SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Memaparkan catatan dengan label MEGI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MEGI. Papar semua catatan

Ahad, 14 Mac 2010

MEGI SUP TULANG RUSUK VERSI JEBAT_BERANI

MEE MEGI ATAU NAMA SAINSTIFIKNYA "MEE SEGERA" CUKUP SINONIM DENGAN GOLONGAN BUJANG,PELAJAR DAN JUGA BAGI GOLONGAN YANG MENGHADAPI KESEMPITAN "RINGGIT MALAYSIA" DI HUJUNG BULAN...IANYA MENJADI PILIHAN UTAMA GOLONGAN INI MEMANDANGKAN "MENU" INI MUDAH,MURAH DAN CEPAT DISEDIAKAN TANPA MEMERLUKAN KEMAHIRAN TERTENTU UNTUK MENYEDIAKANNYA..MEMADAILAH MEMPUNYAI KEMAHIRAN ASAS IAITU MEREBUS AIR...DAN HARI INI INGIN HAMBA KONGSIKAN DENGAN SAHABAT SEMUA AKAN SATU RESEPI YANG HAMBA ILHAMKAN DARI MEE MEGI INI UNTUK MEMBERIKAN SEDIKIT KELAINAN KEPADA PENGEMAR "MENU" UTAMA GOLONGAN BUJANG,PELAJAR DAN MEREKA YANG KESEMPITAN RM...TERIMALAH DARI HAMBA RESEPI MEGI SUP TULANG RUSUK GRILL VERSI JEBAT_BERANI...


MEGI SUP TULANG RUSUK GRILL VERSI JEBAT_BERANI


Bahan-bahannya(untuk 1 orang)

1. 1 ketul tulang rusuk (digaul dengan sedikit garam dan lada hitam)
2. 1 bungkus mee megi perisa ayam(sebarang jenama)
3. 1 sudu kecil sos tiram
4. 1 susu kecil sos cili
5. 1 biji telur
6. 1/2 batang lobak
7. 1/2 biji bawang merah
8. 1 biji bawang putih
9. 3 biji cili padi
10. sedikit tepung jagung
11. garam dan gula

Cara-cara menyediakannya

1. Masukkan tulang rusuk yang telah digaul dengan garam dan lada hitam ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 200c dalam masa lebih kurang 20 minit..
2. Dalam pada itu rebus mee megi dan toskan setelah sedikit lembut dan asingkan..
3. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih..
4. Setelah itu masukkan rencah mee megi perisa ayam dan tambahkan lebih kurang 1 1/2 cawan air..
5. Masukkan pula sos tiran diikuti sos cili dan juga cili padi..
6. Masukkan pelahan-lahan tepung jagung yang telah digaul dengan air bagi memekatkan sedikit kuah..
7. Tambahkan garam dan gula secukup rasa..
8. Apabila kuahb mulai mendidih pecahkan sebiji telur dan biarkan ianya seketika..
9. Masukkan mee megi yang telah direbus ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang telah dimasak pelahan-lahan...
10. Hiriskan lobak memanjang dan halus dan kemudian letakkan ke dalam mangkuk mee megi tadi..
11. Akhir sekali letakkan tulang rusuk yang digrill tadi di tengah-tengah mangkuk mee megi dan sedia untuk dinikmati..

P/s : untuk menambah selera dan aroma boleh juga ditambahkan sedikit serbuk lada hitam dan juga daun bawang dan daun sup..


SELAMAT MEMCUBA!!!

Khamis, 25 Jun 2009

MAGGI LETUP PEDAS BERAPI


INI ADALAH SATU RESEPI WAJIB BAGI WARGA BUJANG TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KOTA-KOTA BESAR...DAN IANYA MENJADI SALAH SATU MENU WAJIB BAGI HUJUNG BULAN WARGA BUJANG CUMA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DARI SEGI PENYEDIAANNYA...


Bahan-bahan:


1 bungkus Maggi Kari atau Maggi Letup Pedas Berapi

3 tangkai cili api – potong kecil-kecil

3 batang filamen ketam – potong kecil

1 sudu sos tiram1 sudu kicap manis

1 biji telur1 gelas air


Cara penyediaan:


Panaskan air di dalam periuk kecil.

Masukkan mee maggi.

Biarkan sehingga lembut sedikit.

Masukkan cili, filamen ketam, perencah maggi, kicap dan sos tiram.

Biarkan hingga mendidih.

Masukkan telur dan kacau hingga telur masak.

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute