SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 25 Jun 2009

RESEPI SOTONG SUMBAT

MINGGU NIE HAMBA NAK KONGSIKAN CARA-CARA NAK MASAK SOTONG SUMBAT...RESEPI NIE BUKAN HAMBA YANG PUNYA,HAMBA AMBEK DARI INTERNET...TAPI HAMBA DAH CUBA MASAK DAN HASILNYA SANGAT MEMUASKAN..DI SINI HAMBA SERTAKAN DUA CARA MEMBUATNYA..JADI HAMBA HARAP KAWAN-KAWAN SEKALIAN SILALAH MEMCUNANYA PULA YE...

Cara 1


Bahan-bahan:

1. 30 ekor sotong saiz sederhana
2. 1 biji kelapa — dapatkan 2 cawan santan pekat
3. 3 ulas bawang putih1 cawan beras pulut
4. 4 keping gula nira (atau 100gram gula merah)
5. Pencucuk lidi secukupnya

Cara Membuatnya:

1. Bersihkan beras pulut dan rendam selama 20 minit. Toskan.
2. Bersihkan sotong dan asingkan kepalanya.
3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan sematkan dengan pencucuk lidi supaya isinya tak terkeluar.
4. Susun sotong yang telah disumbat ke dalam periuk dan tuang santan.
5. Masukkan gula nira atau gula merah dan bawang putih.
6. Masak di atas api sederhana besar sehingga beras pulut masak dan santan menjadi pekat.
7. Tutup api, keluarkan dan hidang pana-panas.


Cara 2


Bahan-bahan:

600 gm sotong
500 ml air
4 biji telur
2 biji bawang besar, dicincang halus
1 tangkai cili hijau, buang biji dan cincang halus
1 tangkai cili merah, buang biji dan cincang halus
1 bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 sudu makan rempah kari ikan2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
100 ml minyak masak
Lidi pencucuk secukupnya
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:

1. Pukul telur, separuh bawang, cili hijau, cili merah dan garam sehingga rata.
2. Panaskan satu sudu makan minyak. Masukkan telur dan kacau hingga hancur. Angkat dan sejukkan.
3. Sumbatkan telur ke dalam sotong. Sematkan kepalanya dengan lidi. Ketepikan.
4. Seterusnya, panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan baki bawang dan cili hingga naik bau.
5. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Bila garing, masukkan air. Bila kuah hampr pekat, campurkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula.
6. Akhir sekali, masukkan pula sotong sumbat. Kacau sekali-sekala hingga sotong masak dan
kuahnya pekat. Bubuh bawang besar yang dihiris bulat. Kacau hingga layu. Tutupkan api.
SELAMAT MENCUBA :)

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute