SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT
;
PENGIKUT SETIA
KENALI HAMBA
- jebat_berani
- Hamba hanyalah seorang insan kerdil di atas bumi ciptaan ALLAH S.W.T..Berjuang menegakkan kebenaran walaupun digelar penderhaka..Asalkan hamba tidak menderhaka kepada ALLAH S.W.T dan kedua ibubapa..
SAHABAT HAMBA DATANG DARI..
Khamis, 15 Mac 2012
DAGING HALIA DAUN BAWANG-JEBAT BERANI
Bahan-Bahan:
1. 500 gm daging (potong nipis, gaul dengan sedikit tepung jagung dan 2 sudu besar minyak bijan selama 1 minit)
2. 6 ulas bawang putih (cincang halus)
3. 1 labu bawang besar (potong dadu)
4. 1 biji capsicum (potong dadu)
5. 5 cm halia muda (hiris nipis)
6. 3 tangkai daun bawang (potong 2 cm)
7. 2 sudu besar minyak bijan
8. 3 sudu besar sos tiram
9. 1 sudu kecil tepung jagung.
Cara Menyediakan:
1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak. Kalau boleh banyaklah sikit.
2. Goreng daging yang digaul dengan tepung dan minyak bijan tadi setengah masak. Angkat dan tuskan minyaknya.
3. Di kuali yang lain, tumiskan bawang putih hingga kuning dan naik bau.
4. Setelah itu masukkan capsicum, halia dan bawang besar. Cepat-cepat tuangkan sos tiram, minyak bijan, daging goreng. Gaul rata dan bolehlah dituangkan sedikit air.
5. Kemudian barulah dimasukkan daun bawang dan bancuhan satu sudu tepung jagung dengan sedikit air bagi memekat kuah. Jangan lupa garamnya.
SELAMAT MENCUBA
0 ulasan:
Catat Ulasan