SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Sabtu, 22 Ogos 2009

RESEPI RAMADHAN:AKU KEMBALI DENGAN RESEPI NASI AYAM HAINAN

SETELAH SEKIAN LAMA HAMBA MENGABAIKAN BLOG INI,RAMADHAN MENGAMIT HAMBA UNTUK KEMBALI MENGARAPKAN SESUATU BUAT TATAPAN PENGUNJUNG BLOG INI...KESIBUKKAN MENBERI TUMPUAN PADA BLOG JEBATBERANI.BLOGSPOT MENYEBABKAN HAMBA TERABAIKAN BLOG INI TANPA SENGAJA...SEBAGAI MENEBUS KEMBALI KESILAPAN HAMBA MENGABAIKAN BLOG INI,MAKA SEPANJANG RAMADHAN INI HAMBA AKAN MEMBERI LEBIH TUMPUAN UNTUK BLOH SENDUKJEBAT INI...UNTUK PERMULAAN TERIMALAH SATU RESEPI YANG PALING HAMBA GEMARI...
NASI AYAM HAINAN

RESEPINYE ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

- Seekor ayam (basuh dan keringkan).
2- Secebis halia (diketuk).
3- 2 sudu teh garam.
4- Minyak bijan.
5- Seulas bawang putih (dihiris halus).
6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus).
7- Setengah kilo beras wangi.
8- Daun pandan.
9- 2 sudu besar minyak.

RESEPI BAGI KUAH HITAM

1 sudu teh gula,
1 sudu teh serbuk seasoning,
1 sudu teh minyak bijan,
2 camca sos soya (light),
200ml stok ayam.

*Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

RESEPI KUAH CILI

100g halia,
50g bawang putih,
50g bawang merah,
200g cili merah,
5 biji limau kasturi (diperah jus),
gula &garam secukup rasa
beberapa hirisan tomato.

*Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1.Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar. Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.

2.Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.

3.Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.

4.Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.

5.Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.

6.Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.

7.Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN UNTUK BERBUKA..SELAMAT MEMCUBA...

0 ulasan:

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute