SELAMAT DATANG KE SENDUK JEBAT

;

PENGIKUT SETIA

Khamis, 15 Mac 2012

DAGING HALIA DAUN BAWANG-JEBAT BERANI

Bahan-Bahan:

1. 500 gm daging (potong nipis, gaul dengan sedikit tepung jagung dan 2 sudu besar minyak bijan selama 1 minit)
2. 6 ulas bawang putih (cincang halus)
3. 1 labu bawang besar (potong dadu)
4. 1 biji capsicum (potong dadu)
5. 5 cm halia muda (hiris nipis)
6. 3 tangkai daun bawang (potong 2 cm)
7. 2 sudu besar minyak bijan
8. 3 sudu besar sos tiram
9. 1 sudu kecil tepung jagung.

Cara Menyediakan:

1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak. Kalau boleh banyaklah sikit.
2. Goreng daging yang digaul dengan tepung dan minyak bijan tadi setengah masak. Angkat dan tuskan minyaknya.
3. Di kuali yang lain, tumiskan bawang putih hingga kuning dan naik bau.
4. Setelah itu masukkan capsicum, halia dan bawang besar. Cepat-cepat tuangkan sos tiram, minyak bijan, daging goreng. Gaul rata dan bolehlah dituangkan sedikit air.
5. Kemudian barulah dimasukkan daun bawang dan bancuhan satu sudu tepung jagung dengan sedikit air bagi memekat kuah. Jangan lupa garamnya.

SELAMAT MENCUBA

Ahad, 11 Mac 2012

AYAM BAKAR BERMADU - versi Kenny Rogers

Bahan-bahannya

4 ekor ayam spring chicken

Bahan untuk dikisar

2 sudu besar serbuk cili

2 sudu besar serbuk ketumbar

1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

2 batang serai

1 inci halia

1 inci kunyit hidup

¼ inci lengkuas

2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)

1 biji bawang besar

2 sudu besar air limau kasturi

3 sudu besar gula pasir

3 sudu besar gula timbang

3 sudu besar madu

garam secukup rasa

serbuk perasa jika suka

Cara-caranya

Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.
Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C.
Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.
Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.

AYAM BAKAR BERMADU - untuk nasi ayam

BAHAN-BAHANNYA

1.Ayam 1/2 ekor
2. Air cukup untuk buat stok sup dan masak nasi ayam
bawang putih 6 ulas
3. Halia – ketuk
4. serai - ketuk
5. garam, lada putih dan lada hitam secukup rasa
6. Daun pandan
7. Kicap pekat (kipas udang) semangkuk kecil
8. 3 sudu sos tiram
9. 4 sudu madu
10. 4-6 titik minyak bijan

CARA-CARA MENYEDIAKANNYA

1. Rebus air bersama, bawang putih (jgn ketuk atau hiris, masuk sebiji macam tuh), halia,daun pandan dan serai
2. Bila air dah mendidih rasakan dengan garam, lada hitam dan lada putih
kacau dan masukkan ayam
3. Celur hingga nampak separuh masak
4. Bila separuh masak, keluarkan ayam dan bawang putih
5. Lecek bawang putih, campur dengan kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu
6. Perap ayam dengan campuran tersebut selama 30 minit
7. Panaskan ketuhar selama 30 minit, dan bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 30 minute (api atas bawah)
8. Bila cukup 30 minit, bakar lagi ayam selama 10 minit (api atas sahaja)
9. Bila siap, tunggu sejuk baru potong, kalau tak nanti hancur.
10. Hidang dengan nasi ayam. Kuah kicap lebih boleh buat cicah

*Note: Air rebusan boleh guna masak sup fishball dan masak nasi ayam. Nak tau ayam dah masak belum cucuk ayam dengan pisau. Kalau keluar air kaler merah maknanye belum masak. Kalau keluar air jernih dah masak. Jangan overcook kang ayam jadi kering tak sedap

RESEPI AYAM BBQ D'WING - TAMIN

SENDUK_JEBAT. © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute