SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Ahad, 11 Mac 2012

AYAM BAKAR BERMADU - untuk nasi ayam



BAHAN-BAHANNYA

1.Ayam 1/2 ekor
2. Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
bawang putih 6 ulas
3. Halia – ketuk
4. serai - ketuk
5. garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
6. Daun pandan
7. Kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
8. 3 sudu sos tiram
9. 4 sudu madu
10. 4-6 titik minyak bijan

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1. Rebus air bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
2. Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
kacau dan masukkan ayam
3. Celur hingga nampak separuh masak
4. Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
5. Lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
6. Perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
7. Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
8. Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
9. Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
10. Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

*Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute