAKAR BERMADU - untuk nasi ayam



BAHAN-BAHANNYA

1.Ayam 1/2 ekor
2. Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
bawang putih 6 ulas
3. Halia – ketuk
4. serai - ketuk
5. garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
6. Daun pandan
7. Kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
8. 3 sudu sos tiram
9. 4 sudu madu
10. 4-6 titik minyak bijan

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1. Rebus air bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
2. Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
kacau dan masukkan ayam
3. Celur hingga nampak separuh masak
4. Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
5. Lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
6. Perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
7. Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
8. Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
9. Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
10. Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

*Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap

AYAM BAKAR BERMADU - untuk nasi ayam



BAHAN-BAHANNYA

1.Ayam 1/2 ekor
2. Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
bawang putih 6 ulas
3. Halia – ketuk
4. serai - ketuk
5. garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
6. Daun pandan
7. Kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
8. 3 sudu sos tiram
9. 4 sudu madu
10. 4-6 titik minyak bijan

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1. Rebus air bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
2. Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
kacau dan masukkan ayam
3. Celur hingga nampak separuh masak
4. Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
5. Lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
6. Perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
7. Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
8. Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
9. Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
10. Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

*Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap

RESEPI AYAM BBQ D'WING - TAMIN

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute